Ayam masak kacang

You alls pernah tak tapau sate kemudian kuah kacangnya tak habis? Sayang pulak nak buang. Ok...ni saya akan bagi resipi ayam masak kacang. Terjadinya masakan ni sebab masa tapau daging rusa tu kuah kacangnya banyak lagi. Jadi jom kita. 

Bahan : 

Ayam
Kuah kacang sate yang tak habis tu
Bawang besar (kisar)
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Lengkuas (kisar)
Pes cili
Serai dititik di hujung
Garam secukup rasa 
Gula 
Buah tomato
Kacang gajus ditumbuk (optional)

Cara : 

Goreng dulu ayam separuh masak, kemudian keluarkan. Kita tak nak terlebih masak pula takut ayamnya keras. Masukkan pes cili dan bahan-bahan kisar. Masak sehingga naik minyak kemudian masukkan serai dan kuah kacang dan ayam tadi. Kacau sehingga kuah dia agak pekat. Boleh la letak kacang gajus tu. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali baru masukkan buah tomato. Jangan bagi buah tomato tu terlalu lembik. Tu yang saya masukkan akhir sekali. Tabur dengan daun sup dan bawang tapi ni optional

Sedia untuk dihidangkan. Masa type ni terus lapar sebab hubby tak balik lagi 😅





XOXO,
Ezna

 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. wahhh nampak sedap la ezz!! boleh try ni

    BalasPadam
  2. uish..jarang2 Ezna share resepi ni...nampak sedap..boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
  3. rare menu ayam masak ngan kuah sate

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsiannya.

    BalasPadam
  5. Ok kuah kacang frozen ada lagi ni boleh try nanti. Thanks for sharing Ezna

    BalasPadam
  6. Nampak sedap ni. Nanti boleh try.

    BalasPadam
  7. Menarikkkk! Betul, selalu beli satay kuah kacang tak abis makan. Sayang pulak, dari membazir baik buat resipi ni 👍🏻

    BalasPadam
  8. Sedap juga dibuat begini yaaaa. Sayapun kalau beli sate dan kuah ya tak habis, juga akan simpan kak. Tp selalunya jadi saus cicah gorengan. Sebab di sini gorengan banyak dimakan dengan saus kacang

    BalasPadam
  9. Idea bagus ni... memang kerap beli sate kuah tak habis. Budak² makan sate tak cicah kuah. Lepas ni bolehlah simpan kuah dan try.

    BalasPadam
  10. Uniknya menu ni. Baguslah dapat diolah daripada membazir kan

    BalasPadam
  11. Wah..dah jadi satu lagi resepi baru...good idea ni Kak Ezna...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.