Aircond kami ni dah rasa panas sikit. Apa hal la ada aircond tapi panas kan....jadi hubby panggil la orang servis aircond. So ya....ada dua orang servis aircond rasanya orang Pakistan kot....mencuci bahagian dalam aircond yang dikatakan berhabuk la tu sebab panas aircond ni.
Lepas settle ok la malam tu sejuk je aircond bila pasang. Malam esoknya aircond buat hal. Hawa biasa je keluar tak sejuk. Malam tu saya susah la nak tidur sebab panas. Berpeluh-peluh lagi walau dah pasang kipas. Orang yang dah biasa tidur aircond ni bila pasang kipas automatik badan tu react la berpeluh. Pelik.....panggil la orang aircond tu balik. Rupanya paip ke gas aircond (ni pemahaman saya la ni. Tak reti sebut apa namanya)....dah longgar sikit menyebabkan gas aircond keluar sikit-sikit lama-lama habis la gas. Padahal sebelum tu tukang aircond kata gas banyak lagi jadi tak payah la top up gas. Kali kedua ni dia ketatkan penyambung tu dan top up gas pulak. Orang yang datang kali kedua tak sama dengan kali pertama tapi masih orang 'dia' jugak.
Tukang aircond pertama keduanya orang Pakistan. Tukang aircond kedua pun keduanya orang Pakistan. Katanya owner orang Melayu....Hmmmm boleh percaya ke?....
Gambar bawah kena test pasang aircond kejap nak tengok dia berfungsi dengan baik. Tapi malam-malam tak pasang la sampai 17 darjah celcius ni...sejuk uiiii....20 darjah celcius kot selalunya.
Jadi bab aircond bilik saya dah settle. Bila hubby beli pula aircond baru untuk diletakkan kat ruang rehat atas.....kena set appointment pulak untuk pemasangan. Rasanya kalau beli dari Home Pro pemasangannya pula oleh yang professional la kan. Katanya nak tiba jam 3 petang tapi 2.55 petang dah sampai dan start pasang. Pukul 4.25 petang siap semuanya. Orang cina ketua dan pekerjanya orang Bangladesh. Kena kerah hubby kata kena buat itu ini. Huiii penat tu. Lepas tu ada plug rosak dan hubby minta tolong dia pasangkan pun tak ada upah pasang. Orang cina tu kata dia tolong pasang je. Tak caj pun. Baik punya promo kan sebab orang cina ni pun ada ambik upah selenggara aircond juga.
Aircond ni pun memang tiba masanya kena selenggara juga supaya sejuk. Kalau tak selenggara aircond akan cepat rosak sebab kotor kat bahagian dalam tu. On pun waktu malam je. Siang selalunya tak on kecuali cuaca panas sangat. Rumah batu ye lah panas...kalau kayu mestilah sejuk kan....
XOXO,
Ezna

org service aircond kat rumah i tu..company melayu..dh sgt lama i guna his service..muda lagi ownernya, dan ada staff2 jugak, semua melayu (opis dia kat ampang rasanya)..nama dia sham (sama plak nama dgn my hubby hahahah)
BalasPadamKebetulan la pulak ya...tapi I servis kereta sekarang ni kat MZ Auto Enterprise. Hehe....macam nama you la pulak.
Padambetul. ekon mmg kena selenggara.
BalasPadamnamun di rumah ni, makin selenggara makin KO, sudahnya guna je la janji rasa sesejuk sikit.
kita jarang guna ekon, kecuali time solat.
SA dah set minggu ni untuk service 3 aircond kat rumah...bilik PZ tu yang geramnya..kejap elok sejuk kejap x sejuk..
BalasPadamRumah Cie pun panas kalau tak on aircond memang tak boleh tidur panas. Kipas pun tak rasa.
BalasPadamsama mcm MZ, ako pun amek servis ngan budak melayu dari Selayang... dah lama ngan dia, orang-orang nya pun melyu juga. Alhamduliah jumpa yang baik-baik .. semoga budak aircon ni akan setia memberikan khidmat dia sampai bebila hahahaha
BalasPadam*suka diorang ni sebab sejenis tak berkira... ada sekali tu kita x cukup duit nak bayar, boleh plak dia bagi ansuran je.. alhamdulilah semoga murah rezeki adik aircon tu kan
cuaca skarang tgh panas...pasang ekon pn kdg2 rasa bahang....kt umah husband servis sendiri aritu die tgk kt youtube cara2nya...lega bila ekon sejukkkkk nyaman rasa
BalasPadamKebetulan OT baru jugak bersihkan bahagian filter aircond bilik kitoarang...lega sebab dah sejuk balik..tapi tulah, jenis saya tak tahan sejuk lama, so tidur macam tidur orang demam dah sebab kena berstokin, berselubung haha...
BalasPadamTapi baguskan kalau service tak berkira nih, selalunya memang buat kerja mesti semenggah kan...lega kalau jumpa orang macam ni...
Bukan la nak puji tapi kalau Chinese ni kerja laju & punctual. Sy pernah kena tunggu org aircond (,org kita) dari pagi sampai t/hari, tup² dia mesej x jadi datang. Geram betul 😬
BalasPadamSaya dulu berganti2 teknisi AC juga. Blm dpt yg bisa dipercaya. Kdg asal saja service AC. Freon masih bagus, tp di bilang dah harus ganti. Akhirnya skr dpt yg bisa dipercaya sangat.memang bgs. Dan ac saya masih tip top walau dah ada sejak saya nikah. Berkaliw saya tanya, sudah waktunya ganti tak. Jawabannya ttp sama, blm perlu. Padahal kalau dia tak jujur, bisa saja dibilang hrs ganti, sebab dia akan terima fee lebih mahal.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.