Nasi lemak dan beli kangkung baru tuai

Selepas hantar Dania ke Fakulti, saya dan hubby makan dulu kat R&R Serdang ni tapi bahagian jalan dalam berdekatan dengan Kolej K10, UPM bukan dekat highway. Saje pilih tempat makan yang berdekatan dengan UPM sebab senang nak ke Ladang 10 nanti. 

Kami makan kat nasi lemak mama & papa. 


Banyak juga tempat duduknya. 


Saya makan nasi lemak telur mata. Harganya nasi lemak RM3.50. Telur mata tambah lagi RM1.50. Tapau juga 2 bungkus nasi lemak telur mata. 


Hubby nasi lemak kerang. 


Selepas tu kami ke Ladang 10. Kawan Dania ada war war dalam group asasi kelas Dania dulu kata siapa nak beli kangkung boleh la ke Ladang 10. 


Fresh lagi ya baru tuai. 


Inilah jejaka kawan Dania masa sekelas dulu time asasi. Sekarang ni Fakulti Pertanian yang sama sebab Suhail ambik Bacelor Sains Pertanian Pintar. Ni subjek keusahawanan yang Dania dulu tanam bayam. Ibu Suhail ni tak silap lecturer dekat UKM. 

Subjek keusahawanan junior Dania pula kena bela ayam pulak. Nasib baik la Dania tanam bayam je. Lagi senang la dari bela ayam. Saya bagi juga 2 bungkus nasi lemak kat Suhail. Bila tunjuk gambar ni kat Dania....Dania cakap patut Suhail happy....ummi bagi nasi lemak. Ala...macam anak anak je ni kan....apa salahnya bagi ya tak?. 


Saya ni selalunya akan support jualan kawan-kawan Dania ni. Dari kangkung ke jagung ke ikan tilapia saya beli tapi seplastik dua je. Tak beli banyak pun. Ni bila cukup 30 hari Dania kena sembelih ayam...silap2 saya nak beli jugak ni. 

Kangkung yang fresh saya beli ni nak pass juga kat adik dan kawan saya. Biar sama-sama merasa. Bila tengok balik 2 kg tu saya beli. Banyaknya.....ahli kat rumah ni 3 orang je. 1kg Suhail jual RM7. Selalunya seikat tu kecik je ikatannya tu berharga RM5 kan....





XOXO,
Ezna



13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. mcm2 bole support jualan kwn2 dania tu ye...kita tk mkn kangkung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kangkung ni ada yang tak makan tapi kita makan....buat kangkung belacan.

      Padam
  2. Sedap nampak Nasi Lemak Kerang. Seronok dapat support anak dan kawan2 nya kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka support. Pantang kata ada jual apa2 ke....hehe

      Padam
  3. Alhamdulilah, bagus dapat support kawan2 Dania. Kongsi rezeki gituuu

    BalasPadam
  4. Aduhaiii kat mana nak beli ni.. boleh seminggu 3-4 kali masuk UPM.. kalau tau kat mana mesti dah beli.. kangkung baru tuang kalau terus masak rasa kesegarannya huhuu

    BalasPadam
  5. Seandainya saya ada kenalan yg berjualan sayur dan apapun LGS dari kampus begini, sayapun pasti akan support beli kak. Waktu itu sempat ada, tp di Bogor, hahahahahah. Nak ke Bogor tuh 1 jam perjalanan kalau tak macet 🤣. JD tak mungkin lah beli.

    BalasPadam
  6. sedap pulak nampak nasi lemak tu. sambal jenis warna gelap2 gini biasanya sedap & dimasak lama.

    BalasPadam
  7. bagus ye, belajar jaga tanaman, ternak ayam. dah cukup masa boleh ditua dan jual :D

    BalasPadam
  8. Kalau rumah saya dekat nak jugak support beli sayur-sayuran kat sana 😃 Nasi lemak tu nampak sedap dan harga pun murah.

    BalasPadam
  9. 😁😁 baca tajuk sy sangkakan nk mkn nasi lemak dgn kangkung

    BalasPadam
  10. Kalau dekat SA pun nak support...msalahnya acik SA jauh ha Suhail..segar betul kangkung tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.