Ada sekali tu, Dania tertinggal lab coat dia. Ada kelas kat lab tapi lab coat tertinggal....grrrrr geram jugak la saya sebab kena hantar la kat Fakulti....tapi....Dania naik terus kereta sebab katanya lapar la nak ikut ummi pergi makan. Kadang Dania pun dah jemu makan kat cafe kat Fakulti. Ada gap 2 jam 30 minit ni jadi jom la kita ke IOI City Mall. Kat sini banyak tempat makan boleh dipilih.
Kami ke Mi Hiris....
Order dumpling. Sedap ni cicah dengan chili oil. Nyumsss....
Saya makan shrimp dan mi dia saya pilih mi hiris. Boleh juga pilih mi tarik.
Dania pula mi tarik isi ayam....
Makan la kami dua beranak ya. Kawan2 yang Dania baik tak balik pun. Gap tak lama mana setakat 2 jam 30 minit. Mereka makan kat cafe kemudian lepak kat surau tunggu masuk waktu.
Lepas habis makan, hantar balik Dania ke Fakulti. Ummi cakap lain kali tinggal lagi lab coat ummi tak hantar dah. Bayar je la denda RM5 untuk pakai lab coat kat lab tu. 😅
XOXO,
Ezna



Haha saje je tu eh tinggal lab coat sebab nak makan dgn mama nya.
BalasPadamDumpling ooo dumpling nanti gaji nak gi makan kat mi haris juga la.
BalasPadamTak bawa Coat cuma denda MYR5 ya kak 😄😄. Tapi tak apalah, bisa makan berdua Dania. Sedap2 nampaknya. Saya sukaaaa aneka masakan noodle memang. Apalagi pakai dumpling begini
BalasPadamtapi bagus jugak.. dapat makan bersama.. hehehe..
BalasPadamhahah cute la dania...boleh kuar mkn dgn ummi alang2 ummi dtg antar lab coat tu kan!! kiranya IOI mall tu sgt dekat lah yer...kalau uia, kl east mall lah yg paling dekat..memang staff ada jer gi lunch situ sambil cuci2 mata ronda kedai time lunch
BalasPadamHaha macam taktik Dania nak ajak ummi dia dating makan sedap kat IOI City Mall je ni! Saje je tu tinggalkan lab coat ek. 😜 Tapi untunglah ada gap sampai 2 jam setengah, dapatlah ummi dengan anak meluangkan masa berkualiti makan Mi Hiris dengan dumpling panas-panas. Kecor air liur tengok chili oil tu!
BalasPadamAda hikmahnya, dapat la Dania teman ummi makan tengahari di kedai mi hiris 😄
BalasPadamdania nak makan di luar je tu kan? ihiii~ serampang dua mata ni.
BalasPadamNasib la ummi free bleh tlg htr...kalau keje..Mmg kena byr la RM5 tu =D
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.