Battle tiket untuk konsert BTS Arirang ni tak terhenti pada hari pertama je jadi cuba je la hari ketiga iaitu General Sale. Orang kata kali ni punya battle lagi susah nak dapat tiket sebab semua orang boleh battle walaupun bukan Army.
Waiting room jam 10, masuk dalam queue jam 11 pagi. Ni kat bawah ni tengah queue la ni. Macam dah dekat nak tiba ni jam 1.40 petang. Masa ni tengok bilangan yang queue ialah 900,000++.
Katanya masa kat waiting room tu, sistem yang akan tentukan siapa yang akan mara dulu. Tak ikut siapa yang masuk dulu waiting room.
Dalam 2 lebih petang turn saya dan bila ada bunyi ting je kemudian, kena masukkan huruf dan kemudian kena gerakkan jam. Lepas tu baru ada tertera seat macam kat bawah ni. Kena click yang tempat hijau tu. Kalau tak ok sistem minta kita pilih tempat lain. Banyak juga la saya click dan hampa.....rasa-rasa mau 30-40 seats. Hampir nak give up juga la.
Kemudian ada 1 seat ni saya click dan terus ada tanda ✅ dan terus bawa saya ke payment page. Tak fikir panjang dah dan terus type nama, no kad, alamat, email, nombor telefon dengan berhati-hati. Dah kenapa la kena type alamat rumah pulak....mau berpeluh type semua sebab masa diberikan hanya 10 minit.
Dan akhirnya....sistem pun berpusing-pusing dan kita kena approve kat akaun bank kita dan Congratulations!. Kemudian kita akan dapat secure la tiket kita walaupun saya dapat 1 dah ok dah....
Sebelum event
1. Pastikan amount mencukupi siap sedia dalam akaun. Kalau boleh kena lebihkan supaya mencukupi untuk membayar SST etc....
2. Transfer limit yang mencukupi untuk bank supaya nanti transaksi tidak terganggu. Kalau Maybank, perlukan 12 jam jika nak tukar transfer limit.
3. Jikalau transaksi yang digunakan untuk pembelian menggunakan wang negara lain, kena inform bank supaya bank tidak sekat transaksi tersebut.
4. Boleh set target menabung sedikit demi sedikit.
Hari event
1. Membuka website menggunakan pelayar Microsoft Edge.
2. Bersedia sebelum waiting room dibuka. Kemudian bila waiting room lagi berapa minit je nak buka, saya refresh la page kat Go Live Asia dan terus click untuk queue.
3. Saya menggunakan hanya satu device iaitu laptop. Guna wifi rumah je yang berkelajuan 800Mbps. Mulanya nak ke Cyber Cafe tapi rasa malas sebab saya seorang. Kalau ada Dania mungkin saya ke Cyber Cafe.
4. Bila kena select tarikh dan seats tu saya lebih target untuk Day 2 iaitu pada 13 Disember 2026.
5. Saya sentiasa click setiap seats yang kosong tu. Tips kat sini jangan give up walaupun bila time click tu kita kena pilih seats yang lain pula.
6. Bila dah berjaya secure tiket tu kena masukkan details yang betul. Semak beberapa kali untuk mengelakkan kesalahan tapi within time given la 10 minit tu.
***Cumanya part insurance yang saya terambil. Ikutkan tak payah ambil untuk kurangkan kos. Bab ni tak perasan kat mana saya click 😅. Gabra ya....susah nak tenang dalam situasi macam ni sebab kena kejar masa.
Akhirnya 1 seat milik saya dan Dania pun tak percaya....ummi dapat 1 seat?. So...boleh la ajak sesiapa join sekali....😍
XOXO,
Ezna



wow tahniah! bukan calang calang rezeki orang nak dapat ni :)
BalasPadamDapat 1 tiket je Ako....ini pun macam tak percaya.
Padamcongrats ezz berjaya dpt tix!! i stress la kalau apa2 benda yg kena battle utk dapatkan hahahah
BalasPadamI pun stress you tapi semangat nak try dapat tiket tu ada....jadi akhirnya dapat juga tapi 1 je la.
PadamWahhh..Gigih betul ni.Congrates sis =D
BalasPadamHehe....entah kenapa gigih sangat ni kan.....terima kasih.
PadamEh yg aritu dh beli... Yg ni yg mana plak
BalasPadamHari tu beli dengan orang. Time Army Presale tak dapat pada 3 Jun. Lepas tu masa General Presale 5 Jun dapat 1 tiket. Ni memang under kita.
PadamRezeki betul ni....x sangka Ezna minat BTS...budak2 office SA pun ramai dapat beli
BalasPadamDania yang minat SA. Ummi dia temankan Dania pergi tapi Ummi dia memang tahu lagu-lagu BTS ni. Minat tu ada la sedikit. Nak tembus line nak beli tiket pun pengsan....susah kemain. Teringat kenangan gi concert masa muda2 dulu...concert Dep Leppard, KRU dan Ikhlas dari Roslan Aziz Production.
PadamTahniah sis Ezna, berjaya battle tiket BTS yang paling susah di dunia! 😅 kalau saya agaknya lama dah give up hehe
BalasPadamHehe...ya memang susah dan memang rasa nak give up tapi masih nak cuba lagi....tapi nak tunggu turn kita tu mau 3-4 jam.
PadamHebaaat kak. Bukan gampang ikut war begini, apalagi sekelas BTS. Teman saya pun ikut, tak tahulah dia dapat atau tak 😅😅.
BalasPadamYa Fanny...bayangkan 1.2 juta orang yang beratur dalam talian....terus terfikir kakak tak ada peluang ni.
PadamEhh... yang sebelum ni ada 2 tix kan yang beli dari orang.. ini ada lagi.
BalasPadamYa. tu beli pada orang sebab masa Army Presale tu tak berjaya. Hanya Army (ahli group peminat BTS je boleh beli), Kali ni saya battle lagi. Dapat pulak tiket masa mereka jual untuk semua....ini yang saya dapat 1.
PadamKawan saya pun battle jugak tiket BTS ni masa kitorg tgh sibuk jalan2 kat jogja hahaa. Dia target vip, tak dapat. Last2 dpt CAT berapa entah, tapi yg seat jauh tuu
BalasPadamVIP walau mahal orang dok target situ dulu. Tudiaaa sempat battle lagi tu.
PadamDapat jugak Kak Ezna..teringat masa battle untuk tiket konsert DSCT awal tahun haritu...
BalasPadamSaya tak battle, yang battlekan adik-adik saya 3 orang..punyalah stress diaroang dari awal dok try, sampai panjanggglah chitchat dioarang kat WA group diaorang ngomel sebab susahnya nak dapat slot...nasib baiklah dapat jugak..kalau tak mau sampai sekarang bising lagi kot hahaha...
Nak tembus BTS ni susah sebab kena battle dengan satu dunia. Orang dok kata orang dari China suka nak beli banyak2 dan suka nak attend concert kat Malaysia ni. Tapi walau susah mana tapi sebab rezeki kita...dapat juga 1 tiket atas usaha kita sendiri. Letih Sue click setiap kerusi tu. Dia kata belum dibeli tapi bila kita click dia suruh kita click kerusi lain. Mungkin orang lain tengah buat pembayaran.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.