Hadiah dari Amsterdam?

Pemberi hadiah dah inform awal-awal yang hadiah saya di pos lewat sikit. Most probably tiba sehari or dua hari selepas di pos. 
Alhamdulilah...hadiah dah selamat pun saya terima.

Hadiah dibalut dulu bahagian luar....kemudian balutan kedua heart kat kiri tu. Di dalamnya ada kotak yang diikat dengan ribbon. 

Banyak lapis ya.....sebab nak bagi suprise hadiah-hadiah ni.....😅


Ada wristlet comel berbentuk heart Kate Spade. 


Ada brooch Ozel berbentuk 3 heart. 


Ada fridge magnet Amsterdam juga. Comelnya sebab ada windmill tu. 


Ada apron tie and dye Keukenhof. Print kat apron macam ada ala ala bunga tulip. 


Not only that...selain insan ni wish saya dekat facebook, dalam whatsapp personal pun ada juga....Saya  letak sini nak ingatkan saya kat seorang insan yang special ni...

Kata-kata ni sangat la terasa sampai ke hati 😰 


I 💜 you too....Thanks bagi background ni warna my favourite color....purple....


Masa kat Keukenhof pun masih ada masa share gambar-gambar ni kat whatsapp saya....

Terapi mata sungguh la gambar-gambar ni. Semua saya ambil dari whatsapp yang saya dapat dari insan ni.

Bunga tulip yang dihantar gambarnya berwarna ungu....warna kegemaran saya of course.  


Walaupun saya tak berada di sana....saya juga dapat menyaksikan keindahan bunga-bunga tulip ni. Thanks ya sebab ingat nak berkongsi gambar dengan I. 


Ni samada warna burgundy atau dark purple. 



Kemudian saya baru perasan rupanya ada kad attached dekat pembalut hadiah heart tu dan kata-kata insan ini sangat la sweetnya....Thanks cair betul I. 

Insan ini tak lain tak bukan ialah Suzz Lama berkawan dengannya asbab contest. Time tu Suzz nak suruh vote anak sulungnya Zharfan yang time tu kecik lagi. Now tau tau dah degree dah. Begitulah cepatnya masa berlalu.....sampai ke hari ni kami berkawan. 

Dalam berkawan ni....tak perlu pun kawan tu sentiasa ada bersama kita selalu....cukuplah ada hanya di dalam hati.....a simple message pun ok kan....I tak reti nak berbunga-bunga ni tapi ni yang I nak tulis untuk you. Dulu time you belajar kat UK pun banyak juga hadiah2 dari sana....untuk Dania memang meriah.....I pun macam terharu jugak....😢. Ingatan you untuk I.....😢. Pernah you berYahoo Messenger dengan I cakap rindu family.....rindu anak-anak.....I pun tak ingat apa I cakap tapi I rasa I bagi semangat kat you.....masa tu Suzz tak bawa family lagi ke UK.....

Moga kita berkawan ya Suzz sehingga ke jannah.....😢😢😢 (Bukan smiley sedih tapi terharu ya)...




XOXO,
Ezna





 

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. alhamdulillah..cantik sgt semua hadiah2 nya.. tulips tu..subhanallah, cantik sgt
    moga persahabatan kalian kekal selama2 nya..aamiin

    BalasPadam
  2. Hadiah semua cantik belaka tapi part bunga tulip melting saya tengok sebab saya suka bunga tulip, cantik..

    Saya setuju, tak semestinya berkawan sentiasa ada selalu, cukup dia tahu kita ada pun syukur dah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.