Klinik Kesihatan dan Bask Bear

Hari ni appointment gigi kat Klinik Kesihatan. Dah berbulan set appointment akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba....

Rasanya lengang sikit kat Klinik Kesihatan Bangi kat Seksyen 3 ni sebab ramai yang dah balik kg agaknya....


Naik tingkat 1, kena daftar dan bayar RM1. Tak boleh bayar cash tapi kena credit/debit sahaja. Masa ni pun kena ambik tekanan darah. Tekanan saya tinggi sikit. Mana taknya 1. berjalan 2. takut. 😅


Kena tunggu kat sini. Elok je duduk....5 minit kemudian nombor saya kena panggil dah. Eh....lajunya. Yang menunggu pun tak sampai 10 orang. 

Scaling sekejap je sebab ni nak masuk bulan ke 7 saya scaling semula. Last tahun lepas bulan 10 saya buat scaling. Seeloknya setiap 6 bulan check gigi kan....kalau scaling gigi lebih daripada 1 tahun tu kang jenuh lama sebab karang gigi tebal. Masa buat tu nyilu jugak tapi sebab saya dah bagitau awal-awal kat Dr. Sue tu saya takut....macam treat saya ala ala kanak-kanak riang pulak....ok ya saya buat bahagian atas dulu ya....Alahai lembutnya Dr....

Rasanya pantas semuanya tak sampai 30 minit kot...masa menunggu, scaling dan pembayaran tu. Semua smooth je. 


Kemudian saya singgah la ke Bask Bear Bangi ni nak makan sikit....Saya makan hash brown and egg. Ada cheese tapi saya request tak nak cheese. Air pula Signature Chocolate Latte. 


Me time. Makan sorang-sorang. Sesekali.....


Memang perbezaan yang ketara rawatan pergigian kat Klinik Kesihatan vs Klinik Swasta ni kan....cumanya nak dapat slot appointment tu je la yang agak susah. Set appointment tu kat aplikasi MYSejahtera. 

Ada yang cuti lama ke sempena Hari Raya Haji ni?. Hubby cuti Hari Raya Haji ni je...

Selamat Hari Raya Aidiladha!





XOXO,
Ezna



 

10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Halah halah rindu KK ni. Dulu appointment anak kedua masa dalam perut sampai dh keluar perut kat sini la 🥰 Tapi kalau appointment gigi mmg org kata mcm nak book Rembayung.

    BalasPadam
  2. Lamanya tak buat appointment dekat klinik gigi. Rasanya tahun ni kena pergi jugak la. Saya suka me time makan sorang2 sambil tengok gelagat orang lain tak pun baca blog kawan2 hihi. My husband pun sama cuti raya haji je. Jumaat ni dia kerja.

    BalasPadam
  3. Sekali jer pergi buat rawatan gigi di klinik kerajaan lepas tu dah tak pergi.. sbb appointment selalu lupa sampai tak nak pergi terus hahaha.... Bask bear tu pernah masuk sekali jer..

    BalasPadam
  4. kenalah senyum nampak gigi kak, ihiks~
    okey tak hashbrown tu? teringin hendak cuba, one day.

    BalasPadam
  5. Aiiih saya nih kalau bab dentist, macam lemas dingin 1 badan. Memang takuuut. Tapi kalau dah bermasalah tetap saya pergi. Tak nak makin sakit nanti. Ditahankan lah semua lemas 😅😅.

    Sedaap nya sandwich tuh kak ❤️❤️. Sukaaaa , disinipun ada, tp beda brand lah.

    Suami sayapun hanya cuti pas tanggal merah saja. Nanti Jumat dah masuk.

    BalasPadam
  6. Salam eidul adha 1447H dari kami sefamili. i dh lama giler tak scaling gigi..memang rasa ngilu/sakit bila buat sbb byk karang gigi

    BalasPadam
  7. Haha comel la Ezna, penangan takut punya pasal terus naik sikit bacaan tekanan darah ya. Tapi betul sangat tu, kalau buat scaling konsisten tiap 6 bulan memang sekejap je dan kurang rasa ngilu berbanding kalau biar bertahun karang gigi menebal

    BalasPadam
  8. ok je sesekali makan sorang2 kan...

    BalasPadam
  9. Salam Lebaran Idul Adha, Tak pernah makan Bask Bear walaupun dulu selalu pick up Food sini.

    BalasPadam
  10. 2-3 tahun lepas kot pernah scaling kat KK. rasanya saya lebih prefer gi klinik swasta jela sebab KK punya macam sakit sikit hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.