Bila ada bunga kantan.....

Hubby ada ambik 3 kuntum bunga kantan yang mekar kat luar rumah. Selalunya jarang saya masak berasaskan bunga kantan ni. Bila dah ada 3 kuntum saya jadikan....

Sambal bunga kantan dengan ikan bilis. Bila hubby makan dia kata macam sedap juga bunga kantan masak macam ni. Nampaknya bertambah sambal ni. 

Resipi :

1. Bunga kantan (3 kuntum) hiris nipis
2. Ikan bilis segenggam
3. Cili merah (kisar)
4. Bawang besar 1/2 biji (kisar)
5. Bawang putih (kisar)
6. Cili api saya letak 7 biji (kisar)
7. Cili merah 2 biji (kisar)
8. Garam secukup rasa

Cara-cara : 

Gorengkan ikan bilis, agak-agak dekat nak garing masukkan bunga kantan. Kemudian masukkan semua bahan kisar tadi. Kacau rata dan perasakan dengan garam kemudian, boleh la diangkat. Disebabkan bau dari bunga kantan ni yang wangi...bila makan dengan nasi panas ni memang ngam la. 


Saya masak juga protin....iaitu sup ayam. 


Dah itu je lah lauknya....simple sangat dalam tak tau nak masak apa tu. 😅




XOXO,
Ezna

 

12 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kak, kalau di sini kecombrang juga biasanya dijadikan sambal. Namanya Sambal Honje

    Honje itu nama lain dari bunga kantan atau kecombrang. Memang sedaaap sangat. ❤️❤️.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa.. Sis suka makan bunga kantan, lagi-lagi dalam kuah laksa atau buat kerabu.. kadang beli nak buat nasi goreng

    BalasPadam
  3. Wak banyak tanam pokok kecombrang ni, tapi tak pernah makan bunganya.
    Seminggu sekali jual kat peniaga sayur di pasar minggu.

    BalasPadam
  4. Ok kita dok tepi je tgk u ols makan bunga kantan sbb kita bkn peminat bunga kantan 🙈

    BalasPadam
  5. Suka bunga kantan, aromanya tu best

    BalasPadam
  6. Wahhh..Menu baru ni dari bunga kantan.Biasa dlm nasi kerabu, nasi ulam & laksa je =D

    BalasPadam
  7. Cie selalu jugak buat sambal bunga kantan memang sedap.

    BalasPadam
  8. bestnya u tanam sendiri bunga kantan ni! my mini garden belakang rumah dh terabai ni

    BalasPadam
  9. Wahh best ni ada tanam sendiri. Mahal kan kantan. Sedapnya sambal.

    BalasPadam
  10. oh tak pernah lagi buat sambal bunga kantan. Suami ammi kalau dia terbeli lebih bunga kantan nanti dia buat nasi goreng daging pastu letak bunga kantan hiris halus. sedapnya

    BalasPadam
  11. Kalau kitaornag simple ginilah yang buat selera Kak Ezna...kang tau-tau bertambah-tambah nasik tu haha

    BalasPadam
  12. bukan peminat bunga kantan.. tpi kalau dlm laksa, tak sedap kuahnya tanpa bunga kantan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.