Hari yang nak top up seluar kerja Dania tu, kami makan kat dalam IOI City Mall je jadi kami ke...Banglo 289. Hubby kata PMX kita dan Agong pernah makan di sini tapi cawangan di KL la. Ok jom la kita cuba. Sebelum tu kena tunggu sekejap sebab meja penuh.
Seleksi lauk pauk yang kita boleh pilih. Hmmm...ikan siakap tiga rasa ni nampak menarik la.
Masak lemak yang mana menjadi pilihan?.
Deretan pilihan lauk-pauk.
Aneka sup.
Aneka ikan bakar.
Ulam dengan tempoyak.
Ikan bawal bakar. Tak macam kena bakar. Mungkin atas je kot yang dibakar. Tak nampak hitam sangat.
Bila semua lauk atas meja.
Ikan patin bahagian ekor masak tempoyak. Kuahnya rasa agak manis la berbanding pedas.
Sayur campur.
Tempat duduk kami kat view yang cantik.
Memang ramai betul yang makan kat sini.
Harga dia pun bukan kategori murah la kan. Tempat makannya cantik dan selesa. Mungkin lauk yang dipilih tak kena sangat dengan tekak. Mungkin kalau kami nak makan kat sini kena pilih lauk-pauk yang lain la.
Ada yang dah try makan kat sini ke?.
XOXO,
Ezna













Banglon289 ni dah lama tp tu la ako sendiri pun blm sempat nak cuba yg kat kl tu..memanjang penuh je hehhe
BalasPadamRasanya hari tu bos sy ada ajak brbuka dkt banglo 289 ni.Tp rasanya yg dkt KL ni ada open space. Jadi risau dpt meja dkt open space. Risau hujan jgk, jadi x pegi sana =D
BalasPadamMasa Sis ke sini nampak gak tapi tengok ramai so tak masuk makan sini.. next time laa boleh try
BalasPadamtak perasan plak sebelah mana restoran ni.. next kalau ke sini mmg kena cuba laa kot..
BalasPadamAda tgk tempat mkn ni tp yg KL tu.. Skarang dh ada dlm Mall... Bc feedback kayangan harganya tp ada yg ckp menu nya biasa je
BalasPadamSeronok tengok restoran² yg jual makanan Melayu yg cozy begini. Naiklah standard masakan tradisi kita kan.
BalasPadamMakanan ala kampung, kedai yang exclusive. Memang tak murah la harganya. Rasanya ikan tu mesti bakar dalam combi oven je. Takdela nampak macam bakar.
BalasPadamOh dah ada cawangan dekat IOI Mall ye. Saya dah pergi yg di KL. Pilihan lauk mmg banyak, tapi bagi saya biasa2 je la rasanya.
BalasPadamKak, kalau menu dah disiapkan begini, mereka akan panaskan lagi atau lgs kita makan saja?
BalasPadamSoalnya saya pernah makan ikan bakar di Putrajaya, dah dibakar, di wrap plastik, trus tinggal ambil. Tp saya pikir akan dipanaskan lagi. Ternyata tidak. Jadi jujur macam tak mantap rasanya, sebab dah dingin.
Kalau resto ini macam itu juga, nak coba pun saya pikir dulu jadinya 😅
cantik lah tempatnya! cozy and nice! food pun nmpk ok tu
BalasPadamCantik tempatnya. Boleh try nanti
BalasPadamPernah dengar tempat ni tapi tak pernah try.
BalasPadamFull house tu Kak Ezna...tapi rupa ikan bakar tu tak berapa rupa bakar pulak tengok...
BalasPadamoh baru tahu banglo 289 ni ada kat ioi.. orang cakap makanan dia sedap, cuma pricey la sikit.
BalasPadamteringin nk cuba
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.