Hubby ada tanya saya nak makan mana masa birthday nanti. Gigih la google dan akhirnya kami ke Desa Parkcity ni.
Hari ni hari jadi saya....Alhamdulilah naik satu lagi usia saya....bersyukur sebab masih lagi bernafas.
17 Mei 2026.
Ok...kami dah sampai dah ke Jibby by the Park. Jibby ni dalam Serai Group.
Hubby pilih kopi. Ada heart la.
Suasana kat sini sangat best dan cantik tapi ada juga yang mencacatkan...nanti saya cerita.
Saya memegang Berry Pavlova with chocolate.
Close up Pavlova...
Tempat makan yang selesa kat bahagian luar ni sebab menghadap kehijuan taman di sini.
Tempat duduk ni macam daybed sofa je.
Nak tengok apa ada kat cermin ni....
Cantik la tempat duduk ni. Kerusi rotan dia cantik.
kat bahagian atas pun ada kalau nak duduk kat atas la.
Deko kat dalam ni banyak hiasan dedaun dan bunga hiasan.
Ambik lagi gambar kat luar ni.
Serai Group ni banyak restaurant di bawahnya.
Aura Wristlet Leona X Machino.
Hubby pilih ayam madu. Hubby kata sedap.
Dania pilih Meatball Pasta. Dania kata sedap....
Saya pilih squid ink Aglio Olio. Ni pun sedap. Portion dia just nice je tapi saya makan sikit je dah kenyang.
Birthday girl pose atas tangga. Memakai dress Disney X Naelofar Bambi. Bambi ni watak rusa dalam kartun Disney.
Meh le beramai-ramai ambil gambar atas tangga ni. Lawa tangga ni bagi saya.
Tema warna saya dan Dania ni lebih kurang je.
Sangat cantik la interior dalam Jibby By The Park ni.
Dekat Waterfront ni, haiwan peliharaan boleh dibawa jadi haiwan ni akan selisih lalu sebelah kita. Saya dulu pernah kena kejar dengan anjing dan sampai sekarang saya trauma ya. Tak hilang ya. Walau secomel mana dan sekecik mana pun anjing tu saya akan panik kalau dekat. Ini yang mencacatkan sikit ni. Tempat ni cantik je. Sesekali dengar ada anjing menyalak. Alehai......
Anjing besar ni bentuk macam Teddy Bear je. Memang besar. Nak sama besar dengan tuannya ya. Dah la dekat dengan escalator budak anjing ni.....
Anjing juga boleh dibawa sehingga ke dalam restoran ya....tak selesa nak makan la kan kalau gitu...tapi disebabkan Jibby By The Park ni kepunyaan muslim jadi memang anjing tidak dibenarkan masuk ke premis. Owner Jibby ni nama Najib. Isterinya nama Qistina. Keluarga Qistina yang mulakan perniagaan Serai ni.
Walaupun wajib dipakaikan leash tapi yang ni pakai ke?. Ada saya nampak seekor anjing tu tak pakai leash tapi dia ikut je tuan dia berjalan. Adehhhhh....saya mau tak panik....cuba anjing tu uturn kat saya.....memang dalam perjalanan pergi dan balik kat sini jumpa banyak ekor anjing la....tak best....

Tempat makan selesa, makanan sedap, dekorasi cantik tapi tu lah bab anjing ni saya tak boleh kompromi la. Next kalau nak makan kat Serai Group ni kena cari tempat yang haiwan peliharaan ni tak boleh dibawa ya....memang la anjing tidak dibenarkan masuk ke dalam premis Jibby By The Park ni tapi kawasan sekitarnya anjing bebas berjalan......
Apa pun alhamdulilah untuk hari ini.
Oh ya kat google hari ni ada nampak benda terbang kat muka saya.
XOXO,
Ezna












happy birthday kak ezna. semoga sihat selalu. memang tak selesa kalau tempat ada anjing.
BalasPadamTerima kasih Cie. Aamiin untuk doanya.....dan ya memang tak selesa pun.....
PadamSanah helwah Ezna 🌹
BalasPadamBaarakallahu fi umrik 🤲🏻
Allah, tak selesanya bila ada anjing² ni.
Terima kasih PH.... :) memang tak selesa dan saya tak tahu pun pasal bab ni anjing lepas bebas je kat sini.
Padam# Adeh bukan Allah 🙏🏻
BalasPadamPhone Sy ni auto appear words yg kerap ditaip
Tak apa PH. Memang auto correct jadi words yang selalu PH type. Phone ingat PH salah eja....
Padamhappy birthday Ezna...cantik jibby ni....pernh tgk kwn celebrate birthday sini....kita kalo jibby biasa mkn yg dkt empire subang
BalasPadamTerima kasih Amy. Lain kali cari Jibby tempat lain. Yang ni cantik memang cantik cuma tak selesa kawasan sekitarnya.
PadamAdushhh...kalau ada yang x best mmg agak spoil sikit. Anyway..Happy Bday sis =D
BalasPadamYa Nieza....terima kasih wish birthday ya....
Padamhappy birthday kak ezna..moga yang baik2 semuanya untuk akak..
BalasPadamaduhaaaiii anjing ni walaupun ada yang comel kita tetap ada rasa takut kan,boleh buat kacau mood
Terima kasih Afzan....aamiin untuk doanya. Ada yang comel2 gak tapi even yang kecik akak takut. Haha....
Padamfamous restoran ni..kat my area ada satu ie jibby east kat sebelah KL east mall..so far tak pernah lg gi mkn2 situ...ada nmpk my senior uia mkn2 kat situ...nizar dan family pun selalu jugak mkn2 kat situ...anyway, nice lah tmpt u pilih utk mkn2 bday ni...boleh OOTD :) part anjing tu...emm no choice laaa....tapi i suka jer tgk anjing cute2 hahahah setakat suka jerlahhhhh
BalasPadamJibby ni banyak juga dan bertema. Jibby I gi ni Jibby By the Park, kalau kat KL East tu Jibby East Grill ada Wagyu...., ada Jibby & Co kat Empire Subang dan Jibby Chow kat Elmina Lakeside, The Campus Ampang dan KLIA. Semua ambik sempena nama Najib (Jibby).
PadamHappy Belated Birthday Ezna 🌸🌸🌸🌸 Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki selamanya
BalasPadamAamiin. Terima kasih Mulan :) 🌸
PadamHappy birthday zna! Cantik betul dress Disney X Naelofar Bambi tu, nampak sedondon je tema warna dengan Dania. 😍 Gambar atas tangga tu memang spot-on! Tengok squid ink Aglio Olio dengan Pavlova tu pun dah tahu sedap. Tapi tulah, bila kawasan sekitarnya mesra haiwan peliharaan, bagi kita yang fobia atau kurang selesa dengan anjing ni memang kena fikir dua kalilah nak datang lagi. Next time boleh cuba cawangan Jibby yang lain pula..
BalasPadamThanks SA. Ah ah suasana dah best dah cuma kawasan sekitar yang tak selesa sebab ada sebesar-besar anjing sampai sekecil-kecil anjing.....
PadamHappy birthday to you. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihataan yang baik. A-Min.
BalasPadamAamiin dan terima kasih :)
PadamSaya kalah anjing tak masalah, sebab memang sukaaaa sangat. Tapiiii Raka tak suka 🤣🤣. Dia sama kayak kakak, trauma dengan anjing. Pernah sekali kami bertamu ke rumah aunty dia yg pelihara banyak anjing. Di lepas pula. Memang Raka tak nak turun dari mobil, sebelum anjing2 itu dipisahkan dulu 😂.
BalasPadamSayalah yg bertugas mengajak anjing2 aunty utk masuk ruangan lain dulu 🤣. Baru dia mau turun.
Happy belated birthday kak Ezna 🎉🎉🎉🎉. Saya harap kakak selalu diberkati dengan rezeki yang cukup, kesehatan dan kebahagiaan bersama keluarga yaaa.😍
Aamiin untuk doanya Fanny. Terima kasih. Argggg kakak memang penakut anjing....walau comel mana pun kakak tetap takut. Kadang2 geli hati sebab anjing pun kadang2 confuse nak jalan samada maju ke hadapan atau tepi sebab tengok kakak takut. Hehe
PadamHappy birthday sis Ezna! 💐🎈🍰 Semoga sentiasa dilimpahi rezeki, kebahagiaan dan kesihatan yang baik 🤲🏻Makanan nampak sedap kat situ ye. Belum pernah lagi try restoran Jibby by the Park. Setakat ni pernah makan kat restoran Serai je.
BalasPadamAamiin untuk doanya. Thanks Carneyz. Banyak restaurant di bawah Serai Group.
Padamhappy belated birthday kak ezna. ooo kita same month la ye.
BalasPadamsemoga kak ezna sentiasa di bawah rahmat ALLAH swt.
Aamiin....ya bulan Mei.....thanks Cha :)
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.