Sesekali makan bersama kawan

Dania sesekali akan makan kat luar dengan kawan-kawan. Kebetulan time ni Dania kena sediakan dewan untuk event derma darah. Kawan Dania nama Farah ambik Dania kat Fakulti. Farah ni berpuasa time bulan Syawal la hari tu. Jadi, Farah ajak kawan-kawan teman berbuka la. 

Ni Dania hantar whatsapp gambar dalam kereta. Ummi kata nak buat apa gambar kereta je. Hehe. 


Dah tiba kat parking IOI City Mall. 


Mereka pilih makan kat Dubuyo. Rasanya Farah yang pilih makan kat sini. Kawan baik-baik ya anak-anak semua. 


Ni pula makan tengahari kat Pak Ya kat Serdang tu. Dania dan kawan-kawan bertiga (gambar atas) pun pergi makan sekali. Ni baru sebahagian dalam kelas je bukan semua. 

Ummi tak nampak muka Dania jadi ummi zoom. Ada la belakang-belakang tu. Hehe. Saya ok je Dania keluar ramai2 macam ni. Tak suka la kalau keluar berdua dengan lelaki je. Ni memang saya tak suka ya. Dah grad nanti cerita lain. 

Tu la yang Dania kalau keluar memang dengan perempuan je. Ada je mak yang izinkan anak keluar berdua dengan lelaki. Ikut mak la kan....walau saya ni dibesarkan di bandar...saya rasa tak best la bab keluar berdua. Cerita-cerita zaman sekarang ni kan amat menggerunkan. Kita buat la yang terbaik untuk anak kan...tapi depends juga la kalau ada yang benarkan....ikutlah cara masing-masing. 


Jadi..keluar ramai-ramai atau girls only ummi izinkan. 




XOXO,
Ezna



 

12 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. kita yg mencorakkan anak2 kita. insya Allah, moga yg baik2 ajer utk kesayangan kita semua.aamiin

    BalasPadam
  2. Samalah parent Cuya pon menjaga Cuya dengan baik. Al maklumla Cuya sorang je anak perempuan, memang la diorang caring lebih

    BalasPadam
  3. bagus kak ezna pantau ikhtilat dania. zaman skrg ni banyak fitnah

    BalasPadam
  4. Tindakan yang bijak dan betul. Bahaya zaman sekarang bergaul bebas antara lelaki & perempuan.

    BalasPadam
  5. Macam tu la jadi mak gegurls kan. Risau je bila dieorang keluar dgn kawan2. So far anak2 saya takde kawan lelaki yg rapat, setakat kawan sekelas je.

    BalasPadam
  6. Semoga yang baik2 aje datangnya buat dania.

    BalasPadam
  7. Bagi Sy pun, elok keluar berkumpulan begini. Lebih selamat In Sha Allah.
    Abang lepas SPM ni baru dapat lesen keluar dgn kawan² :)

    BalasPadam
  8. Masa belajar ni eloklah keluar beramai², kita ingatkan anak² agar jaga batas.

    BalasPadam
  9. makan baik2 berkawan baik2 insya allah semua akn jd baik2

    BalasPadam
  10. Saya pun sama, anak2 cakap ibu terlalu overprotected. Saya risau sebab mereka baru nak kenal dunia luar, kalau dah habis belajar itu cerita lain.

    BalasPadam
  11. Semoga yang baik2 untuk anak- anak kita..my Dania memang ada kawan tapi memang x bagi la keluar berdua..mesti beramai-ramai..kadang keluar ngan SA dan suami...berempat kami pi jenjalan sama..

    BalasPadam
  12. Wajarlah kak, zaman dah makin seram sekarang. Kalau hanya berdua, kita pasti kuatir kan. Banyak yg bisa terjadi. Alhamdulillah Dania ini baik Budi sangat. Tahu batas agama 👍👍

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.