You alls pernah tak tapau sate kemudian kuah kacangnya tak habis? Sayang pulak nak buang. Ok...ni saya akan bagi resipi ayam masak kacang. Terjadinya masakan ni sebab masa tapau daging rusa tu kuah kacangnya banyak lagi. Jadi jom kita.
Bahan :
Ayam
Kuah kacang sate yang tak habis tu
Bawang besar (kisar)
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Lengkuas (kisar)
Pes cili
Serai dititik di hujung
Garam secukup rasa
Gula
Buah tomato
Kacang gajus ditumbuk (optional)
Cara :
Goreng dulu ayam separuh masak, kemudian keluarkan. Kita tak nak terlebih masak pula takut ayamnya keras. Masukkan pes cili dan bahan-bahan kisar. Masak sehingga naik minyak kemudian masukkan serai dan kuah kacang dan ayam tadi. Kacau sehingga kuah dia agak pekat. Boleh la letak kacang gajus tu. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali baru masukkan buah tomato. Jangan bagi buah tomato tu terlalu lembik. Tu yang saya masukkan akhir sekali. Tabur dengan daun sup dan bawang tapi ni optional.
Sedia untuk dihidangkan. Masa type ni terus lapar sebab hubby tak balik lagi 😅

XOXO,
Ezna
wahhh nampak sedap la ezz!! boleh try ni
BalasPadamuish..jarang2 Ezna share resepi ni...nampak sedap..boleh cuba nanti ni
BalasPadamrare menu ayam masak ngan kuah sate
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya.
BalasPadamOk kuah kacang frozen ada lagi ni boleh try nanti. Thanks for sharing Ezna
BalasPadamNampak sedap ni. Nanti boleh try.
BalasPadamMenarikkkk! Betul, selalu beli satay kuah kacang tak abis makan. Sayang pulak, dari membazir baik buat resipi ni 👍🏻
BalasPadamSedap juga dibuat begini yaaaa. Sayapun kalau beli sate dan kuah ya tak habis, juga akan simpan kak. Tp selalunya jadi saus cicah gorengan. Sebab di sini gorengan banyak dimakan dengan saus kacang
BalasPadamIdea bagus ni... memang kerap beli sate kuah tak habis. Budak² makan sate tak cicah kuah. Lepas ni bolehlah simpan kuah dan try.
BalasPadamUniknya menu ni. Baguslah dapat diolah daripada membazir kan
BalasPadamWah..dah jadi satu lagi resepi baru...good idea ni Kak Ezna...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.