Dari Timah Tasoh, terus ke Kedah pula sebab hubby nak singgah melawat pusara Mak dan Ayah. Ni kiranya pada Hari Raya Ketiga.
Tiba kat sini lewat petang dan tanah perkuburan pun tak ada orang.
Assalamualaikum Mak.....sihat betul pokok puding ni dan menutup pula batu nisan Mak.
Assalamualaikum Ayah....Ayah ni memang saya tak pernah jumpa pun sebab meninggal masa hubby final exam degree kat UTM tahun 1998. Kat batu nisan tertulis 4.10.1998. Tahun 1998 pula saya menuntut di UITM, Shah Alam ambil degree. Hubby ambil gap year sebab masa Diploma UPM tu accident, lepas tu kerja dulu sebelum apply degree di UTM. Tapi tu lah tahun 1993 tu ada belajar memandu kat tempat yang sama dengan hubby kat Safety Driving, PJ. Hubby time tu keje kat KUB berdekatan Thrifty, Petaling Jaya. Mungkin jumpa time memandu tu tapi tak kenal 😅. Tapi....macam ada iras2 hubby dulu dan kami saling berpandangan. Tapi....tak sure itu hubby ke tak...macam terasa-rasa...one glance dalam fikiran saya. Oihh time tu saya baru habis sekolah kot....
Jadi, memang tak pernah kenal la ayah ni. Cuma tahu dari cerita-cerita ayah ni lembut orangnya dan baik. Saudara-mara jauh DS Anwar Ibrahim juga sebab ada susur galur di Permatang Pauh. Kat area DS Anwar tu...majoriti saudara-mara tinggal berdekatan sekampung.
Anak, menantu, cucu melawat ayah ni....Ayah tak pernah la tengok saya dan Dania.
Kat pusara ayah ni kami cabut lalang je. Bunga-bunga ni tak cabut. Serius cantik sangat. Ada cerita kan kat perkuburan di Gaza ditumbuhi bunga-bunga yang cantik.
Cantik betul kubur kat Gaza kan....macam kat taman bunga...
Ini pula pusara Kak Fatimah. Nenek Awatif. Keluarga yang buat makan ikan bakar setiap hari raya kedua setiap tahun.
Ayah, Mak, Kak Fatimah...kami balik dulu. Ada rezeki kami mai lagi.
Lepas tu singgah solat kat Masjid di Simpang Empat ni. Masjid ni dah cantik sangat dah....
Dalam Masjid....
Masjid ni cantik dah sebab Ayam Bismi beri sumbangan untuk memperbaiki Masjid. Ayam Bismi pun ada warung yang dia bagi free je makan kat situ. Tak payah bayar.
Gendang Masjid atau Beduk.
Lepas solat, kami pun meneruskan perjalanan kami...post selepas ni port kami singgah makan di Gurun, Kedah.
XOXO,
Ezna













Semoga roh ahli keluarga yang dah pergi ditempatkan di kalangan orang2 mukmin dan beramal soleh 🤲🏻
BalasPadamAlhamdulillah dapat menziarahi pusara arwah ibu ayah...
BalasPadamalfatihah utk mereka yang telah pergi
BalasPadamSemoga roh ibu ayah dan kaum keluarga kita dicucuri rahmat Allah SWT.
BalasPadamSy lalu Simpang Empat raya kelima, nampak signboard Rumah Makan Ayam Bismi tu. Suka bila usahawan/jutawan Melayu taja masjid begini. Semoga berkat dan luas rezeki mereka
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.