Ke bengkel kereta barulah ais kacang salji

Sebelum meneruskan perjalanan yang panjang ni...kena check la kat bengkel kereta keadaan kereta. Lampu faulty enjin kereta kami menyala. 

Kat dalam ni selesa la sebab aircond. Boleh buat air panas dan cicah dengan biskut. 


Petronas Auto Expert. Harap2 boleh cari solusi untuk kereta kami la. 


Dania agaknya lama sangat menunggu...bantai tidur pulak. Kami tunggu dari kami datang jam 12 lebih - 2 petang sebab banyak juga kereta kat sini. Mulanya kata spark plug kena tukar dan berkali-kali admin kata barang ada insya allah....sekali kena tunggu sampai jam 2 petang....sebab mekanik rehat 1-2 tu....tunggu punya tunggu....spark plug tak ada stok pulak. Hmmmm....kalau nak tunggu lagi 1 jam boleh sebab mereka boleh dapatkan stok spark plug kat Arau TAPI barang tak confirm ada juga. Pulak tu tak banyak kedai buka sebab 3 Mei 2026 tu hari ahad. 

Kalau cara workshop di KL / Selangor ni bila  nak cari stok spare part, admin akan bagi je nombor siri barang tu dan kedai spare part akan cari spare part melalui sistem komputer je. Tapi cara kat Perlis ni....mereka kena bawa barang yang nak ditukar ni dan kedai spare part akan cari barang secara manual. Itu yang mengambil masa tu.

Akhirnya kami pilih untuk reset komputer di kereta sahaja. Kereta kami ni ada sedikit part elektronik, jadi bila reset dengan komputer....lampu faulty engine akan terpadam lah. Bengkel kereta ni juga membersihkan spark plug kami juga untuk bagi tahan lama penggunaannya sehingga kami dapat tukar di Selangor. 

Sebenarnya sebelum ke Perlis ni memang hubby ada ke bengkel kereta untuk periksa kondisi kereta. Bila check semuanya dalam keadaan yang baik untuk travel. Benda nak jadi kan.....kereta yang dalam kondisi baik pun tiba-tiba boleh buat hal.  

Akhirnya semua ok, dan kami kena bayar labour charge lebih kurang RM60++. 


Dari Perlis, singgah pula ke Kedah. Actually ni kawasan kampung hubby ni kat Simpang Empat, Alor Setar. Nak singgah sini. Dinalang Ais Kacang Salji. Masa balik raya, Ais Kacang ni tutup. 


Nasib baik la kami tiba sebelum Ais Kacang ni tutup. Kami tiba jam 4.30 petang dan kedai ni tutup jam 5.30 petang. 

Kami order Ais Kacang Salji dan bihun sup utara. 


Bihun sup utara daging dan perut. 


Ais Kacang Salji dengan sejemput kacang merah. Apa yang menarik tentang ais kacang ni?. Teksturnya sangat halus ya. Tak macam ais kacang yang saya biasa makan tu...teksturnya agak kasar sedikit. 


Anak saudara saya kahwin pun ada panggil Dinalang ni....puas makan time kenduri kahwin anak saudara saya. 


Berdekatan dengan Dinalang ni ada pasar malam pula. Nasib baik la kami dapat parking berdekatan. Kalau tak sesak betul kat sini. 


Dalam perjalanan nak ke Pulau Pinang pula.....nampak pelangi petang tepi sawah padi. 


Ais Kacang Salji ✅

Kalau ke Alor Setar tu boleh la singgah makan Ais Kacang Salji Dinalang ni. Memang agak terkenal juga la sebenarnya. Kru Hot FM macam Johan dan Khairy Jamaluddin dah try makan kat sini. Anda? bila lagi.....


Ais Kacang Salji Dinalang
Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Kampung Selarong Panjang, 06650 Simpang Empat, Kedah
Buka 10.30 pagi - 5.30 petang setiap hari 
Tutup : Jumaat

Ada satu lagi pitstop kami nak singgah....Tunggu.....






XOXO,
Ezna












 

12 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Bila dah di utara, wajib juga makan bihun sup.

    BalasPadam
  2. menarik betul ais kacang tu...best u road trip ke utara! cover semua negerilah yer...perlis, kedah penang. teringin gak nak road trip, tp this year tak dptlah sbb ariff nak spm...trial spm start middle of june ni dah..sampai lah early july

    BalasPadam
  3. ais kacang salji sedap tu..bihun sup ada daging and perut fav tu

    BalasPadam
  4. dapat ais kacang tesktur macam salji ni..memang sedap dan puas hati

    BalasPadam
  5. Oh! Ais Kacang Salji dan Bihun sup yang dirindui. Dulu2 selalu gi situ terutama hari Khamis sebab ada 'Pekan Khamis'.

    BalasPadam
  6. hurmm patutnya kalau takde barang tu, cakap jela takde. tak pasal2 lama org nak kena tunggu

    BalasPadam
  7. Benda nak jadi kan, walaupun sebelum bertolak dah periksa keadaan kereta dan semua baik2 je. Takpelah, anggap je satu ujian.

    Menarik pulak ais kacang salji tu. Tekstur ais nya macam bingsu ke?

    BalasPadam
  8. Kesian anak dara tu kepenatan menunggu. Sejuk la sikit tekak dapat minum ABC.

    BalasPadam
  9. Aduh, memang berdebar kalau tengah 'road trip' tiba-tiba lampu 'faulty engine' menyala. Tapi nasib baik sempat singgah Petronas Auto Expert dan dapat solusi sementara cuci 'spark plug' tu. Yang penting, dapat 'reward' makan bihun sup utara dengan ais kacang salji yang nampak menyelerakan tu

    BalasPadam
  10. Ais Kacang Salji dan Bihun Sup Utara sedapnya

    BalasPadam
  11. Aiiiih haus LGS kuat es salju itu kak 😍😍. Pasti sedap kalau es nya haluuuuuus. Sedap dimakan. Bihun sup pun saya sukaaaa 😍😍. Isian topping juga banyak yaaa.

    Dania nih maniiis sangat memang. Tidur pun manis wajahnya 😄👍

    BalasPadam
  12. Ooo patutlah lama, cara tak berapa efficient...
    Iyala Kak Ezna..kalau ada benda nak jadi tu kan memang kita kena redah jelah, lagi-lagi kalau di luar kawasan kita kan...Alhamdulillah tak ada apa-apa yang lain....
    Boleh nampak halus ais kisar tu..sedapnyaa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.