ETS JB Sentral - KL Sentral

Kami check out hotel 4.45 petang. Patut check out jam 12 tengahari tapi kami tambah masa late check out sampai kol 5 petang. Kena tambah lagi RM200. Ok la sebab boleh la solat dan mandi dulu kan. 

Dah check out terus la masuk Zenith Lifestyle tu dan naik 1 tingkat atas. Kena cross jalan masuk  Komtar JBCC. Memang attached dengan jalan berbumbung ke JB Sentral. Sangat senang la kan. Jadi memang akan nampak orang tarik beg dalam mall ni. Bila pergi je kat JB Sentral, ETS jam 5.30 ke KL Sentral dah boleh masuk. Just in time je kan. Kami tiba pun tak sampai jam 5 petang pun. Rupanya dah boleh masuk ETS pun. ETS dah tiba awal. 

Mulanya tersilap tempat duduk. Hubby patutnya duduk kat aisle (lorong) tapi eh kenapa ada orang ni duduk kat lorong tempat hubby?. Rupa-rupanya seats kami depan dia. Hehe. Patut la dia beriya duduk kat aisle tu...kami yang silap tempat. 😆. Siap-siap la letak beg kat atas dan beg saya pula saya simpan kat ruang simpanan di depan bilik staff ETS yang akan round ETS check tiket. Bilik staff ETS tu yang nampak pintu kat T9402. Depan bilik tu tempat simpanan beg. Boleh nampak la ada beg kat depan tu. 


Gambar kami. Baju saya yang corduroy tu baru beli je kat Good 2U dalam Komtar JBCC masa tunggu nak makan kat Lesong by Johara. Nak pakai kat luar sebab takut sejuk. ETS kami sampai malam kan...Saya terlupa bawa baju sejuk saya. Harganya RM19 kalau tak silap. Berbaloi la kan beli kat Good 2U tu. Saya pun ada beli tulle skirt juga. Pun harganya murah juga. 


Sempat lagi Dania nak belek IPad sebab keesokannya ada Test. Dah siap study sebelum pergi lagi jadi ni refresh la apa yang patut. 


Tiba kat KL Sentral dalam 9.20 malam dan kami terus menuju ke ERL pula. Dekat je pun kena jalan. Kebetulan ERL ada pula tak berjalan lagi. Masuk ERL dah lega dah. Tiba ke Putrajaya Sentral solat dulu kat surau Putrajaya Sentral. 

Lepas tu singgah Q Bistro makan situ dulu sebelum balik. Alhamdulilah selesai dah trip nak merasa naik ETS ke JB Sentral. 




XOXO,
Ezna

21 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. best jugak trip u jln2 naik ETS ni. convenient sgt sbb dekat dgn hotel tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...Merlyn yang suggest hotel Amari ni you. I tanya dia...rupanya memang dekat sangat dengan JB Sentral tu. I ingat kena naik Grab rupanya boleh jalan kaki je sebab dalam 400 meter je JB Sentral - Hotel Amari. Pulak tu attached dengan shopping mall jadi sepanjang jalan tu sejuk je la kecuali dari Komtar JBCC kena cross jalan. Ini pun ada traffic light jadi memang selamat nak cross jalan besar. Kat sini kena masuk Zenith Lifestyle nak masuk hotel. Tapi bagi I dekat sangat. Alhamdulilah.

      Padam
  2. Belum merasa naik ETS.. kena plan juga jalan jalan hujung tahun ni nampaknya. Naik ETS ke KL.. pastu jalan jalan naik tren or grab aje. Sebab pengalaman suami drive sendiri ke KL tahun 2024, memang leceh sebab tak tahu jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni sebab nak merasa je ni MY. Tapi kalau nak beli tiket ETS ni kena cepat2. Kalau dah tahu tarikhnya kena terus beli sebabnya pada mulanya nak gi Ipoh. Fikir2 nak pergi tarikh apa....ETS Ipoh dah penuh dah. Tu cari ETS lain dan jumpa JB Sentral yang banyak seats lagi.

      Padam
  3. Rasa nak buat jugak la trip naik ETS ni tapi nak pi Penang...hehehe..JB dah selalu sangat pergi...sesekali nak keluar gak dari belenggu jammed sana sini kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je.....tapi tiketnya tu kena cepat2 beli. Sekejap je habis.

      Padam
  4. Saya pernah naik ETS lupa bawa baju sejuk/outer jaket…fuh seksa sepanjang perjalanan. Jauh pulak Perlis - KL 😅. Murahnya baju Ezna beli tu, berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baju yang beli tu RM19 lepas tu sedap selesa pakainya dan rasa berbaloi sangat. Kalau malam memang saya tak tahan sejuk. Kalau siang ok lagi.

      Padam
  5. Lawa jaket corduroy tu. Sy pun baru masuk good2u last week. Tapi takde yang berkenan.

    Best trip ni, short tapi seronok dapat merasa pengalaman naik ETS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang kat Good2U ada baju menarik. Harganya pun eh eh memang tak percaya.

      Padam
  6. Blm coba lagi kalau naik ets. Semoga nanti ada kesempatan naik ini. Plan Juni ini nak ke JB dengan kak retna, tp blm tahu akan naik mobil atau ets. Saya ikut saja nanti yg mana 😄

    BalasPadam
  7. Bestnya pengalaman naik ETS. Nak try jugak la nanti pi utara. JB pun macam menarik lamanya tak ke JB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah cuba Cie...tak cuba tak tahu kan.....

      Padam
  8. Lepas ni boleh ke Padang Besar pulak Ezna. Kot nak lajak ke Hatyai dah dekat😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tapi Hatyai tu pernah juga pergi beberapa kali dan tak sure bandar dia macam mana dah pulih ke dari banjir besar tahun lepas. Hotel banyak terkesan juga termasuk hotel yang kami pernah menginap di Hatyai tu.

      Padam
  9. Oo Ezna ke Johor yaa, baru perasan entri ni haa.. sibuk Sis baru balik dari Jakarta Bandung..
    Ada rezeki ke Johor nanti boleh kita keluar kopi... Sis pun belum pernah cuba Jb-Kl naik ETS, nanti nak try gak laaa

    BalasPadam
  10. Bestnya naik ets. Saya belum pernah lagi.
    Sejuk sngat ye aircond dia?

    BalasPadam
  11. Senang kan naik ETS. Tak sabar tunggu ECRL siap hehe

    BalasPadam
  12. best nih, leh try. berjalan tanpa jejak tanah. ihiii~
    briskwalkkan?

    BalasPadam
  13. Pengalaman ni Kak Ezna...jalan-jalan negeri lain naik train...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.