Hari yang kami nak balik dah ni....breakfast makan kat Kacang Pool Haji tu jadinya....makan tengahari kat mana ya?
Kat sebelah Amari ni ada Zenith Lifestyle Center. Katanya Shopping Center tapi banyak tempat makan je selain salon dan spa.
Kami selalu lalu lalang sini sebab nak berjalan kat belakang ni ada Shopping Mall Komtar JBCC. Ternampak la Lesong By Johara ni.
Hari last kami kat JB ni nak la try makan sini. Jam 2 lebih petang kot kami ke sini kena queue la sebab depan kami ada 3 keluarga lagi. Jadi, kami putuskan jalan-jalan kat Komtar JBCC dulu. Bila Lesong call baru datang sini balik.
Dalam jam 3 camtu staff Lesong call dan kami pun terus menuju ke sini dan order...
Tunjang masak lemak. Portion besar juga. Sedap dan puas hati.
Nasi ni untuk 3 orang makan. Unik sebab dihidang dalam bekas kayu ni dan lapik daun pisang dan ada sebiji cili api.
Ni ayam pop dengan sambal dan daun ubi celur. Ayam dia pun besar. Sambal ni sedap. Ayam pop pun sedap.
Ikan masin ni harga RM5 tapi banyaknya pula. Selebihnya tapau. Cili api tak tinggal ya.
Order juga cucur udang. Rangup sungguh la. Tema dia cili api agaknya dan ulam raja. Cucur udang ni pun banyak juga portion.
Cendol ni order 1 je dan dimasukkan dalam tempurung kelapa. Sudunya dari kayu.
Tempat duduk kami.
Tempat mereka buat air ni terbuka.
Mungkin owner yang dapat pengurniaan pingat ni.
Ni kat cashier. Ada barangan antik juga dipamerkan.
Lesong menghidangkan masakan tradisi orang melayu.
Atas ni penutup ayam ke bubu ke tak sure tapi unik dijadikan dekorasi lampu.
Dekorasi dalam Lesong.
Lesong dari arah depan.
Dekorasi kat menu macam ulam raja tu saya makan dan cili api tu saya minta tapau sekali dengan cucur udang dan ikan masin. Jangan bazir. Cili api tu boleh saya masak nanti. 😅
Saya sangat rekomen la makan kat sini....makanan yang kami pesan ni total RM90++. Air pula kami pesan 1 air panas dan 2 air sejuk. Makanan sedap, tempat pun selesa cumanya mungkin kena beratur sebab ramai yang makan kat sini. Oh ya milik orang Muslim ya jadi makan tanpa was was.
Lesong by Johara
01-03A, Zenith Lifestyle Center
Jalan Trus
Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru
XOXO,
Ezna
nice la tmpt ni. boleh lah i masukkan dlm my wishlist jjcm in case ter singgah ke johor
BalasPadamYa Suzz.....patut try la....
Padamkalau mknn sedap mmg sanggup beratur sis =D
BalasPadamMasa tu sis pun tak pernah rasa. Saje nak try la. Sedap pulak.
PadamMujur jauh kalau dekat dah pi terjah. Memang semua makanan ada cili padi tu. Banyak la stok cili padi dorg setiap hari tu.
BalasPadamBetul semua masakan dia letak sebiji cili api tu.
PadamCantek vibe restoran dia.. nasib sedap berbaloi tunggu lama. Kalau ada kesempatan nak cuba jgk la
BalasPadamYa boleh ajak Fanny sekali kalau Ako bawa Fanny ke JB.
PadamMenarik betul konsep restoran yang mengetengahkan masakan tradisi macam ni. Saya memang suka bila hidangan warisan terus diperkenalkan kepada generasi sekarang. Tengok gambar makanan pun nampak menyelerakan dan buat rasa teringin nak cuba
BalasPadamYa kalau datang sini boleh cuba cumanya memang ramai pula datang makan kat sini.
PadamNice Deco dlm Cafe ala2 restoran cili kampung .. Sedap tgk menu tunjang tu
BalasPadamHaaa ya...betul tapi harganya lebih murah dari Cili Kampung bagi kita la.
PadamSA pergi sini nak cuba makan gak tapi 2 kali pergi memang x sanggup la nak beratur panjang..sudahnya pi makan tempat lain...
BalasPadamOh rupanya memang line beratur panjang la ya. Memanjang ada orang je. Makanannya memang sedap SA.
PadamRestoran baru ke ni? Nampak cantik dan makanan pun menyelerakan 😃
BalasPadamTak sure pulak Carneyz. Terjumpa secara tak sengaja masa lalu lalang area ni.
PadamWaaah baguuus dekorasinya kak 😍😍. Kalau makanan Melayu saya memang sukaaa Lah. Tiap ke Malaysia pun memang yg dicari menu Melayu kalau bisa
BalasPadamNanti Fanny ke JB mungkin boleh cuba masakan ni.
PadamMenarik tu.. bila queue kita boleh jalan² dulu. Dah ready mereka call.
BalasPadamBoleh je duduk situ. Ada tempat duduk. Tapi kami jalan2 dulu.
PadamSuka restoran makanan kampung cmni. Tempatnya nampak mcm mahal, lps tgok bil, mcm okay je harga tk lebih rm100 punn
BalasPadamYa akak budget RM100 ke atas tapi bila tak sampai RM100 dan portion banyak tu memang puas hati la.
PadamMacamana rasa ayam pop tu Ezna. Cantik Restoran ni.
BalasPadamDia rasa sedap sebab ayam pop ni dia rebus dengan air kelapa dulu. Rasanya lain sikit la kemudian cicah dengan sambal tu rasa sedap. Kalau pergi Padang, Indonesia ada ayam pop ni Mulan.
PadamKak Ezna..saya baca Le-song..last baca baru faham..laaa lesunggg ke hahaha...
BalasPadamNampak menarik jugak nih...baca blog Kak Ezna memang buat saya craving macam-macam ni tau hihi....
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.