Lepas makan kari kepala ikan yang berharga RM120....terus rasa insaf 😅. Kami ke Masjid Negara pula untuk solat zohor. Sebabnya nak ke satu tempat ni. Tak jauh la dari Masjid Negara.
Masjid Negara yang gagah berdiri. Langit agak gloomy masa ni.
Dalam perjalanan ke lokasi yang dituju.
Terpaksa parking kereta jauh sikit sebab parking dah full kat lokasi kami nak pergi tu.
Cantik mural bangunan klasik ni.
Dah gelap dah awannya ni tapi terlupa bawa payung.
Dah tiba ke Central Market @ Pasar Seni @ nama glamer CM. Dah namanya pasar seni jadi ada la kraf berseni obor-obor ni.
Kami nak ke sini dalam CM ni. Kayan Tropika. Just booth kayu kecik je ada jual bunga.
Kena bayar dulu dan kemudian staff baju putih akan ambikkan bunga untuk kita.
Bunga yang Dania pilih....ada pom pom dan carnation.
Dania dah menjadikan ummi seorang 'ibu'.
Lepas tu kena beratur dan kena bagitau staff ni nak pembalut warna apa....kemudian dia akan gubahkan masuk dalam kertas.
Taraaaa....dah siap bunga Dania. Nak juga bunga Dania pun....ayah yang bayarkan.
Saya punya pilihan bunga....sama juga ada pom pom dan carnation.
Lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Tak bawa payung pulak tu jadi singgah minum kat Kopi Dua Darjat. Hmmmm Dania teringat kat kawan baik dia Zalilah la....hehe sebab Zalilah ada belanja Dania kopi dua darjat.
Bunga pilihan saya dan Dania. Dania yang kiri, saya belah kanan.
Cantiknya....
Gambar Dania ambik. Actually kan Ayah Dania dah bayarkan kedua-dua bunga kan? Dania insist nak bayar bahagian ummi. Tq Dania.....
Muka bahagia dapat bunga.....
Saya minum air Chocolate dan ada kek untuk share bertiga.
Ni masa nak balik ke parking kereta kami ni kena lalu Masjid Jamek. Dah nampak cantik la.
Dalam kereta tau tau saya lena la sehingga tiba kat R&R Solaris Serdang hubby kata nak beli KFC je untuk makan malam. Wahhhh tak payah masak. Bahagianya seorang isteri....sesekali kan. Agaknya tengok saya tidur lena sangat kan.
Saya makan ni je pun dah rasa kenyang. Alhamdulilah.
Hargailah ibu selagi masih ada...
Saya letak gambar mama dan papa saya. Moga tenang mereka di 'sana'.
XOXO,
Ezna









seronok dpt bunga tu...time tisya convo dlu mmg beli bunga kt kayan ni...cantik
BalasPadamSy dah lama sgt rasanya tak ke CM..Che mek pernah jgk ajak..Tp belum rasa nk pegi lg =D
BalasPadamHappy Mother's Day buat Ezna. Alaa CM rindu pulak nak ke sana. Cantik2 bunga nya. Moga rohnya papa mama Ezna, papa kami dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman
BalasPadamselamat hari ibu kak...
BalasPadamAllah rasa sebak bila tengok yang last tu gambar hitam putih..perpisahan yang paling perit,kita semua akan laluinya
seronok dapat bunga...
BalasPadamlagi seronok, tak payah masak
Bestnya dapat bunga...tahun xde sambutan plak selalu suami ngan dania akan berpakat ajak pi makan ke apa...ye la..xde sambutan...
BalasPadamMuka berseri - seri dan berbunga - bunga bersama bunga2.
BalasPadammemang best bila dpt bunga! i tumpang happy ;) hensem dan lawa lah both of your parents..moga keduanya tenang di sana
BalasPadamBestnya dapat bunga. Selamat hari ibu. Lamanya tak makan kfc.
BalasPadamMatching warna bunga tu dengan outfit sis Ezna 😄 seronoknya dapat bunga dari org2 tersayang 🥰
BalasPadamAlhamdulillah betul² diraikan tu , seronok kan... Mata Sy nmpk senyum Ezna & arwah mama sama.
BalasPadamDi sana hari ibu, hari ayah, memang dirayakan sangat yaa. Sebab Indonesia tidak terlalu. Adaaa yg merayakan, tp lebih kecil jumlahnya. Saya sendiri tak rayakan. Keluarga tak rayakan, sebab dari kecil pun tak dibagi tahu ada hari ibu hari ayah. Yg kami rayakan hari guru, hari pahlawan, Hari ibu Kartini, dan hari Pancasila. 😄. Sepertinya dari zaman dulu pemerintah sini lebih mementingkan peringatan yg related dengan negara saja
BalasPadampandai dania pilih bunga utk ummi dia, match dgn kaler tudung!
BalasPadamselamat hari ibu buat kak ezna <3
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.