Menderma Darah | Blood Donation Ansci 4.0 the vital drop

Bila Dania kena bertugas untuk Kelab Sains Haiwan. 


Dalam persatuan Sains Haiwan ni ada beberapa aktiviti dijalankan. Ni salah satu diantaranya. 


Pusat Darah Negara pun datang la Fakulti Pertanian. 


Dania sebenarnya salah seorang AJK yang bertugas hari pendermaan darah tu. End up mendermakan darah sendiri. Dania berdarah O mengikut ayah Dania. Saya darah B. 


Muka relaks tapi pada masa yang sama nampak cuak jugak. Dania kata darah dia laju je penuhkan beg darah tu. 


Tahap kepekatan darah yang diterima untuk lelaki dan perempuan ni berbeza ya. 

Lelaki : 13.5 - 18.0 g/dl
Perempuan : 12.5 - 18.0 g/dl

Dania 13.7 g/dl. Bila google rupanya tahap hemoglobin. 


Jururawat pun sporting ni haa....


Ada tajaan barangan dari CP. Mereka yang menderma darah dapat la burger ni. Dania dapat 2 sebab salah seorang AJK. Burger CP ni bila panas kat microwave boleh terus makan dah. Nampak banyak dijual di 7-Eleven. 


Bagus kalau dapat menderma darah ni kan. Badan akan mula menghasilkan darah yang baru. Siapa pernah menderma darah? Saya memang tak berani...

Blood Donation Ansci 4.0 the vital drop telah berjaya mengumpulkan 130 penderma darah. Tahun sebelumnya hanya 120+ sahaja penderma darah. 

Good Job Ansci!!!


***Ada gambar yang diambil dari IG Ansci



XOXO,
Ezna





 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Jaman muda2 dulu pernah juga derma darah.

    BalasPadam
  2. i tak berani la ezz nak derma darah... bagusnya dania derma darah!!

    BalasPadam
  3. Cie layak derma darah HB lebih 12.5 tapi tu la sejenis takut darah. Burger CP kat 7E cafe ada jual.

    BalasPadam
  4. Bagus Dania, berani 👍🏻

    Skrg burger CP dah masuk 7e sini kan. Dulu² dekat border/, Thailand je

    BalasPadam
  5. Wha! Dapat cp burger! Cam ni berbaloi la.....

    BalasPadam
  6. Aiiih sama kita kak. Saya bukan tak nak, Tapi kepala saya langsung pusing kalau lihat darah begitu 🫨🫨🫨. Seram, jadi memang tak berani.

    BalasPadam
  7. Orang yang derma darah ni Unsung Hero kan...tahniah Dania...!

    BalasPadam
  8. Pernah derma dua kali. Kali ketiga Doktor kata tak boleh, lupa alasannya.

    BalasPadam
  9. Rasa nya dah setahun lebih tak menderma darah huhuu.. kena rajin semual ni :D

    BalasPadam
  10. tak pernah derma darah lagi. takutt hehehe.
    sedapnya dapat burger CP!

    BalasPadam
  11. Kali terakhir derma darah sebelum Covid. Lepas Covid detect ada penyakit darah tinggi & kencing manis so kena start makan ubat. Start dari situ terus tak layak menderma darah lagi huhu...

    BalasPadam
  12. sejenis penaku darahhhh... sy lettewwww😁

    BalasPadam
  13. SA x boleh derma darah sebab platelet darah SA x cantik...kalau derma gak darah tu diorang buang aje...hehehehe...x tau la nak terangkan macam mana...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.