Masa birthday saya ada lunch, tea time dan kali ni nak dinner pulak. Ke mana kita?
Dah nak masuk maghrib dah ni jadi kami menuju ke Putrajaya. Kami solat dulu kat surau berdekatan dengan rumah Mulan di Putrajaya. Jadi senang nak ke Kopihut pula kat Presint Diplomatik.
Masa parking berdekatan dengan kopihut...singgah kedai bunga dulu.....lepas tu ada dua ekor kucing yang comel tapi bila dia lalu saya give way la....hahaha takutttt....
Nama dia Frozen.
Nama si comel ni Smokey. Bila lalu dengan perut besarnya....jalan macam cat walk tu.....geram bila tengok tapi saya la takut kucing. Dania tak takut langsung. Gambar kucing ni dia la yang ambik.
Kat Kopihut.....ini yang kami pilih....
Wantan Noodle dan ada extra fried dumpling untuk saya.
Dania order Wantan Noodle plain.
Hubby ni dia suka juga mi kari style cina ni.
Saya dapat bunga lagi tapi kali ni bunga hidup. Hehe....hubby pulak yang bagi. Abaikan muka penat saya ni. Keluar dari pagi lagi.
Bunga saya.....
17 Mei tahun ni, ada satu occasion tapi 2 bunga. Alhamdulilah. Akhirnya bunga2 ni letak dalam vase berisi air dengan bunga-bunga yang saya dapat masa Mother's Day. 💜
Bab makan kat Kopihut ni bagi saya memang sedap la rasanya. Saya suka....kepunyaan pelakon Adam Corrie ni...
XOXO,
Ezna





Happy belated birthday Ezna 💐
BalasPadamMoga sentiasa dalam rahmat Allah.
Baru tau Adam Corrie ada bisnes kafe.
Birthday kita kena gantung periuk. Tak aci la suruh birthday girl memasak kan hihi. Saya pun suka mi kari tak kira style Cina or Melayu.
BalasPadamAda edisi sarapan belated birthday tak?
BalasPadamLihat bentuk mie nya, mirip dengan misoa ya kak. Saya suka mie jenis tipis kecil begini.
BalasPadamAiiiih cantiiiiik sangat 2 kucing tuh. Memang gemaaaas lah 😄😍😍😍.
Warna bunga2 yg dipilih pun sukaaaa, cantiiik kombinasi warnanya... Ada purple pula tuh
Bestnya dapat raikan dengan dinner kat Kopihut. SA pun peminat tegar mi kari style Cina dengan mi jenis nipis macam tu, memang nampak menyelerakan betul. Untunglah birthday girl tak payah masak, gantung periuk terus hari tu..kopihut tu dah banyak cawangan kan...success business Adam Corrie...SA x dan lagi nak try..hari tu nak cuba tapi dah kul 9.30pm..so diorang reject order...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.