Pusat Jualan Harumanis dan makan tengahari

Dari Kilang Gula 0 km tu kami nak mencari tempat makan la tapi on the way ternampak pulak Pusat Jualan Harumanis. Tak silap saya Harumanis ni musim dia bulan Mei tapi kalau ada rezeki Harumanis boleh la beli ya. 


Pusat Harumanis ni Pusat Agropelancongan FAMA.


Diantara produk Harumanis yang dihasilkan. 


Ini ialah contoh bila kita boleh kupas Harumanis. Kena tunggu keseluruhan bertukar warna kuning baru boleh kupas.


Contoh Harumanis yang dibeli. Harumanis yang 3 buah yang besar tu. Beli untuk adik beradik saya 6 biji tu berharga RM78. Ikut gram la kan. Buah Harumanis masa ni hijau lagi. 


Lepas tu singgah Padang Besar. Tempat makan ni sebelum masuk kat bahagian imigresen nak ke Thailand. 


Kami order pulut mangga. Feveret Dania ni. 


Hubby order pulut ayam. 


Nasi goreng patayya pun ada. 


Padthai saya. Padthai ni berwarna pula. 


Ada juga order kerabu kaki ayam. 


Kaki ayam dah dibuang tulang jadi macam ni. Ehhhh sedap ya. Share dengan hubby sebab Dania tak makan. 


Total kami makan dalam RM70++ errr mahal pula rasanya....portion pula kecik...kecuali Nasi Goreng Patayya la sebab tu portion yang biasa. Lain2 portion dia kecik. Tapi berbaloi sebab semuanya sedap. 

Lepas makan, singgah la berdekatan situ. Ada kedai jual barangan ni. Eh...cantik la Dania pakai topi besar ni ke ladang amali. Haha....mau berlanggar bahu dengan kawan-kawan. Dania kata bergaya la topi ni. Besar sangat gang....harganya RM79. Hehehe. Confirm tak kena panas. 😅


Perut pun dah diisi kan....jom la kita ke next destination yang dicadangkan oleh Dania jugak. 




XOXO,
Ezna































 





7 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sakan betul depa berjalan hehe .. harumanis rumah sedara fil masih muda, betul la kot musimnya bulan 5 nanti

    BalasPadam
  2. waaa bestnya dpt beli harumanis direct dari kebun tu! kat KL..ada org jual COD RM100 utk 3 kilos..cuma i lom pernah beli lagi la

    BalasPadam
  3. Wah, jalan2 raya di Perlis.. harga biasa la tu kak Ezna bila dekat tempat2 tumpuan macam tu

    BalasPadam
  4. Sedapnya harumaniss... makan sebiji mcm x puas

    BalasPadam
  5. Fav harumanis ..nk plak ada pulut santan tu

    BalasPadam
  6. Sini pun baru makan harumanis... memang tengah musim!

    BalasPadam
  7. Bulan puasa hari tu suami order harumanis kat shopee. Sedapnya, kiteorang makan untuk moreh. Wah, topi yg Dania pakai tu dah tak payah berpayung lepas tu sbb dah cover satu badan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.