Bubur nasi cara saya

Siapa suka makan bubur nasi masa tak sakit?. Ada yang suka bubur nasi ni masa sakit je. Saya peminat bubur nasi....
Apa yang saya letak dalam bubur nasi ni?

Mulanya saya akan tumis bawang putih, bawang besar dan halia. Lepas tu saya akan letak ayam yang dah diasingkan tulang dan isinya. Tulang pun letak jugak sebab saya nak ratah nanti. Dah letak air, kemudian saya akan masukkan daun sup dan daun bawang sedikit, kentang, cili merah, 1-2 sudu minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa. 


Sementara itu, saya prepare kacang buncis tumis dengan ikan bilis. Makan la nanti dengan nasi. Mungkin juga boleh prepare kangkung goreng belacan atau apa-apa yang disukai makan dengan bubur nasi nanti. 


Ada sesiapa yang suka bubur nasi juga?. Tak payah tunggu tak sihat...saya memang suka....




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.