Last jumpa dah mereka ni sebelum semua bawa diri masing-masing. Depan Dania nama Corina nak intern dah selama setahun, sebelah Corina nama Ayuni, Wafa dan Hana pun intern masa cuti ni tapi 3 bulan la sebab mereka ni dari course Engineering. Ada kawan Dania masa sekolah rendah dulu intern juga course Engineering tapi dia UTM. Memang itu kot caranya sebab student Engineering ni tak intern last sem nanti macam Dania. Student Engineering akan buat projek selama 2 sem iaitu 2nd last sem dan last sem. Ikut la course apa kan. Ni rasanya masa mereka makan kat Secret Recipe, Seri Serdang.
Ni tak cukup corum ni. Patut 6 orang. Seorang tak dapat datang. Ummi dah prepare la small gift untuk mereka ni.
Scrunchie dan bag shopping dari Bayu Somerset. Ni saya beli online je.
Ada 3 corak berlainan yang dibeli.
No. 1 ni warna hitam dan bunga gold. Kolaborasi dengan Bunga & Bintang.
No 2 ni warna ceria sikit warna biru lembut dan pink. Rasanya macam ada baju Bayu Somerset pattern ni.
No. 3 ni macam pattern tie & dye.
Siap-siap la saya letak dalam plastik setiap seorang. Dania kata selesai makan, letak je atas meja....tak ada berebut-rebut. Ambik scrunchie yang mana yang mereka suka. Sopan santun semuanya.
Disebabkan Corina nak intern dah kat Sarawak, setahun ya....masa type ni sedih pulak rasanya. Ada yang prepare hadiah ni. Semua mereka dapat la. Gambar zaman mereka asasi. Ada la yang tukang gabung semua gambar ni dan lepas tu print dan letak dalam frame. Sayu pula bila Dania tunjuk gambar ni.
Lepas ni takde la Corina bila mereka plan keluar bersama. 5 orang je yang ada dari 6 orang. Dah nak masuk 4 tahun kot mereka berkawan. Exactly bulan Julai ni kiranya cukup la 4 tahun mereka kenal sebab mulanya masa mereka masuk asasi pada 31 Julai 2022.
Insya Allah nanti Aunty prepare pulak hadiah graduation mereka. Mereka plan nak ada photoshoot pre graduation. Tak sure pulak kat mana tapi saya macam ada idea je tempat tu. Dania kena pinjam la jubah sesiapa kejap. Kejap je mereka nak graduasi (kecuali Dania) pada tahun depan.
XOXO,
Ezna






Bila dengar masing2 nak intern.. tak lama dah nak sampai penghujungnya ..semoga yang baik² je untuk anak² semua..aamin
BalasPadamTerima kasih mendoakan ya Linda...
Padamdania dgn kak widad anak ibu rawiwa sebaya ye? kak widad pun nk intern dah..
BalasPadamcepatnya masa berlalu
Tak sure pulak sebaya ke tak tapi Dania intern 2028 nanti. Kawan2 Dania asasi intern awal sikit. Ikut course. Mereka ni nak graduate tahun depan. Dania insya allah 2028 sebab tukar program jadi lambat setahun.
PadamLamanya Corina intern, course apa tu Ezna?
BalasPadamSuka scrunchie warna merah tu, ceria.
All the best anak⁶ semua.
Ya. Corina program Plantation Management. Intern nanti under IOI Group kat Sarawak sebab memang asal Sarawak pun. Ada few courses seperti Technology in Smart Agriculture & Science in Food Manufacturing Operations kat UPM ni yang 3 tahun belajar dan 1 tahun intern. Kebarangkalian nak terus serap masuk tu ada.
PadamOoo Corina dh Intern...Dania tahun depan Intern...
BalasPadamAh ah Dania lambat setahun so intern 2028.
PadamLamanya intern setahun tu. Selalu dengar 3-6 bulan je.
BalasPadamYa ada Uni dah ada program macam ni. 3U1i namanya. 3 tahun belajar di Universiti, 1 tahun di industri (intern).
PadamSemoga terus berjaya dalam pengajian masing2.
BalasPadamTerima kasih Wak.....terima kasih mendoakan.
PadamIni mereka pasti akan selalu ingat dengan aunty Ezna, yg suka memberi hadiah 🤗🤗🤗. Tak terasa yaaa, dah nak graduate. Dania pun sebentar lagi. Semoga friendship mereka akan selalu berlanjut hingga dewasa nanti.
BalasPadamAunty Ezna yang paling dekat dengan mereka. Rumah yang lainnya jauh sikit Fanny. Terima kasih mendoakan friendship mereka ya.
Padamjrg dgr intern lama smp setahun..all tthe best smua...syok kwn2 dania dpt Scrunchie tu
BalasPadamAda kat UPM ni Amy tapi kelebihan bila intern lama ni kemungkinan besar terus serap dalam tenaga kerja.
PadamDah nak graduate diorg....sekejap jer rasa...
BalasPadamYa sekejap je masa.
Padamzmn sekrg ni memang ada photoshoot khas utk convo termasuklah pre convo dan siap amik MUA utk convo jugak! grand sungguh
BalasPadamYa Suzz....Dania simple2 je kot. Dia pakai kat bibir dan pipi je. Kat mata memang tak pakai. Time kahwin nanti la bersiap sikit. Hehe
PadamTau-tau dah 4 tahun dah diaorang berkawan ye..lama dah...semoga yang baik-baik sahaja untuk semua...bukan senang nak jumpa kawan yang ngam dengan kita kan...Alhamdulilah...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.