Aswara & roti canai kari rusa

Dania tiba UPM dalam 8.26 pagi. Jadualnya 8.30 - 9 pagi sarapan pagi di sini. Dania ada aktiviti Kolej 12 dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk Stencil Art. 


Gambar saya dapat dari whatsapp. Dania dengan kawan-kawan sekelas. Ada seorang kawan Dania tu yang menganjurkan aktiviti ni kerana salah seorang Majlis Perwakilan Kolej (MPK) jadi dia ajak la gang sekelas join. Tu yang ramai juga kawan sekelas Dania yang join. 

Seronok nampaknya tu....


Lepas tu saya balik rumah dan pick up hubby pulak. Kami nak makan kat sini. 


Pernah la Kak Zu dari Rumah Kueh tu cakap makan roti canai kat sini sedap. Tu yang nak try tu. 


Kita nak rasa la sate rusa kan. Lembut betul la tak liat macam daging lembu tu. Boleh repeat lagi sate rusa. 


Roti tampal suami dan saya roti telur bawang. Roti saya lupa pulak nak ambik gambar. Eh ye lah....roti canai dia lembut sangat. Sedap la. 


Cicah pulak dengan kari rusa ya. Barulah rare. Ada Nescafe O dan Teh Tarik jugak. 


Kari rusa ni sedap juga. Ada la daging rusa dalam ni. Lembut la dagingnya. 


Berdekatan memang ada ladang rusa jadi kita ambik kesempatan la bagi makan kan. Harga ni RM5 je. Ada daun ketum ayam dan roti yang disapu molasses sugar


Rusa kemain beratur ni ha tau ada makanan. 


Seram sebab lehernya panjang jadi terkeluar gitu kepalanya. 


Kambing ni makan daun ketum ayam la. 


Sedapnya....


Rusa pun makan daun ketum ayam ni. 


Dah terjatuh daunnya takut pulak saya nak ambik. 


Moh la saya bagi makan. Saya tunggu yang besar-besar jauh sikit. Kesian yang kecik ni selalu kena tolak je. 


Hai.....ada tak makanan untuk syaye?. 


Ni masa jalan balik ni. Ada orang kat sini gantung buah rambutan merah dan kuning juga manggis kat luar. Nak dijual la. Beli la buah manggis, rambutan merah dan rambutan kuning. Harga seikat RM10. 


Manggis ni ada rasa masam manis. 


Rambutan ni masam rasanya. 


Rambutan ni puas hati sebab manis. 


Petang sikit barulah Dania balik...

Kalau nak try daging rusa boleh la ke Ladang Rusa di Sg Buah, Dengkil, Selangor.




XOXO,
Ezna

 













17 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. menarik tgk sate rusa & kari rusa tu

    BalasPadam
  2. Pernah makan sekali je daging rusa..kawan dekat pejabat jual yang mentah, kita balik buat rendang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke?. Tapi yang makan kat sini memang lembut la dagingnya. Ingatkan liat.

      Padam
  3. Daun ketum ayam tu macam daun ketum orang buat air tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan. Dah tanya dah. Dia kata lain. Nama je sama. Daun ketum ayam ni membekalkan protin untuk haiwan ni.

      Padam
  4. Menu eksotik ni, kari rusa. Nampak sedap karinya.

    Saya pun selalu risau nak cuba hidangan daging, risau liat mulalah terselit di celah gigi. Tak selesa 😄

    BalasPadam
  5. Rare sungguh menunya ni, roti canai makan cicah Kari daging rusa.

    BalasPadam
  6. Comel la kambing dgn anak rusa yg last tu... Geram pulak tengok 😁

    BalasPadam
  7. Alaaa kita baru nak try roti canai sekali kat dengkil eh 😅😅

    BalasPadam
  8. First time nampak dan tahu daun ketum ayam. Ingatkan daun kaduk...

    BalasPadam
  9. Pernah sekali je makan kari rusa arwah nenek buat. Rusa tu beli dari orang kampung yg masuk hutan berburu. Tak ingat rasanya tapi sebelum buat jadi kari, boleh tahan jugak bau hamis rusa hutan tu 😅

    BalasPadam
  10. menarik betul tempat ni..ok i masukkan dlm my jjcm wishlist la heheheh :) cute la gmbr dania beramai2 dgn kwn2 dpn signage aswara tu

    BalasPadam
  11. sedapnya sate rusa. dah lama tak makan daging rusa, tak ingat camne rasanya.
    comelnya bagi makan daun ketum kat anak kambing dgn rusa tu!

    BalasPadam
  12. Bestnya ada sate rusa juga. Baru2 ini makan roti canai kuah kari kambing je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.