Hari Sabtu lepas, hubby ada buka youtube Foodie Fendi. Ternampak la Fendi ni makan wagyu kat Kars. Lepas tu hubby kata lepas zohor kita makan kat luar.
Rupanya nak makan kat sini. Sama tempat makan macam yang Fendi promote. Teracun kita dengan youtuber ni ya. 😅. Oh ya...owner Restoran ni ialah Pak Mus...pengasas restoran Me'nate. Jadi boleh la makan tanpa was-was ya.
Masa kami datang tu tenang-tenang ajer. Orang tak ramai pun.
Kami pilih seats yang belakang tu ada pokok-pokok hijau.
Deretan peti ais untuk steak.
Jom tengok order kami ni haaa...
Beef burger untuk hubby.
Ni adalah Ibaraki Wagyu Skewer yang didatangkan dengan salad. Fendi masa makan wagyu ni tersenyum lebar berbanding satu lagi wagyu yang fendi promote. I guess...wagyu ni la paling sedap. Kebetulan wagyu ni datang dari tempat sembelihan di Jepun yang Fendi pergi tu.
Dania kata daging wagyu ni adalah cross breed lembu Kobe dan lembu Angus. Dania kan ada belajar pasal Meat Animal Science (Sains Haiwan Pedaging). Lecturer Dania kata cubalah try wagyu sekali. Boleh share la wagyu ni sebab harganya pun tak murah.
So nanti kita try la Ibaraki Wagyu Skewer ni ya. Ada 3 untuk 1 set ni. Saiz dia besar juga. Bukan jenis kecik tu. Boleh la rasa seorang satu skewer ni.
Memang portion dia besar juga bagi saya.
Bila makan tu lembut juga la wagyu ni dan ada rasa lemak butter juga....bila bergabung tu sedap sangat. Macam meletup dalam mulut rasanya. Perapannya pun sedap la bagi saya. Dagingnya pun juicy tak kering. Masih ada warna merah tu. Hubby dan Dania pun kata sedap. Saya dan Dania ni kurang makan daging jadi kalau kata sedap tu memang sedap la kan.
Dania spaghetti Aglio Olio udang.
Seekor udang jadi milik saya. Hehe. Besar udangnya disalut tepung. Salutan tepung pun berperisa.
Onion ring pun banyak dan sedap. Ada sos juga disediakan.
Ni saya punya. Mushroom Soup. Datang dengan 3 garlic bread. Saya tambah lagi 2 set garlic bread. Boleh la share nanti. Dania suka garlic bread sebab secukup rasa dan rangup.
Hubby order Americano panas, saya air lemon dan Dania Root Beer Float.
Bahagia dapat makan Ibaraki Wagyu Skewer. Katanya 100% Authentic Japanese Wagyu. Serius sedap ni. Cubalah....
Hiasan kat siling.
Iklan kat dalam Kars.
Bahagian lembu.
Saje tengok steak ni. Banyak pilihannya.
Sebenarnya banyak lagi pilihan tapi saya ambik gambar yang ni ajer.
Tak ramai orang pun.
Dari 1 Jun 2026 - 30 Jun 2026, boleh cuba Wagyu Striploin Australia ni dengan harga RM79 sahaja. Tapi dalam masa yang ditetapkan hanya boleh order dari jam 10 pagi - 3 petang sahaja. Kalau yang bekerja tu lunch hour boleh la try. Kalau nak weekend sabtu dan ahad pun boleh juga.
Kami cuba yang ini. Memang sedap. Perapannya tu teringat-ingat 😋. Promosi ni sehingga 30 Jun 2026 sahaja ya. Kalau teringin nak merasa Ibaraki Wagyu Skewer ni jangan lepaskan peluang.
Sesekali nak merasa. Bukan selalu pun.
Kami jalan sekitar Streetmall ni dan ada beberapa kedai makanan dalam ni juga selain tu kedai jual pokok, tudung, etc.
Meh la cuba....jadi....merasa la kami makan wagyu premium dari Jepun ✅
Kars Fine Meat & Steak
Unit H, The Streetmall
Lingkaran Cyber Point Timur
63000 Cyberjaya
Selangor
(Berdekatan dengan De Pulze, Cyberjaya)
XOXO,
Ezna






menarik ni ezz. nanti i try tanya mr hubby kot2 dia nak try wagyu tu :) thanks for sharing
BalasPadamWagyu I try ni harga dia pricey tapi sedap....lagi 1 ok sikit harganya yang dari Australia.
Padamsaya ni pernah makan wagyu kat bukit bintang tu pun dah rasa sedap. tpi tak sure tu wagyu gred apa.
BalasPadamkalau ibaraki ni memang betul2 premiumlah
Akak first time kot merasa tapi sedap rupanya.....alhamdulilah.
PadamWahhh..Menarik ni sis =D
BalasPadamNanti boleh try....
PadamMemang nampak sedap. Sy belum pernah try wagyu. Sikit hari lagi ada kot rezeki wagyu ni, sebab lately asyik zikir je hihi
BalasPadamSedap rupanya PH....zikir?....harap2 hubby faham dan terus makan wagyu hari ni....
PadamBoleh merasa sesekali ni. Nampak sedap2 semuanya tu.
BalasPadamSedapnya Ezna, thanks for sharing.
BalasPadamwagyu skewers tu pernah mkn yg ada booth kt dlm aeon..yg dkt restoran jepun pn pernh mkn..harga mmg pricey tp melting sedapnya....murah wagyu lunch tu sedapnya
BalasPadamSedap betul saya tengok Wagyu skewer tu Kak Ezna...tempting betull...tapi harga dia boleh tahan ye...
BalasPadamAiiiih jauh juga yaa lokasinya. Kalau ada di KL memang akan saya coba. Tp mungkin akan coba ini saat kesana dengan Raka. Dia pasti suka juga
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.