Ni post lambat ni. Cerita dah habis puasa di bulan syawal. Hubby kata hari nak berbuka last tu berbuka kat Bidadari Turun Malam. Makan dulu sikit masa berbuka kat rumah sebelum ke sini lepas maghrib.
Bila masuk rasa tenang je dengan kehadiran pokok-pokok dan lampu-lampu.
Panjut (pelita) pun ada. Tema raya tak habis lagi.
Masa ni dah duduk dah tapi saya bangun nak ambik gambar lampu-lampu dan sekitar sini. Alang-alang makanan belum tiba lagi.
Cantik la lampu kecik-kecik diletak kat arch berdaun atas ni.
Nak duduk-duduk sini sambil tengok anak-anak main buih pun boleh.
Lagi bergambar bawah lampu-lampu ni.
Ramai juga yang makan malam kat sini tapi tak sesak sangat sebab banyak meja disediakan.
Kalau nak meraikan hari istimewa boleh la booking pondok ni.
Budak ni saje nak tayang buih dia main ni.
Luas kawasan anak-anak bermain tu.
Ni tempat makan bertutup pulak.
Air yang belah kiri tu free flow je. Saya ambik air ni je. Nak minum air kosong je tapi yang sejuk.
Hubby order nasi goreng.
Saya order bihun tomyam. Meriah isinya.
Teh tarik dan teh o untuk hubby dan Dania.
Dania Mac & Cheese. Macam pisang goreng ni ayam tak silap saya.
Banana Pudding.
Kalau nak open air boleh la pilih meja kat sini.
Selesai dah post yang ni. Alhamdulilah time ni Dania dan Hubby dah selesai dah puasa 6. Saya time ni belum selesai lagi. Lagi 2 hari....tapi setakat post ni ditulis dah selesai dah semuanya sebelum berakhirnya bulan syawal. Alhamdulilah.
Patutnya hubby dah plan nak meraikan saya habis puasa enam pada 7 April tapi tak dapat sebab hubby jatuh basikal. Allah lebih mengetahui kan......Hubby dah cakap dah selepas balik dari Bidadari Turun Malam tu nak meraikan ummi pulak bila ummi habis puasa enam.
XOXO,
Ezna
Macam mana keadaan suaminya? nanti updatelah ye. Nak tahu kisah selanjutnya.
BalasPadamAlhamdulilah selesai puasa 6 Kak Ezna sekeluarga...
BalasPadamMeriahnya tomyam tu. Udang pun nampak besar.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.