Masakan orang yang tak sihat

Bila hubby sakit kat bibir, dalam mulut pun sakit dan atas bibir berjahit....pastilah buntu juga nak sediakan masakan apa kan....

Google la saya masakan dalam pantang juga. Akhirnya....hari kejadian tu buat :

1. Bubur nasi dengan lauk ayam letak lebih serbuk lada putih. Ada buah naga juga. 

2. Bubur nasi dengan lauk daging letak lebih serbuk lada hitam. Buah naga pun ada. 

3. Hubby request nasi pulak jadi buat sup ayam letak lobak merah dan makan dengan ulam pegaga. Pegaga ni hubby makan macam tu je tapi saya adalah sambalnya. Selain tu ada buah naga. 

Lepas tu memang saya sendiri yang taruh banyak-banyak pegaga dan lobak merah dalam nasi hubby. Wajib makan ya. Mujur hubby ni sejenis makan semuanya....tak sama la macam wife nya memilih la jugak. 😅. Oh ya penggunaan bawang putih dan merah pun banyak ya. Bagus juga untuk meningkatkan imuniti dan banyak lagi la kelebihannya. 



Ingat nak pergi cari ikan salmon juga. Grill je ikan salmon tu. Lepas tu nak top up buah-buah juga. Moga cepatlah kering luka hubby tu. Kalau boleh tak nak masak makanan laut tu kecuali ikan la. Lepas tu kena yang berkuah la supaya hubby senang nak makan. Tak boleh masak pedas juga sebab bibir dan mulut tu sakit. 




XOXO,
Ezna


3 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. moga segera beroleh kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya..

    BalasPadam
  2. antara bahagian yang cukup menyukarkan ialah luka di bibir ia tempat selalu bergerak..nak makan atau nak bercakap..semoga cepat sembuh ..aamiin.

    BalasPadam
  3. baca pun dah rasa seriau kak sakitnya bila nak makan tu..moga cepat2 sembuh luka tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.