Baucer buku Madani RM100 | My Siswa Place

Anak yang belajar di Universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPTS yang masih aktif meneruskan pengajian pada 31 Mac 2026 boleh tebus Baucar Buku Madani bernilai RM100. 

Anak-anak dalam kategori ni dah tebus ke?. Dania dah. Ia bermula pada 15 Julai 2026. Dania tebus pada 17 Julai 2026 sebab katanya line menunggu lama sampai berjam-jam. Pada 17 Julai 2026 tu dah tenang sikit nak tebusnya. Kena tebus cepat2 ya takut lupa pulak. 

Pergi la ke website My Siswa Place. Kena daftar dan siapkan password. 

Credit : My Siswa Place 

Dania dah tebus dah 2 buku untuk dibeli iaitu dari PTS Media dan Popular. 

Credit : My Siswa Place

Buku lagi satu Strange Houses oleh Uketsu. Mungkin penulisnya orang Jepun. Ni kisah penyiasatan rumah yang mempunyai pelan lantai yang pelik dan ada kaitan dengan kehilangan beberapa individu. Nampak kisahnya pun macam penuh debaran. 


Credit : My Siswa Place

Buku dari PTS, Dania pilih Anthem of the Rebellious Heart oleh Marisa Fendi. Kisah Alif yang kena ingat balik kisah lampau yang beliau lupa untuk memperbaiki kisahnya pada zaman terkini. Kisah apa?. 

Credit : My Siswa Place

Kalau nak tebus ni hanya buku sahaja ya....kena top up untuk penghantaran. Macam Dania kena top up RM28.05. Kalau la boleh tebus untuk penghantaran juga lagi bagus kan?. 

Anak-anak you alls dah tebus ke?. Bab macam ni Dania memang laju sebab dia memang in love dengan novel ni. 




XOXO,
Ezna

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. ok, tq for sharing. i nak suruh zharfan claim nanti

    BalasPadam
  2. Wah, nampaknya semua student dapat baucer buku madani RM100 ni ye. Anak2 saya pun dapat tapi cara tebus tu lain sikit. Kena isi borang, pilih kombo buku yg dieorg nak tebus dan hantar ke cikgu. Saya suruh dieorg pilih buku rujukan dan buku kerja latihan. Ada jugak pilihan buku komik tapi dieorang tak berminat sangat.

    BalasPadam
  3. Waahhhh... Best... Igt lagi dulu zaman belajar kat UTeM tebus baucer buku. Best... Sebab LeYa pun minat baca novel

    BalasPadam
  4. Sekolah menengah & rendah pun ada baucer buku ni.

    BalasPadam
  5. Oh tak termasuk postage ye. Happy reading Dania

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dapat baucer buku ni kan

    BalasPadam
  7. Tahniah!! masih ada lagi Baucar Buku di tahun 2026

    BalasPadam
  8. Rasanya Kyra pun layak redeem sbb dia di Matriks tapi ammi pun tak tanya dia lagi

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah rezeki Dania dapat tebus Baucar Buku Madani, pilihan novelnya pun nampak menarik, selamat membaca buat Dania!

    BalasPadam
  10. Che mek pun dpt. Dia dh redeem dh bukunya..TP ada buku yg dh lama order tp masih belum smp rasanya.

    BalasPadam
  11. Bagus nya dapat beginiii๐Ÿ˜. Di sinipun ada, tp hanya utk pelajar tertentu yg kurang mampu. Anak saya memang tak masuk kriteria jadinya ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.