Pengalaman sendiri dapat tiket BTS World Tour Arirang in Jakarta | General Sale

Mulanya kena daftar la akaun tiket.com untuk beli tiket BTS ya. Siap-siap buka website dan masuk page hari konsert yang saya nak. Setiap negara tu cara pembelian tu mungkin sama atau berbeza jadi kena betul-betul pastikan kena beli dari website mana. Mulanya saje je nak buka tiket.com. Memang tak ada niat nak beli sebenarnya sebab dah secure ticket sebelum ni dan beli dengan orang kan.....

Di bawah ni saya masuk menggunakan browser Microsoft Edge. Penjualan tiket bermula jam 12 tengahari. Masa kat bawah sekali ialah waktu Malaysia kat laptop saya.  


Ini pula browser untuk tiket hari kedua menggunakan browser Chrome. ETA dapat masuk line jam 12.05 pm (waktu Malaysia 1.05 pm). Bayangkan depan saya ni cuma 1,903 orang dan line tu cepat je bergerak ke kanan. Buka jam 1 pm dan jam 1.05 pm dah boleh beli tiket. Sebelum ni masa battle kat Malaysia tu dalam 3 jam jugak la baru boleh beli 1 tiket. Saya nampak kat IG, orang Indonesia ada yang tengah queue tu di depannya aja ada 600,000++ orang. Saya? 4 angka di depan saya. Macam tak percaya pun ada.


Eh...bila bunyi ting je boleh terus beli tiket. Kalau kena pilih seat lain kena cari seat lain. Saya dapat tembus ke Cat 2. Bila fikir-fikir balik. Dah beli 2 tiket dengan orang dan 1 tiket untuk BTS di KL jadi saya keluar balik Cat 2 ni cari tiket yang rendah sikit harganya dan terus masuk ke pilihan Cat 3. Ikutkan kebarangkalian keluar dan masuk balik nak beli tiket tu susah juga sebab takut tak ada kosong. Tu kadang2 ada yang grab depan mata je. 

Harga yang ditunjukkan tu belum lagi termasuk cukai bagai. So, kena isi semua dengan teliti dan kena semak betul-betul. 

Niat tak nak beli tu jadi terbeli pula sebab eh kali ni memang boleh tembus pula talian. 😅. Laju...


Dalam 1.08 pm dah selesai bayar dan dapat ini dalam akaun tiket.com. 


E-Ticketnya pun dapat juga. Tapi...kena tukarkan dengan wristband hari sebelum atau hari konsert di Indonesia. Akan dimaklumkan kemudian tarikh penukaran tu. Harga di bawah ni belum masuk tax etc lagi. 




Sebelum event, jika nak beli tiket di negara lain

1. Kena tahu pembelian boleh menggunakan pembayaran apa?. Contohnya boleh ke guna kad debit/kredit yang dikeluarkan oleh negara luar?, pembayaran melalui aplikasi apa....kena check ni betul-betul untuk mengelakkan pembayaran dibatalkan. 

2. Kena tahu perbezaan waktu negara tersebut dengan negara kita. Jika katanya penjualan tiket bermula jam 12 pm (W.I.B) Indonesia, maka kita di Malaysia jam 1 pm. Kita awal satu jam dari mereka. 

3. Siap-siap update bahagian details yang diperlukan.

4. Target siap-siap seats mana yang kita nak. Kalau tak ada kena ada back up seats lain juga. 

5. Penting ni....website mana pembelian tiket. Jangan ke website yang salah sebab takut kena tipu nanti. 

6. Jika pembelian menggunakan matawang negara luar, boleh inform pihak bank untuk tidak batalkan pembelian tersebut. 

7. Pastikan limit account tu cukup untuk kita melakukan transaksi. Mungkin kita perlu menaikkan  transfer limit kita. Kalau Maybank, perlukan 12 jam untuk aktifkan ini ya. Bersedia bab ni dari awal.

8. Pastikan wang kita mencukupi untuk membeli. Masa diberikan hanya 10 minit untuk selesaikan transaksi. Kalau lambat, kita akan dikeluarkan dari sistem dan kena la queue balik. 

9. Wang dalam akaun kena lebihkan sedikit bukan mengikut harga tiket yang nak dibeli tetapi kena prepare untuk membayar cukai (tax) juga. 


Hari event

1. Bersedia awal dalam talian. 

2. Jikalau kena click cepat-cepat la click. Contohnya dalam Go Live Asia perlu click 'join queue'. Kalau tiket.com ni tak perlu. Kita hanya perlu click tarikh konsert sahaja. 

3. Laptop yang sama saya dapat masuk 2 tarikh konsert yang berbeza menggunakan 2 browser yang berbeza iaitu Microsoft Edge dan Chrome.  Contohnya Day 1 untuk Microsoft Edge dan Day 2 untuk Chrome. Nampaknya masa nak beli tiket ni Chrome sangat laju. Microsoft Edge pula ada 400,000++ di depan saya. Actually, kalau line ratus ribu ni chances agak tipis ya. 

4. Pastikan kad pembayaran, passport diletakkan depan kita supaya tak gelabah nanti. 

5. Masa beli tiket tu kena pastikan semua details tu betul. Takut nanti ada masalah kemudian hari. Kata kunci di sini cuba bertenang ya TAPI cubalah mengatasi masa 10 minit yang diberikan tu. 


Perbezaan pembelian tiket diantara platform Tiket.com dan Go Live Asia. 

1. Saya rasa pembelian tiket lebih mudah di Tiket.com sebab dia ada tunjuk depan kita ada berapa orang lagi. Boleh la kita plan sama ada nak mara atau give up je. Kita perlu realistic dengan jumlah orang kat depan kita tu. 

2. Tiket.com tak perlu pun click tempat duduk jadinya lebih cepat. Hanya perlu click kategori tempat duduk pilihan kita je. Kalau Go Live Asia kena click tempat duduk, tak ada kosong click lagi sampailah banyak kali. Macam buang masa pun ya jugak. Nak click kecik-kecik kerusi kat stadium tu. 

3. Tiket.com akan berikan kita e-ticket yang perlu ditukarkan dengan wristband pada waktu yang ditetapkan. Go Live Asia pula hanya akan issue e-ticket dua minggu sebelum konsert jadi kita pun dok la menunggu-nunggu e-ticket tu. 


Ikutkan menarik juga kalau dapat ke Jakarta, alang-alang cuti panjang Christmas tu boleh la jalan-jalan. Tapi my hubby cutinya tak panjang....hmmmmm....... 





XOXO,
Ezna



 

7 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. terer la ezz!! i battle slot rembayung pun sampai sekrg tak dpt..dh lama tak retry sbb awal2 ari tu memang tak dpt langsung/gagal dgn jayanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun battle gak slot Rembayung tu. Entah la apa pasal teruk nau nak tembus line. Haha...hubby I ada cakap bila I nak battle tiket BTS....Rembayung pun tak dapat.....inikan BTS. tapi nak jadi cerita....dapat pula tiket BTS-nya tu.

      Padam
  2. Kemarin itu saya coba tawarkan baru ke sedikit teman saja kak. Krn memang saya baru akan betul2 tawarkan kalau surat kuasa sudah ada . Tapi dr sedikit teman ini, ternyata mereka LBH tertarik yg kelasnya lebih dekat ke panggung, walaupun lebih mahal tak apa 🤣. Yg CAT3 banyak yg masih pikir2, mereka akan ambil kalau memang sudah tidak ada chance lagi utk dapat yg kelas lebih tinggi.

    Tp biasanya, semakin dekat waktu pertujukan, biasanya pasti banyak yg mau ambil kelas berapapun asal bisa menonton

    BalasPadam
  3. wah...nasib SA bukan fans..tahniah Ezna dapat battle tiket BTS...

    BalasPadam
  4. fans BTS memang kena sanggup je nak battle tiket ni. tahniah dah berjaya dapatkan tiket.

    BalasPadam
  5. tahniah kak ezna! memang power betul 2 kali dapat battle tiket ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.