Kalau dah minat, memang tau je la kalau ada event kat mana ni. Selain dari kumpulan BTS, Dania minat dengan kumpulan Enhypen. Kumpulan ni pun bernaung di bawah kumpulan yang sama dengan BTS. Kiranya adik-adik junior BTS la.
Event Pop up ni diadakan di 1 Utama Shopping Center. Kena tahu kat new wings ke old wings ke. Nanti kalau parking jauh kena menapak ke tempat event ni lagi la haru sebab 1 Utama ni luas.
Kat sini masuk dengan tenang je tak payah beratur pun. Kena isi QR code dan boleh terus masuk.
Kat sini karakter kartun setiap anggota kumpulan Enhypen ni dipanggil 'Enchin'. Sama macam senior mereka BTS pun ada watak kartun bernama 'BT21'.
Diantara barangan yang dijual ialh keychain. Harganya memang mahal la bagi saya walaupun barang dia kecik je.
Setiap anggota tu dengan karakter masing-masing jadi peminatnya akan sambar la barangan karakter anggota Enhypen yang mereka minat tu.
Kumpulan KPop ni semua ada bomb masing-masing. Jadi bila concert, peminat akan membawa bomb dari kumpulan KPop itu sendiri. Bomb kumpulan Enhypen ni dipanggil Engene Bong. Kalau kumpulan BTS dipanggil Army Bomb.
Dania minat anggota kumpulan nama Jay dan karakter dia seekor kucing hitam dan namanya Noxstar.
Ni lah Noxstar tu.
Ada juga dijual patch ni.
Comel-comel la patch ni yang boleh diseterika kat baju atau fabrik yang lain.
Kalau nak buat keychain boleh beli ni.
DIY Patch yang Dania pilih untuk watak Noxstar.
Ni ala ala blind box ni. Tak tahu dapat apa ni.
Macam-macam karakter ada.
Ha ni light stick cover pula.
Ada jual pouch juga tapi yang Noxstar dah tak ada. Mungkin orang serbu awal-awal lagi.
Boleh letak belakang handphone.
Dah alang-alang sampai sini jadi bergambar la kat setiap sudut.
Tak ramai pun jadi tenang je la nak memilih.
Ada 6 ekor karakter.
Tak lupa kena bergambar juga kat standee comel ni.
Noxstar kegemaran Dania dengan keychain plush yang boleh letak kat beg.
Lagi gambar....
Close up 3 watak kat sini.
Dan sini...
Garangnya Noxstar kecik ni.
Kalau datang awal-awal masa event ni baru dibuka memang ramai yang beratur kata Dania. Ni dah lengang dah.
Siap letak kat beg dan Dania pun pakai baju T Shirt Jay ni.
Ambik lagi la gambar.
Dania baca tulisan Korea ni. Baca boleh cuma tak faham maksudnya apa.
Comel-comel semuanya.
Saya dulu pun pernah minat kumpulan NKOTB (New Kids on The Block) dan KRU. Jadi faham la kan minat macam mana. Tak adalah keterlaluan. Poster-poster pun ada cuma tak digantung dalam bilik je la.
Masa muda-muda pernah minat sesiapa tak?. Atau ada yang you alls minat sekarang?.
***Masa ke sini, Dania dapat whatsapp dapat interview kerja Part Time jam 3 petang 4 Julai 2026. Email resume 3 Julai 2026....esoknya terus kena panggil interview tapi Dania tak nak pergi. Ummi rasa cam rugi sebab kedainya wangi ya....huhuhu. Jual sabun mandi wangi-wangi tu. Nama brand tu L**H (Siapa boleh teka?)...dulu tahun 2024 pun pernah tolak interview sebab dah dapat masuk F.O.S. Kali ni pun tolak lagi. 😅 Yang nak kerjanya Dania jadi biarlah dia je buat pilihan kan.
XOXO,
Ezna






























cute2 belaka merchandizenya! zmn u mcm umur dania, u minat apa ezz? zmn i sek men dan masa kat UIA, i minat garfield so i ada byk jugak koleksi brg2 garfield! zmn2 dulu tak delah gmbr...it not, boleh throw back zmn muda belia
BalasPadamMacam² barangan yg dijual ye... Kalau peminat band ni mesti rambang mata nak pilih
BalasPadamgroup Enhypen ni saya tak kenal... adakah diorang yg nyanyi lagu viral Overdrive tu?
BalasPadamcomel karakter kartun dia!
Lush ya kak? Saya dulu sering beli bath bomb nya 🤣. Memang wangiiiii masuk ke toko itu kaaan.
BalasPadamAiiiih mahal2 yaaa harga barang merchandise iniiii 😅😅.
Duluuu saya peminat banyak band rock. Bon Jovi, GunsNRose , Def Leppard. Tapi tak ada pasang poster, sebab papa marah hahahahha. Jadi saya simpan di buku saja gambar atau foto mereka 😁
Cutenya merchandise semua tu...sempat lagi ya Dania dapat panggilan interview part-time masa tengah seronok kat situ. Tapi betul kata Ezna, kedai sabun mandi wangi tu (mesti L*SH kan? Hehe) memang best bau dia kalau masuk. Tapi tak apa la, yang nak kerjanya Dania, biar dia pilih tempat yang dia betul-betul selesa dan yakin nak kerja. Janji dia ada usaha nak berdikari dan pegang duit sendiri..sama macam Dania...
BalasPadamComel2 character nya.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.