Sehari sebelum Aidiladha...kami ke tempat lembu yang nanti akan dikorbankan masa hari saya haji. Khemah dah tersedia dah ni.
Kawasan sini katanya tanah wakaf dan sangat la luas. Ada 31 ekor lembu yang akan dikorbankan tahun ini. Ini di bawah pengurusan Masjid Al Mustaqim, Kg. Dato Abu Bakar Baginda dan surau-surau di bawahnya.
Lembu-lembu kebanyakkannya berwarna perang (coklat).
Ada makanan yang disediakan untuk lembu-lembu makan berupa daun pisang.
Unik betul lembu ni duduk.
Kami sibuk mencari nombor lembu korban kami.
Hubby berani ke tengah ni. Saya dan Dania jauh sikit masa ni.
Inilah lembu korban kami ni bernombor 19. Tapi kan lembu kami ni pun ada nampak mengeluarkan airmata tau...cuma tak jelas je kat sini.
Lembu kami ni berdiri je masa kami datang....
Lembu ni saya rasa Albino sebab bulu matanya juga berwarna putih.
Lembu ni masa kami datang ni memang tutup matanya tetapi boleh nampak macam menangis.
Di pagi Hari Raya, hubby je yang ke tempat sembelih untuk menolong sebab area sini hanya lelaki je yang membantu menumbangkan lembu, melapah daging, menimbang, memotong daging. Tak ada penglibatan wanita.
Korban ni dijalankan pada jam 9 pagi. 11 lebih pagi dah boleh menuntut daging dah. Cepat juga selesainya. Katanya penglibatan 300 orang petugas. Tahun lepas pun tak silap 30 ekor lembu juga dikorbankan.
Peserta mendapat 2kg daging.
1kg pula berupa tulang. Alhamdulilah. Moga ibadah kita diterima oleh Allah dan moga kami ada rezeki lagi untuk melakukan korban pada tahun hadapan.
Tengahari, saya buat daging masak Pah saya dan sayur bayam je.
Hubby cukup suka la makan daging saya masak ni dengan lemang.....tadi lepas makan nasi....dok mencicah pula dengan roti. Saya buat dagingnya berkuah sikit dan bukan kering sangat. Ni mencari lemang pula yang memang ada jual berdekatan dengan rumah setiap kali Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
You alls masak apa tu?.
XOXO,
Ezna




Selamat Hari Raya Aidiladha Ezna! Betul tu, kadang-kadang kalau kita tengok dekat-dekat, memang nampak sayu je mata lembu korban tu, macam tahu-tahu je. Alhamdulillah rezeki dapat bahagian daging dan tulang segar. Moga ada rezeki lagi untuk kita semua melakukan ibadah berkorban tahun depan
BalasPadamAlhamdulillah..selesai korban kita...moga ibadah korban diterima Allah SWT..amiin..
BalasPadamBila tengok lembu menangis, mcm sedih pula, Linda tak pergi tengok pun .tengok gambar je..ada kejadiannya berlaku pada hari raya korban .
alhamdulillah..selesai sudah ibadah korban nya..banyak tu ye sampai 31 ekor....
BalasPadamSelamat hari raya Aidiladha sis Ezna sekeluarga. Tahun ni decide tak memasak. Saya buat tempahan restoran dan lepas solat kiteorg makan kat luar 😄.
BalasPadamEid Mubarak buat Ezna sekeluarga 🤍
BalasPadamDekat tmpt Sy surau kariah buat asing², masjid pula asing...
Nampak sedap daging masak pah tu 😋
Selamat hari Raya aidiladha sis =)
BalasPadamSalam Aidil Adha 🥰 Sedap rupa lauknya tu.
BalasPadamsedapnya u masak2 daging fresh tu. alhamdulillah rezeki
BalasPadammeriahnya banyak lembu berkorban. kaum ibu mengutip hasil dan memerah idea untuk masak apa.
BalasPadamdaging korban kita masih dalam peti tu, mikir hendak dimasak apa.
Salam Lebaran Idul Adha
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidiladha.
BalasPadamAlhamdulillah selesai dah ibadah korban.
31? Banyaknya! Mesti tenaga ramai ni
BalasPadamSelamat Aidiladha Kak Ezna n keluarga...
BalasPadamRamai sukarelawan... cepatlah tugas selesai.
BalasPadamKemarin tuh papa menawarkan utk saya kurban kerbau di kampung. Kebetulan ada pesantren milik papa di sana. Saya tak masalah sebenarnya, mau kurban di manapun. Tp saat saya baca berat kerbau hanya 70kg, saya protes lah.
BalasPadamMacam mana berat kerbau cuma 70kg, compare dengan berat badan Raka, masih jauh berat si Raka 🤣🤣🤣🤣.
Papa ketawa langsung. Ternyata 70kg itu perkiraan berat daging setelah di potong2 😅😅. Oh, baru saya mau ikut kurban. Saya pikir juga berat total si kerbau 🤣🤣
nak tumbangkan sekor lembu tu pun rasa dah cukup penat, inikan pulak 31. fuhh
BalasPadamsalam aidiladha kak ezna sekeluarga. semoga ibadah korban ni diterima Allah
byk ekor lembu tu dikorban kan...tmpt kita 5 ekor je
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.