Saudagar Nanas Agrofarm | Ladang nanas atas bukit

Lepas hantar Dania untuk Milking belah petang pula....saya cadang kat hubby kami ke Saudagar Nanas yang terletak di Sg Merab. Lama juga kami tak singgah sini. 

Saya pilih tempat duduk yang tinggi mengadap permandangan nanas. Tepi meja ni pun ada jual nanas kalau nak beli. 


Eh ada ayam katik berkeliaran je kat sini. 


Kalau nak makan tengahari ada juga kat Saudagar Nanas ni. 


Cumanya pilihan makanan tengahari limited


Geram je tengok ayam katik ni. Saya ni jenis penakut semua jenis haiwan tapi saya suka haiwan. Macam mana tu? 


Ha ni la view dari tempat duduk saya ni haaa....cantik kan?


Tanaman nanas luas terbentang. 


Ada buaian kalau nak ambik gambar. 


Nanas.....


Hubby dok pegang ayam ni dan suprisingly jinaknya. 


Pegang tak lari pun. Hubby usap macam usap kucing. 


Ni dukung pulak. Elok je tak meronta-ronta pun. 


Ada kawan dia kat sebelah tengok. Nak kena usap-usap jugak ke?. Selalunya ayam ni kalau jalan dekat je dah lari. Ni relaks je. 


Makanan yang dipesan untuk minum petang. Kopi nanas, popia nanas dan nanas float. 


Intinya nanas dan daging. Sedap. 


Nanas float ni pun sedap. 


Ada informasi tentang nanas. 


Dr. Hj. Fadzilah Kamsah pun pernah ke sini. 


Agamawan. 


Selebriti pun ada. Amar Bahrin. 


Ahli politik kawan baik Dr. M. 


Ahli politik lagi. 


Masa sibuk tengok gambar-gambar ni nampak burung kakaktua ni. Terkejut sebab dia bunyi kuat. 


Nama dia nanas. Eksen kemain. Nak pegang dia buat bunyi bising. Hubby la nak pegang. 


Banyaknya payung. 


Nampak cosy je kat sini. 


Bunga-bunga yang mekar. 


Sepanjang perjalanan balik kami. 


Atas bukit ni tempat kami makan tu. 


Ada yang dah pernah sampai?. 

Saudagar Nanas Agrofarm
Lot 3000, Kg Sg Merab Luar, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor

Tutup : Jumaat

7.30 pagi - 6.00 petang. 





XOXO,
Ezna





10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kita x suka nanas.. sbb fobia tiap kali makan mesti lidah sakit hehe tp tetingin nak cuba nenas float, nmpm mcm menarik n melting nya haha

    BalasPadam
  2. manjanya ayam tu, macam kucing!
    saya bukan peminat nenas jugak, tapi menarik tempat ni.

    BalasPadam
  3. Tak pernah pegi lg dkt sini sis. Ni bleh masuk dlm list ni =D

    BalasPadam
  4. Time Sy pergi dulu takde haiwan² ni .. buaian dan payung pun takde lagi. Sy teringin nasi goreng nanas diorg tapi belum rezeki nak revisit sini

    BalasPadam
  5. Cie tak makan nanas. Jadinya memang tak pernah pergi la tempat berasaskan nanas ni. Anak2 pun dah mengikut Cie tak makan nanas juga.

    BalasPadam
  6. menarik betul tmpt ni! i plak memang suka jus nanas..bolehlah masuk dlm my wishlist jjcm...ayam tu cute dan jinak mcm pet!

    BalasPadam
  7. wahh... menariknya. Saya yang duduk pekan nanas ni takde pulak tempat healing macam ni

    BalasPadam
  8. Semoga ada rezeki ke sini satu hari nanti

    BalasPadam
  9. Kalau nanas manis.. lagi sedappp...

    BalasPadam
  10. Pernah sampai.. suka nanas MD2 kat situ, manih leting.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.