Lauk berbuka dan sahur puasa pada bulan Syawal

Lauk berbuka puasa enam kami ialah....ni lauk berbuka masa kami berpuasa hari keempat di bulan Syawal. 

Nasi lemak pandan. Lauknya simple je. Ikan bilis goreng, telur rebus, sambal nasi lemak dan daun salad. Timun tak ada sebab kami suka daun salad lagi. Dalam telur rebus tu ada sekali dengan kurma. 


Kejadian nasinya. 100% warna dari daun pandan asli. Tak ada pewarna lain. 


Lepas tu ada sahur sekali tu buat masak lemak udang cili api dengan pucuk paku. Masak satu lauk je. 


Puasa di bulan Syawal hari kelima, saya buat resipi nasi ayam claypot guna periuk nasi je. Buatnya simple je sebenarnya. Nasi ayam ni buat Dania dan hubby bertambah. Bahagia rasanya ya...Dania memang peminat nasi ayam pun. 

Kalau peminat makan cina memang akan suka la masakan ni sebab perapan ayam tu ada bawang putih dan halia yang disagat. Dalam nasi pun letak bawang putih dan halia yang disagat. Jadi, tak adalah tergigit halia atau bawang putih yang besar tu. Ada orang tak suka halia dan bawang putih yang tak hancur tu.

Lepas tu tabur daun bawang dan cili merah. 


Konon nak celebrate habis berpuasa enam....kami akan makan kat satu tempat ni....post selepas ini la ya...




XOXO,
Ezna

18 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. aduhai..trliur tgk masak lemak pucuk paku tu =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak 1 jenis je Niza. Dah ada 2 isi dalam tu...udang dan pucuk paku.

      Padam
  2. Waaa u dh habis puasa 6 yer ezz.tahniahhhh. i baru nak sambung balik niiii.hrp2 sempat abis laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum you. Dania dan hubby selesai dah semalam. I tak boleh puasa. Maybe next week I puasa direct 2 hari.

      Padam
  3. Sy beli lemang utk Raya 6 :)
    Rajin la Ezna bangun masak lauk sahur, Sy goreng telur je hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya masak lauk (utk sahur) ni bukan masa sahur PH. Saya masak malam sebelumnya. Lepas masak...tunggu sejuk masakannya baru masuk peti ais. Masa sahur nanti panaskan guna microwave je. Takut nak bangun awal sangat untuk masak makanan sahur tu takut tak terbangun. Nak selamat malam sebelumnya prepare siap2.

      Padam
  4. Anak2 ni pun suka nasi ayam. Sedapnya nasi lemak Ezna.

    BalasPadam
  5. Nampak menyelerakan masakan akak tu. Tiba jadi lapar lak malam2 ni. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik tengok malam ya Cuya. At least Cuya dah kenyang makan dah.

      Padam
  6. Sorry kak, Cuya nak tanya. Blog akak memang takde button Next Entry
    ke atau Cuya sorang je takleh nampak button tu?
    Sebab bila tkde button tu susah juga Cuya nak baca entri sebelum/ selepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuya....click home tu....ada list entry blog akak....entry blog yang paling bawah ada 'muatkan lagi catatan'

      Padam
  7. Aiiih senangnyaaaa dah selesai puasa 6. Saya masih 2 hari lagi 😄. Selesaikan dulu pertemuan2 dengan bloggers sini, baru nanti lanjut lagi puasa Syawal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selesai puasa 6 hanya suami dan Dania sahaja Fanny. Kakak bercuti puasa lagi. Harap2 selesai minggu hadapan...Insya Allah.

      Padam
  8. i sambung puasa hari ni ezz sbb memang baru jer boleh solat semula..hari ni baru 4th day ni ezz...dan dh 23 syawal la hari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus la you...I insya Allah next week straight 2 hari berpuasa. 2 hari je lagi I tinggal. Dania kata nak tunggu ummi tapi I cakap dengan dia jangan tunggu sebab takut2 tak boleh puasa pulak macam I. So tu yang dia selesai puasa dengan hubby I tu. Lagi satu bila time Dania ada amali dia susah sikit la puasa. Takut penat masa handle haiwan pulak.

      Padam
  9. sayalah tu antara orang yg yg tak boleh nampak halia atau bawang putih tak hancur, hihi.
    sedap tengok masak lemak udang pucuk paku tu

    BalasPadam
  10. rajin ezna bangun masak lauk sahur...SA panaskan aje lauk leftover

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.