Bila jadi pom pom girl anak saudara | MSSD

Bila adik saya share dalam whatsapp adik-beradik anaknya Eerfan masuk MSSD final untuk acara 80 meter lari berpagar. Sukannya diadakan di stadium Uniten. Kalau Uniten, Putrajaya ni memang dekat sangat la dengan rumah. Hairan pula Uniten ni dikatakan kampus Putrajaya sebabnya area sini Kajang. Bukan Putrajaya. Mana datangnya Putrajaya ni?. 

Bila tiba je nampak kakak Eerfan nama Sofiah ni. Sofiah ni dah selesai Final Exam dah kat UIA. In fact tak ada final exam pun katanya tapi buat project sebab student Interior Architecture. Masa ni sibuk pegang makanan sebab Aunty Ena belikan. Masa datang sini saya tak makan lagi jadi belikan sekali la makanan Sofiah. 


Ramai pelajar dari sekolah di daerah Sepang. MSSD ni untuk sekolah di daerah Sepang. Kalau kat UPM pun ada MSSD juga. Mungkin di sana MSSD sekolah di daerah Hulu Langat. 


Ni lah adik kesayangan Sofiah ni namanya Eerfan. Bersalaman dengan budak sekolah lain yang dia sendiri pun tak kenal. 


Kakak melayan kerenah adiknya. 


Dah bersiap dengan kasut dah. 


Acara padang pun diadakan serentak seperti lempar cakera dan lompat tinggi. 


Tengah menantikan pelepasan anak saudara saya ni. Giliran lambat lagi sesambil berdoa sempat la saya tengok sebelum ambik Dania kat Fakulti. 


Ada pelajar terjatuh pula dan diangkat oleh staff perubatan. 


Sempat pose untuk kamera Aunty Ena. 


Sebelah kanan Eerfan tu kawan Eerfan. Bersekolah agama sama cuma kebangsaan je tak sama. Lari pulak sebelah menyebelah. Sofiah kata silap-silap masa berlari pun sempat berborak lagi. 😅


Aunty Ena dah standby depan ni. 



Kawan sebelah Eerfan pun dah ke hadapan. 


Aunty Ena snap gambar Eerfan melangkah pagar. 


Eerfan cepat......


Pada acara akhir 80 meter lari berpagar, Eerfan tidak berjaya menempatkan pada 3 tangga teratas TAPI dapat masuk final MSSD pun dah cukup memberikan pengalaman manis kan?. Boleh la dapat sijil peringkat daerah kan. Kalau dapat top 3 tu bonus la. Boleh bagi markah untuk PAJSK (Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum). Masa Dania sekolah menengah dulu sukan ni Dania tak ada wakil mana-mana pun tapi paling aktif untuk badan beruniform Pandu Puteri Renjer. Tambahan markah Dania untuk PAJSK ni dari badan beruniform dan sebagai pengawas sekolah. 

Gambar bawah, Aunty Ena nak balik dah....time tu la diadakan majlis penyampaian piala. Dah la pintu masuk dan keluarnya situ. Kena la tunggu sekejap sampai penyampaian pialanya selesai. 😅


Cuba lagi Eerfan. Panjang lagi masa untuk Sekolah Menengah ni. 




XOXO,
Ezna































 



11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Tahniah dapat masuk MSSD tu pun dah power.

    BalasPadam
  2. Wah..bukan senang terpilih jadi atlet..walaupun bukan top 3, dah hebat juga tu..tahniah

    BalasPadam
  3. congrats to ur nephew. bagus ni, ada bakat dlm sukan, dan dpt sijil jugak! well done

    BalasPadam
  4. Tahniah Eerfan! Satu usaha yang baik, walaupun tak dapat top 3 tapi wakil sekolah peringkat daerah pun cukup hebat dah tu 👏🏻👏🏻

    BalasPadam
  5. Tahniah Eerfan! Come back stronger 💪🏻
    Tinggi dia, memang sesuai jadi atlet sekolah

    BalasPadam
  6. Tengah musim MSSD ni, anak saudara pun sibuk gak tu, tengok adik pun jadi pom pom anaknya hahahaha all the best buat anak Ezna gakk

    BalasPadam
  7. OK lah jadi pompom girl.... keluar peluh

    BalasPadam
  8. Hi! Boleh follow blog saya untuk info teknologi terkini https://www.bysyahmina.com

    BalasPadam
  9. Tahniah Eerfan! Walaupun tak dapat tempat top 3, tapi bukan senang tau nak terpilih sampai ke peringkat final MSSD daerah Sepang tu. Yang penting, dapat pengalaman manis dan sijil peringkat daerah untuk PAJSK dia nanti. Betul kata Ezna, perjalanan sekolah menengah dia pun masih panjang, boleh cuba lagi lepas ni!

    BalasPadam
  10. Uwaaaah lari gawang 😍😍. Susaaaah nih. Zaman sekolah saya pernah coba, memang tak suka, asyik jatuh saja saat melompat hahaaha

    BalasPadam
  11. Cuba lagi, bakal atlit negara nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.