Dari tepi laut tu kami jalan kaki di bawah pokok yang redup ni. Lega rasanya.
Kami nak ke Astaka Kota Selera.
Astaka Kota Selera ini terletak di Esplanade Park, 5, Lebuh Light, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang. Kalau ke sini ada je parking tepi jalan tapi lebih baik parking yang proper berdekatan dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kalau tepi jalan tu bukan parking pun. Takut takut kena saman je.
Apa la barisan yang panjang ni? Kalau nak tahu....masa kami pergi ni orang dah beratur depan kedai Hameed Pata Mi Sotong. Apa yang best kat sini semestinya Mi Sotong.
Masa ni dalam jam 11 pagi pun dah ramai dah kat sini.
Cuaca panas kat luar ni apa lagi teringin nak makan ABC (Air Batu Campur). Mat Salleh belakang kami ni tercengang tengok ABC ni. Mungkin tak pernah nampak la kot. Nyaman je lalu kat tekak ni. Ni beli 1 je kena share bertiga.
Cendol pun order 1 je share bertiga.
Hubby order Pasembur kat Hameed Pata Mi Sotong.
Sama je warna Mi Sotong ni haaa.....dengan Pasembur kat atas. Beli kat kedai yang sama. Kami share makan semuanya....Alhamdulilah. Kejap rasa ni, kejap rasa lain pulak. Tapi....bila saya dan Dania kenyang...hubby kena perabih semua. Memang ginilah caranya. Hehe.
Lepas makan, kami balik hotel dan siap-siap sekejap sebelum kami check out. Pada 24 Mac 2026 tu pada jam 2-5 petang dijadualkan kelas online subjek Dairy Science (Sains Tenusu) dengan Dr. Suraya. Dr. Suraya ajar lagi Dania semester 4 ini. Memang best Dr Suraya ni sebenarnya tapi kena jaga kehadiran ya. Tak boleh datang lambat ke kelas. Mengajar tu sangat berlemah-lembut terserlah keibuan la gitu.
Inilah Hotel Travelodge yang merupakan rangkaian hotel antarabangsa. Ingat tak saya ada cakap masa kami check in tu 'ada cerita di dalam bilik'.
Kisahnya macam ni....masa kami masuk bilik waktu malam tu....pintu bilik air terbuka dan terkeluarlah bau yang sangat busuk. Dalam bilik air semuanya bersih tapi bau bilik airnya busuk macam bau kat loji 'Indah Water' atau bau longkang yang busuk. Adehhhh....baunya akan hilang kalau pintu bilik air ditutup. Puas juga saya masukkan sabun yang banyak dalam lubang tandas dan sinki tu.....masih jugak tak hilang bau dia.
Kemudian...bila nak check out, ada staff melayu kat reception counter saya pun bagi tahu la ada bau 💩 dalam bilik air. Tak tahu la mereka akan ambil tindakan atau tidak ya. Memang mengganggu la bau tu. Hotel ni pula rangkaian hotel antarabangsa ya. Kena la jaga standard juga.
Lain2 ok je. tilam dan bantal pun empuk je. Kami pun selesa je tidur cuma tu lah.....😅
Kami tak terus balik tapi nak cari port untuk Dania punya kelas online.
XOXO,
Ezna








Memang sedap apsembor dan mee sotong kat situ...bila la SA nak pi sana repeat lagi erk..
BalasPadamSedap....kami share je makan semua ni.....meh SA repeat lagi Penang.
Padammemang annoying la bila bau busuk gitu...suspens jap ingatkan ada unsur2 mistik
BalasPadamMistik tak ada cuma bau tu je tak tahan. Nasib baik bila tutup bilik air hilang bau. Entah la bau apa....
PadamMerah betul mee sotong tu.. nampak cam pedas, tapi saya tak pernah makan lagi.
BalasPadamMemang spoil sangat kalau bilik air bau busuk. Nak buat bisnes dlm toilet pun rasa nak muntah!
Memang ya...tutup hidung la apa lagi Mazni....sabo je la. Mee sotong tu pedas sikit la....ok lagi boleh telan....warnanya dah menakutkan ingatkan pedas sangat.
PadamAiiih macam mana bisa berbau yaaa. Saya kadang sering baca review dari customers hotel, yg suka mengeluh ada bau di dalam toilet. Tp bersyukur juga so far traveling belum pernah tercium yg begitu.
BalasPadamMi sotong saya blm pernah coba kak. Penasaran pula. Kalau pasembur memang sukaaa lah. Tp kdg pernah dpt yg rasanya manis sangat. Saya tak suka yg begitu. Dulu dekat Olympia college ada semacam food court dan jual pasembur sedaap sangat.
tinggi betul ABC nya tu. sedapnya minum time panas2 ni.
BalasPadamABC, cendol, pasembur semua sedap sangat la Ezna
BalasPadamTak pernah lagi saya rasa Mee Pata ni Kak Ezna..must try kan..nantilah ada rezeki nak try jugak...
BalasPadamSama macam hotel yang saya menginap dulu ni Kak Ezna..hotel berbintang-bintang, tapi toilet bau macam Kak Ezna cerita nilah..puas dah saya dok letak segala sabun syampoo nak bagi hilang..tak hilang-hilang jugak..bila dah check out baru baca balik reviews hotel tu..rupa-rupanya memang masalah lama...apa yang dalam review tu 99% sama...yang tak sama tu bab puji-pujian dalam review tu...tah manalah yang bestnya kecuali view jelah menang...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.