Bubur nasi cara saya

Siapa suka makan bubur nasi masa tak sakit?. Ada yang suka bubur nasi ni masa sakit je. Saya peminat bubur nasi....
Apa yang saya letak dalam bubur nasi ni?

Mulanya saya akan tumis bawang putih, bawang besar dan halia. Lepas tu saya akan letak ayam yang dah diasingkan tulang dan isinya. Tulang pun letak jugak sebab saya nak ratah nanti. Dah letak air, kemudian saya akan masukkan daun sup dan daun bawang sedikit, kentang, cili merah, 1-2 sudu minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa. 


Sementara itu, saya prepare kacang buncis tumis dengan ikan bilis. Makan la nanti dengan nasi. Mungkin juga boleh prepare kangkung goreng belacan atau apa-apa yang disukai makan dengan bubur nasi nanti. 


Ada sesiapa yang suka bubur nasi juga?. Tak payah tunggu tak sihat...saya memang suka....




XOXO,
Ezna

 

9 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. PZ seminggu 2-3 kali makan bubur nasi..selalu berlaukkan sup ayam je atau ikan goreng..

    BalasPadam
  2. Bubur memang sedap dimakan bila2 masa je kan, rasa nak buat lah pulak

    BalasPadam
  3. Saya tak berapa nak suka bubur nasi.

    BalasPadam
  4. saya suka tapi mcm tak pernah masak laaa kecuali zmn anak2 kecik2 ie mknn baby...i ada jer mkn/order kat restoran sbb suka kan

    BalasPadam
  5. Sy kurang suka bubur nasi tapi sekali sekala layan juga. Paling suka letak telur masin 😋

    BalasPadam
  6. Sedap ni sis.Aduhai..trliur plk tgk bubur nasi tu.Dh lama x mkn & tak buat sndiri =D

    BalasPadam
  7. Saya sukaaaa. Tp jarang buat sendiri. Selalu beli Krn bubur nasi ini dah macam sarapan wajib di sini kak. JD di mana2 banyak jual. Macam nasi lemak di sana. Tp di sini sebutnya bubur ayam. Walaupun kadang topping Macam2

    BalasPadam
  8. bubur nasi ni jarang nak makan masa tak sakit haha. tpi time hujan pun suka juga makan

    BalasPadam
  9. Saya suka bubur nasi yang dah siap ada lauk Kak Ezna...kat office memang ada jual bubur gitu..syok betul makan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.