Lepas menonton The Devil Wears Prada, saya dan Dania ke FamilyMart. Teringin nak makan mi....
Dania ambik Omu Rice. Kena panaskan dalam microwave. Ada tersedia kat FamilyMart.
Saya pula makan Dry Chilli Pan Mee with Onsen Egg. Dah tak terbatuk sebab Dry Chilli hampir tak nampak. Sebelum ni staff FamilyMart letak Chilli Flakes banyak buat terbatuk-batuk.
Singgah Tudung Ruffle nak beli hadiah untuk diri sendiri sebab dapat 10% off sempena birthday.
Tak sampai hati beli untuk diri sendiri je jadi beli untuk Dania jugak sehelai TR ni.
Bergambar dengan JK pun jadilah. Dania berdiri kat tengah tu. Terkangkang pulak JK ni. 😆. Selalu ada gambar-gambar besar Jung Kook ni sebab menjadi ambassador untuk Calvin Klein. Bab penuh bertindik ni ummi memang tak berkenan.
Ada pelancaran movie juga kat tengah ni. Mungkin pelakon-pelakon akan turun jugak la kot. Tak tunggu lama kat sini pun.
Lepas tu pergi solat kat area West ni dan lalu Bungaa. Singgah beli bunga untuk Dania pulak la. Asyik ummi je dapat bunga. Hehe.
Dania punya bunga 2 kuntum Lily berwarna pink. Kemain muka bahagia dapat lily.
Close up bunga Lily dan ada la dedaun hijau tu buat tambahan.
Singgah pula Gula Petite beli kek Strawberry Shortcake yang sedap ni. Tau sedap sebab Suzz pernah bagi kat saya sempena hari jadi. Tq Suzz.....memang sedap kek ni. Petite je saiznya. Sampai sekarang saya suka. Sebelum ni macam takde kat Gula Petite IOI City Mall ni. Beli pun hari tu kat Gula Cakery KLCC.
Habis dah cerita menonton filem The Devil Wears Prada...
XOXO,
Ezna









Untung Dania, tak birthday pun Ummi kasi bunga. Cantik pink.
BalasPadamcutenya both kek dan bunga tu! nanti kita cari masa kuar dating yer ezz...cepat jer setahun berlalu...mcm baru jer jumpa u masa ur bday thn lps hehhhe
BalasPadamCantik bunga Lily...antara bunga yang aunty SA suka tau Dania...Untung Dania dapat bunga Lily pink yang cantik tu, tersenyum lebar ya! Suka tengok bonding time ummi dengan anak dara macam ni..Sekali-sekala layan movie pastu jalan-jalan makan kek sedap macam ni pun dah cukup buat hari kita rasa istimewa. Semoga dua beranak sentiasa happy bersama
BalasPadamBest nya Dania dapat bunga lily 😍 agaknya berapa hari tahan tu ye. Ni yg rasa nak pergi Gula Cakery nak cari strawberry shortcake ni jugak hihi
BalasPadamPompuan dengan bunga memang kawan baik!
BalasPadamUncle nak tengok jugak TDWP2 tu... Uncle peminat Meryl Streep ...
sesuai bunga dengan tuan punya bunga. soft ja. nampak soft, tapi kita strong gitu.
BalasPadamBestnya dapat bunga. Lawa pulak tu lilies tu ...
BalasPadamBiasa pegi family mart beli oden je..Ni bleh try menu2 ni nnt =)
BalasPadamsuka lily sbb cantik & wangi & tahan lama ..bestnya..plus ada cake lagi..yum yum
BalasPadamAiiih cantiiik bunga Lily nya kak , 😍😍😍. Pink pula.
BalasPadamUtk cake begitu, saya pun suka yg size kecil saja. Dah tak bisa makan banyak kalau manis2 ini 🤭
ammi tak pernah bagi my girl bunga and ammi pun taktau whether she likes it or not sbb kalau ikut genetik ammi dia, confirm dia pun tak suka bunga.
BalasPadamcntik bunga lily tu!
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.