Perkahwinan di atas taman di langit | SkyPark @ Cyberjaya

Berchenta je rasa nak habiskan post jemputan ni....Ada sekali tu kami dapat 3 jemputan masa 4 April. Pada tarikh 5 April pula ada jemputan kahwin dari jiran lama kami di Puncak Jalil. 

Ni masa kami baru tiba ni. Nampak tak atas sekali tu? Kat situlah majlis perkahwinan diadakan. Gayatnya sebab tinggi tu. 


Naik lif macam laju je menuju ke tingkat paling atas. 


Dewannya luas dan cantik. 


Masa ni tengah potong kek. Anak tuan rumah yang perempuan. Seorang doktor perubatan. 


Duduk semeja dengan keluarga ini. Terdetik di dalam hati...entah-entah owner mamak kat PUJ. Memang betul you alls. Ni lah owner Jasir Bistro depan surau Nurul Iman kat Puncak Jalil 9 tu. 


Kuih muih banyak. Ada juga bekas kuih muih yang Tuan Rumah sediakan. Tuan rumah ni pemilik ArahChocolate & Bakery. Dulu saya tahu buat coklat dan kuih-muih. Sekarang ni tambahan buat roti dan kek pula. 


Center Piece meja kami. 


Hubby ambik lempeng dengan sambal. Jarang la wedding ni ada lempeng. 


Pelamin yang dihias cantik berwarna merah jambu. 



Lalu kat sini nak keluar ambil air yang ada kat luar. 


Comel...


Jumpa jiran lama Masmin namanya. Hubbynya ada tempat paintball kat sebelah rumah saya kat Puncak Jalil. Sebelah rumah saya dulu belukar. Jadi hubby Min ni tebas semua kemudian jadikan tempat main paintball. 



Teringat dulu-dulu bergotong-royong potong bawang untuk aktiviti masak-masak Hari Raya Aidiladha. Kat situ la kenalnya. 

Min dan 3 anak. Anak Min yang perempuan ni dulu kecik lagi. Ni dah pandai bergaya dah. Aunty Ezna dah tua la ni. Lumrah kehidupan kan?. Boys selalunya main-main la. Yang perempuan ni la selalu ada  dengan Min. Tu yang saya kenal. 


Lagi gambar. 


Kat luar ni ada putu bambu dan 3 jenis air balang. 


Ni kat dalam dewan dengan jiran rumah lama. Kakak sebelah saya tu jumpa masa masing-masing beriadah kat taman di Kinrara. Hehe. Pastu kami ada sama-sama ikut satu kakak tu bersenam. Tengok2 bukan kami je tapi Naterah (kawan saya) dan beberapa orang lagi la. Kami ikut je kakak tu bersenam. Tahap nenek2 dah sebenarnya sebab dia dah ada cucu dah. Muka awet muda sebab suka bersenam. 


Bergambar kejap kat props sini. 


Anak kecik kepada Jasir Bistro bagi saya bunga telur ni sebab dia kata dia tak nak. Nama budak ni Jasir. Ohhhh ayahnya taruh nama Restoran sempena nama dia la ni. 


Harus ada gambar bertiga la atas ni. 

Boleh nampak highway Mex kot kat belakang ni. 


Cuaca panas jadi mata pun tertutup la ya. 


Gambar Dania seorang pulak. Ni baju Bayu Somerset juga tapi time ni Bayu ni tak dikenali sangat berbanding sekarang jadi baju ni memang tak pernah lagi jumpa kat mana-mana. Untung la beli awal ya. Dania kata dia pun tak pernah dengar Bayu Somerset. Kebetulan masa beli ni SA punya majlis kat Seremban tahun 2023. Haaa time tu Bayu Somerset tidak dikenali lagi. 


Nak turun lif kena tunggu lagi. lifnya kus semangat laju juga bila turun. Tengok la tingkat berapa ni...huhu


Selesai juga post yang ni.....akhirnya. Jiran lama kami semuanya memang best la. Rindu betul jiran lama kami ni haa....




XOXO,
Ezna







 

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. meriah betul menu nya! sweet la bunga2 tema pinky2 tu :) baju dania pun sweet sbb bunga kecik2 ;) warna pun soft jer

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.