Kalau pakai subang ni mungkin pernah mengalami kehilangan subang. Kadang bila cari tak jumpa pun. Kalau bernasib baik ada la terjumpa kat atas katil bila bangun tidur. Kalau tak hilang subang pun mungkin kehilangan skru subang kalau pakai jenis berskru tu. Subang bulat saya sebelah hilang. Nak tak nak kena cari pengganti sebab nanti takut lubang tindik saya tertutup. Tindik masa darjah 6 tu.
Kalau nak tukar subang, tak boleh la hanya bawa subang yang tinggal tu je. Harga emas kan mahal sekarang ni jadi kena la korek-korek apa yang nak ditukar.....jadinya terjumpa skru subang. Mesti subangnya saya dah jual balik dah sebab hilang skru. Eh eh terjumpa pula skru. Skru pun ada harga ya sebab emas kan. Kemudian saya jumpa 2 beads yang kecik. Pun nak jual jugak.
Semua barang ni bukan Habib kecuali subang bulat.
Pergi kedai emas biasa je bukan Habib sebab kalau ke Habib memang lagi mahal harganya.
Kalau kita jual emas kita....emas akan dibakar untuk tengok ketulinan emas kan....kalau hati tak kuat jangan tengok emas kita. Macam ni jadinya selepas dibakar. Saya pernah menangis bila jual beads saya dulu. π
Dah dapat pengganti dah. Ringan di telinga dan dapat cash juga. Alhamdulilah.
Hmmm bab subang hilang ni saya dah beberapa kali jadi dah. Kalau yang jenis skru kat belakang tu. Sesekali kena ketatkan sikit skrunya dengan cara tekan sikit skrunya tu. Kadang kita pun tak perasan bila kesat rambut lepas basuh tu kot la kesat dan terkena pulak subang....boleh terbuka pula subangnya.
Jangan la jadi lagi.....letih nak cari penggantinya tu. Nak kena korek pula apa yang nak dijual.
You alls pernah hilang subang tak?.
XOXO,
Ezna




lama tk pakai subang...tmpt tindik telinga pn dh terkatup..
BalasPadamKita rajin pulak pi buat lubang kedua. Jadi setiap telinga pakai 2 subang....rasanya boleh terkatup juga jika lama tak pakai. Kadang tak pakai kejap je pun dah mula nak tutup.
Padami tak pakai subang ezz sbb my mom tak bg pakai..cuma my kakak dia bila dh besar, pergi bertindik sendiri so adalah dia merasa pakai subang..my mom ada her reasons utk tak bg me and anak2 perempuan pakai subang..anyway, bab hilang brg kemas..rasa2nya dh 3 or 4 kali lah ezz..pernah hilang cincin sekali (misplaced), pernah hilang bracelet 2 kali rasanya..mahal ezz..tak tau cicir kat mana, tgk2 tak de kat tgn..lama gak teringat2 pyh betul nak move on...pernah hilang bead pandora jugak ezz..yg silver tu tp mahal sbb memang beli yg ori kan..rege dlm RM300+ jugak sebijik..yg tu hilang kat airport ie lps lalu imigresen tu, kalut2 dgn beg etc tgk2 dah tak de kat tgn bila dh naik flight..tp lama dah ezz..zmn zharfan or ariff kecik..haishhh pnjg plak i mengomen ni
BalasPadamOh...your mom tak bagi...i kan menggunakan kuasa atuk I. I manja atuk. I mintak atuk cakap dengan papa I nak bertindik....so kami 3 beradik bertindik la kat Poh Kong SS2. Jadi papa dan mama bawak kami. Time tu adik I 8 tahun, 10 tahun dan I 12 tahun. Masa bertindik sakit sikit la. Rasakan....nak sangat bertindik kan...
PadamDania bertindik umur 5 tahun just before nak celebrate birthday mama I. Gi kat Poh Kong tempat I bertindik tu. Dania bertindik 2 telinga sekali dan Dania menjerit....sakittttt....1 kedai dengar.....tiba-tiba I pulak rasa bersalah. Kenangan betul la. Lagi kecik lagi cepat sembuh tempat tindik tu.
Kecik² dulu Sy pakai subang. Hilang sebelah masa mandi sungai huhu ... Skrg rasanya lubang tindik dah tertutup kot, lama sangat tak pakai subang.
BalasPadamSubang Ezna pilih tu design klasik kan. Teringat dulu² pakai subang lebih kurang gini design-nya
Lubang tindik ni PH dia automatik akan kambus secara natural. Badan kita konon akan heal secara automatik jika tak pakai lama subangnya.
PadamYa kalau dulu design dia bulat tu je kan....kali ni ada sentuhan moden sikit ada 3 design timbul kat bulatan tu. Tapi.....berpeluh nak masukkan dalam lubang....adehhhh haluihhh sangat PH.
PadamFew times juga hilang.. kadang nampak skru je kat bilik air.. kadang tinggal subang atas katil... Beli yang anting² bulat macam gambar last tu, pun sama, boleh terbuka. Ni lama dah tak pakai tapi lubang tak katup lagi.
BalasPadamMemang ya....anting2 bulat ni ya allah nak masukkan dalam lubang dia punya kecik....susah juga pakai yang ni. Subang katup bulat tu terbuka dan entah la tercicir kat mana.
PadamWahhhh selalunya lubang akan katup bila lama tak guna....special ni tak katup lagi.
Masa kecik dulu my mom bawak pergi tindik telinga, merasa la pakai subang sekejap sampai darjah 2-3 kot. Lepas tu lama tak pakai sampai lubang kat telinga tu tertutup.
BalasPadamOh....time tu sek ren la lagi....dulu ingat lagi masa baru-baru tindik pakai subang kecik berwarna tu. Sibuk pula pilih nak pakai warna apa.
Padamsaya pulak tak pakai subang.. dulu masa kecik2 takut tindik telinga xD
BalasPadambarang kemas saya tak banyak mana, setakat ni belum ada yg hilang lagi. memang jaga baik2 punya huhu
Kalau tak hilang tu memang bonus la. Akak pernah je putus gelang lepas tu tak jumpa dah. Mulanya putus kali pertama jumpa....kali kedua terus hilang. Kalau subang....hmmm susah juga nak jaga...emas ni kadang2 dia lembut. Lagi banyak emas dalam barang kemas lagi lembut emas tu. Kalau dia campur banyak besi jadi emas tu akan keras sikit dan lasak la sikit.
PadamCari subang yang tak payah bertindik.
BalasPadamIshhh dah ada tindiknya rugi pakai subang tak bertindik. Tu macam subang kepit....sakit telinga kalau pakainya Wak.
PadamTak pernah tindik telinga. Teringin tapi rasa takut.
BalasPadamSebenarnya kalau pernah sakit gigi...lagi sakit kalau sakit gigi dari tindik telinga. Dia tembak je kat telinga tu lepas tu dia sembur ubat kebas. Kejap je rasanya. Kalau takut suruh tembak sekali kedua telinga.
PadamLama saya tak pakai subang. Sejak hilang anting-anting bersama barang kemas lain dalam beg tangan lama dulu, telinga dah tak ada emasnya lagi hihihi.
BalasPadamHaa....macam mana la pencuri tahu barang kemas dalam beg tu.....seramnya......
PadamCantik nya subang baru kak ezna.. nanti hujung tahun, ada rezeki nak tukar yang tu la...
BalasPadamHihi, selalu hilang skru la..bila hilang skru, letgo la, cari yang lain.. kalau tak nak bagi lubang hilang, letak lidi penyapu...ππ
Kadang² Linda buat juga macam tu
Akak pilih ringan dan halus je kekdahnya....janji ada di telinga....akak tak pernah pulak letak lidi tu....telinga akak ni sensitif juga...kalau pakai selain emas dia jadi gatal2 dan berair pulak cuping tu. Pernah try yang plastik warna warni subang tu masa muda2....tak ngam dengan telinga....jadi alergik.
Padamumur cie dah 42 tahun tak pernah tindik telinga. hihhihi
BalasPadamkerap tercabut je, namun setakat ni jumpa semula. jodohnya sgt kuat barangkali.
BalasPadamcantikla pula subang baru kak ezna tu. nak mnta baru aci tak ea? kekekee~
Untunglah saya pernah tinggal di Aceh lama, jadi langsung paham Subang itu apa ππ. Soalnya di Aceh pun kebanyakan sebut Subang . Kalau di Jawa nih rata2 sebut anting.
BalasPadamSaya nih dr kecil dipakaikan anting, tapiiii selalu hilang. Sampai dewasa .
Pernah pakai dulu pas ke Berlin, tau2 Raka tanya, 'kok kamu cuma pakai anting 1' π π π .
Aiiih hilang lah berarti, ntah jatuh kemana. Sejak itu, akhirnya saya putuskan tak nak pakai perhiasan apapun lagi. Gelang juga sempat jatuh tanpa sadar.untung ketemu.
Jadi saat ini saya cuma pakai cincin nikah saja. Perhiasan lain saya jual semua, ganti ke gold bar.
Bab hilang subang ni memang masalah universal kaum wanita. Selalu sangat sebelah hilang entah ke mana, tinggal sebelah je. Tapi betul la, bila harga emas tengah mahal sekarang ni, nak tak nak kena la 'mengorek' apa-apa skru atau beads lama yang ada buat tambah-tambah nilai nak tukar baru kan. Seronok pula dapat subang baru + dapat pulangan cash sekali! Alhamdulillah rezeki..SA x pakai subang...sebelum ni pakai..tapi tiap kali pakai subang jadi berkudis..SA alah kat subang...sudahnya x pernah dah pakai...
BalasPadamSubang selalu hilang, tapi bukan subang emas..
BalasPadamBuah rantai n gelai iya..rasanya dah 3 tercicirπ₯Ή
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.