Perjalanan menaiki ETS ni bermula 1 Jun 2026 jam 6.45 pagi bertolak ke Putrajaya Sentral untuk menaiki train ERL ke KL Sentral. Kami naik ERL dalam 7 lebih kot dan tiba di KL Sentral dalam 7.30 pagi. Makan dulu di Richiamo Coffee. Ada orang hantar makanan juga kat sini. Saya makan sandwich sardin je. Dania ambik mi dan hubby makan roti bakar. Nak ke ETS cuma naik escalator atas Richiamo ni ajer.
Kami nak mencuba menaiki ETS sebenarnya. Baru pertama kali sebenarnya. Plan asal nak ke Ipoh je tapi sekejap je tiket dah penuh masa kami decide nak naik ETS. Saya google la cari ETS ke mana masih kosong dan tempatnya ok la.
Ni ruang menunggu ETS. Kami naik coach biasa jadi takdelah ruang menunggu VIP kat depan atas tu. Kami dipanggil masuk 15 minit sebelum. Pintu ditutup 5 minit sebelum train dijadualkan berlepas.
Dah masuk dalam train. Pilih seat berderet satu barisan. Senang. Kalau nak tahu sebelah kita lelaki ke perempuan memang ada dalam seat selection tu. Patut perempuan duduk sebelah hubby tapi lelaki Maybe mak dia yang patut duduk situ tapi nampak maknya duduk tempat lain...so hubby la duduk situ. Kalau perempuan, saya la duduk situ.
Kalau nak charge ada je point kat situ. Ni saya charge kipas saya.
Boleh gantung juga dan tidak boleh melebihi 5kg.
Ada singgah kantin juga dalam ETS tapi tak ada tempat duduk rupanya. Katanya kalau ke utara ada.
ETS kami jam 9.05 pagi dan tiba jam 1.20 petang di JB Sentral. Jalan kaki je ke Amari dari JB Sentral. Ikut laluan pejalan kaki yang bersambung ke shopping mall. Jadinya sangat mudah la.....tak silap 400 meter je ke Hotel.
Ni dah tiba hotel awal. Check in jam 3 petang. Tak boleh check in lagi sebab bilik tak ready. Kami awal la. Cuma nak bagi details je.
Hubby tengah deal di reception counter.
Ni laluan ke washroom.
Washroom yang wangi dan bersih.
Letak beg kat lobi dulu dalam reception counter dan terus ke seberang jalan. Makan di lepak corner.
Makan dulu ni sebelum pesanan tiba. Lapar sebenarnya kami pun.
Nasi goreng telur masin.
Nasi goreng pataya udang.
Dania punya pasta.
Nak kena cross jalan je untuk makan kat sini. Memang dekat sangat dengan hotel pun.
Lepas ni review bilik pulak....
XOXO,
Ezna

















Wah, seronoknya! First time naik ETS rupanya, tapi perjalanannya nampak lancar je. Memang betul, tiket ETS ni kalau lambat decide memang cepat gila habis, lagi-lain kalau weekend atau musim cuti. Alang-alang tak dapat ke Ipoh, rezeki dapat jalan-jalan ke JB pulak..x pernah buat lagi balik JB naik ETS..macam best je....nak ajak suami la...hehehehe
BalasPadamBaru first time ni SA nak merasa. Sejuk la pulak dalam train....
Padamwahh best ni cuti2 naik ETS!! masa zmn covid tu, i sempatlah naik ETS gi ipoh, dgn my 3 boys..memang route ke utara, ada tmpt duduk kat area cafe ie lps beli2 mknn tu
BalasPadamNi bila pergi eh eh kosong tak ada kerusi meja padahal 4 jam perjalanan tu. Kena angkut makan kat tempat duduk.
PadamAlhamdulillah pengalaman baru travel dengan ETS pula kan :)
BalasPadamYa Kak Ana. Nak merasa punya pasal. Hehe
PadamSelamat datang ke jdt
BalasPadamTerima kasih....
PadamSeronok kan mencuba pengalaman baru.
BalasPadamETS ke/dari utara memang susah nak dapat seat untuk trip hujung minggu atau cuti panjang, kena beli beberapa minggu awal. Kecuali seat business class tu mungkin lambat sikit habis. Di kafe ada meja tapi tak banyak, lebih kurang 2-3 meja kecil je.
Hubby nak merasa pulak makan kat kafe sambil tengok permandangan....udah kena cari tarikh baru pulak.....naik ETS dah check dah. Nak tengok permandangan kat kafe ETS tak tercapai lagi.
PadamBestny travel dengan ETS. Ada jugak plan nak ke utara nanti tunggu masa yang sesuai boleh la trip ke sana. Cie kena turun KL la dulu.
BalasPadamBestnya!
BalasPadamKami tak try lagi. Mil & fil rajin la naik ETS, depa dapat harga senior citizen :D
Tergoda tengok nasi goreng telur masin tu Ezna 😍
Owhhh..Baru tahu ETS ke Utara je yg ada tmpt duduk. Dulu pernah blk kg sorg sbb nk jaga arwah abah dkt hospital ipoh-stay 1 nite. Pernah la mkn mihun goreng dkt kantin tu & duduk mngadap cermin =)
BalasPadamWah! bercuti ke Selatan tanahair lah pulak.
BalasPadamKita yang duduk area Putrajaya atau Bangi ni kalau naik ETS kena gostan ke KL Sentral dulu baru turun ke JB kan hehe
BalasPadamSaya tak sabar nak ke JB juga pas ke KL nanti. Krn ada time kosong kak retna ajak main ke JB 1 malam 😄. Ofkors tak menolak. Memang JB nih ada dlm bucket list saya nak pergi
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.