Kebetulan Dania tak ada kelas Isnin sebab lecturer tak ada jadi kami menonton filem la....lama juga tak menontonnya....
The Devil Wears Prada 2
GSC IOI City Mall West.
Ambil gambar sebelum filem bermula.
Saya dan Dania orang first masuk jadi ni saya sorang-sorang sebab Dania ke rest room dulu.
Movie ni adalah sekuel dari The Devil Wears Prada yang ditayang kepada umum pada 2006. Ada beberapa pelakon lama dikekalkan seperti :
Meryl Streep sebagai Miranda Priestley
Anne Hanthaway sebagai Andrea @ Andy
Emily Blunt sebagai Emily
Stanley Tucci sebagai Nigel
Kisahnya mengenai Andrea selaku wartawan...masa hari dia mendapat anugerah kewartawanan,....dia dan kawan-kawannya diberhentikan kerja melalui sms. Kemudian, Andrea dipanggil untuk menjadi editor untuk majalah Runway. Salah satu pengiklan di majalah runway ni adalah dari Dior. Salah seorang pekerja Dior ni adalah bekas PA Miranda dan pernah jadi PA bersama dengan Andrea. Miranda masa tu panggil Andrea dan Emily tu Emily. Kalau yang pernah tengok movie yang pertama memang akan perasan la watak Emily ni.
Bila majalah Runway ni ramai yang selesa baca melalui internet jadi Andrea pun mendapatkan ex wife billionaire untuk diwawancara. Beliau ialah Sasha Barnes. Ex husband Sasha Barnes bernama Benji pula bercinta dengan Emily. Jadi, Emily meminta Benji untuk membeli runway kerana Emily macam berdendam dengan Miranda kerana membuangnya kerja masa bekerja di Runway. Jadi Emily berhasrat menyingkirkan Miranda.
Dalam pada masa yang sama, Andrea menyakinkan Sasha Barnes untuk membeli Runway. Akhirnya anak owner Runway iaitu Jay pun bersetuju dan permohonan Benji untuk membeli Runway tidak dapat dipenuhi.
Dalam filem ni penuh dengan fashion runway dan baju yang cantik2. Ada juga beberapa pereka fesyen dan model yang ditonjolkan di dalam filem ini. Ada lagu latar dalam filem ni masih lagi menggunakan lagu latar filem sebelum ini.
Masa tengah menonton pun Dania ada tanya la beberapa soalan jadi saya dapat jawab la sebab dah berulang kali tengok filem sebelum ni dan kenal la watak-watak di dalam ni.
Berapa star saya bagi ya? 4.5⭐/5 sebab saya sangat suka filem ni yang ada unsur kelakar jugak. Tidak la terlalu serius dan filemnya straight forward je. Saya suka filem yang tak banyak sangat memikir dan tak suka filem yang dibiarkan tergantung. Kita fikir la sendiri kesudahannya dengan beberapa andaian. Lagi satu saya suka betul la watak Anne Hathaway ni yang pernah berlakon dalam Princess Diaries. Manis sangat Anne ni.
Anda dah tonton ke?
XOXO,
Ezna




menarik jugak citer ni! i dh lama tak kuar tgk movie...mcm tak berapa ada masa...lately i kena ajar byk subject ezz (2 subject utk masters) so masa jd terhad utk berpoya2 hahhaah
BalasPadamBusy you ya. Tak apa nanti bila you free sabtu ke ahad ke boleh je menonton....
PadamBlommmm....dia xde nak kuar kat Netflix ke erk...hahahahaha....malas la nak pi tengok wayang
BalasPadamRasanya ada ni kena tunggu la. Movie ni best....
PadamBelum tapi kawan2 yg dah tonton pun kata best cerita ni.
BalasPadamYa setuju sebab memang best Carneyz.
Padambest nya cita ni.. nak ajak Iris gi tgk la. lama x tgk wayang
BalasPadamBest MA sebab cerita yang feminin. Mesti MA dan Iris enjoy.
PadamSaya ada bukunya, dah nonton yg pertama, tp kedua ini blm. Agak malas kluar masalahnya 🤣. JD berharap tunggu masuk Netflix lah . Memang bagus kalau cerita pertamanya
BalasPadamada tengok jugak awal bulan haritu. saya pun minat citer ni.
BalasPadamtapi rasa macam yg pertama lebih best kott
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.