Hari Akademik Fakulti | Universiti Putra Malaysia

Lupa pulak nak post pasal ni. Pada 25 April 2026, diadakan hari akademik untuk Fakulti Pertanian. Ini untuk memastikan pelajar mengambil subjek mengikut struktur kurikulum yang ditetapkan untuk graduasi. 


Kena tunggu turn kat kerusi disediakan sebelum perbincangan dilakukan di hadapan. 


Masa ni saya ambil gambar kat dalam dewan dulu sebelum tinggalkan Dania kat sini settle semuanya. 


Terjumpa pula kawan sekelas program Agribusiness dulu. Semua aunty kenal ya. 


Kanan, bawah sekali yang putih ni cakap Aunty....Adam dah gemuk la. Adam ni la yang sama-sama kena gemburkan batas dengan Dania nak tanam jagung dulu dan bagi tahu saya yang Dania nak pitam. Encem orangnya dari Sabah. 


Ni pula kawan sekelas program Dania sekarang. 


Tersenyum lebar nampak Dania. 


Masa ni kena check dulu subjek yang Dania dah ambik kat sini. 


Subjek Dania dah dalam track yang betul la. Kena ambil semua subjek universiti, subjek teras, subjek bahasa inggeris (LAX, LPE & CEL) dan subjek elektif mengikut program kita. Subjek Bahasa Inggeris yang diambil pula mengikut keputusan MUET yang pelajar dapat. Kena cukupkan semua barulah boleh GOT (Graduate on Time). Kalau tukar course pula kena tengok keperluan course tersebut. Tak boleh sambil lewa je. Bahasa Inggeris ni kena ambik kalau ikut struktur kurikulum sampai sem 7 tapi Dania dah ambil semua selesai setakat sem 4 ni. Sebab ada yang Dania tarik juga instead ambik 1 je, Dania ambik 2 subjek Bahasa Inggeris. Jadi selesailah dia.... 

Pernah ibu kepada kawan Dania...seorang lecturer kat UPM juga berkongsi cerita tentang ada seorang student yang tak cukup ambil subjek dan beliau tak boleh GOT. Jadi kena extend dan lambat setahun graduasi dari kawan satu batch. Jadi, memang kena semak betul-betul subjek yang kita ambil tu. 

Tu la matlamat Hari Akademik ini diadakan. Supaya subjek yang wajib diambil untuk graduasi tu on track. Kena selesaikan semua sebelum latihan industri. 

Dania dah selesai konsultasi, barulah call suruh pick up. 





XOXO,
Ezna

 

8 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. tahu2 dania dah nak intern. cepatnya masa berlalu

    BalasPadam
  2. Bagus betul ada Hari Akademik begini. Kadang student mungkin tak perasan kan subjek diambil tu cukup syarat je tidak utk graduate.

    BalasPadam
  3. Baca ini saya bener2 berharaaaaap sangat anak2 saya bisa kuliah di Malaysia . 🙏🙏🙏. Memang harus prepare dari sekarang lah.

    BalasPadam
  4. moga dipermudahkan segala urusan study utk dania. dh dekat nak final exam kan tu...uia lg 2-3 hari abislah setel semua exam week. zharfan plak final papernya hari ni..lps ni tunggu result ajerlah

    BalasPadam
  5. Oh, lain betul dgn zaman kita dulu. Dulu fakulti dah tetapkan siap2 apa subjek yg kena ambik setiap sem, student ikut je jadual kelas yg dah diberi. Siap dah assign nama kat kumpulan 1 atau 2 (subjek sama cuma jadual kelas berbeza ikut kumpulan).

    BalasPadam
  6. Bagus betul inisiatif Hari Akademik macam ni, Ezna. Sangat membantu pelajar untuk sentiah on track dengan subjek yang wajib diambil. Betul tu, kalau terlepas pandang satu subjek pun dah boleh menjejaskan peluang untuk GOT (Graduate on Time) dan kena extend pula nanti. Alhamdulillah, Dania punya semua dah dalam trek yang betul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.