Kak Tie tunggu.....

Dari Chef Kecik tu terus la tengok waze pukul berapa dijangka tiba kat Bangi?. Kak Tie ajak datang rumah jam 3-6 petang. Waze budget 5.30 kami tiba rumah Kak Tie jadi tanya Kak Tie kalau jam 5.30 petang boleh datang lagi ke? Kak Tie kata Kak Tie tunggu. 

Alhamdulilah...sebelum 5.30 petang dah tiba rumah Kak Tie. Ada tetamu lain juga sedang makan tapi dah lama la tibanya. Kami pun makan la dulu. Saya sekadar syarat je sebab dah makan kat Arjuna Bangi tu Akikah Naura Amelia tu dan dah makan kat rumah Kasih...lepas tu kat Chef Kecik pun dah makan. Jadi makan sikit je la janji makan dan minum sikit. 


Kalau nak tahu, Kak Tie ni la yang jahitkan baju saya dan Dania. Baju Dania tu hasil jahitan Kak Tie la tu. Anak kami sama bersekolah rendah sebelum berpisah di Sekolah Menengah. In fact Dania dan Amylia Natasha ni sekelas masa Darjah 6 dan berkawan baik. Dania bersekolah di kat SMK Jalan Empat manakala Amy kat MRSM Arau. Masa tu MRSM Arau baru buka masa batch Dania tingkatan 1 tahun 2017.  Dania dapat MRSM Serting tapi tak pergi. 😅 Lepas SPM, kerja sekali kat F.O.S. IOI City Mall. 


Ok kakak Amy yang ambik gambar ni. Nama Amylia Nadia. Hubby saya dan hubby Kak Tie ni sama bangunan tempat kerja kat Putrajaya. Hubby Kak Tie ni jenis kenal orang walau lama tak jumpa ya. Dah lama tak jumpa since last sekolah rendah 2016 tapi masih cam Hubby...Hubby Kak Tie memang cam Hubby saya. Hubby saya pulak sejenis tak cam orang kalau lama tak jumpa. Saya screenshot muka hubby Kak Tie ni whatsapp hubby saya. Ok sekarang ni kalau jumpa dah boleh senyum dan angkat tangan dah. Hehe.

Nak jadi cerita pulak kawan hubby masa UPM di bawah Hubby Kak Tie ni. Pangkat tinggi la sebenarnya sebab kawan Hubby kata tu boss aku. 😅


Terima kasih Kak Tie menjemput....fuhhh hari tu memang kami ni full dah perut. Malam saya makan kuih je tak makan apa dah. Kenyang....

Rezeki jemputan untuk raya tahun ini. 





XOXO,
Ezna

 

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Saya nih tipe yg susah ingat juga muka orang. Apalagi kalau jumpa hanya sebentar . Artis pun saya sering tak cam. Kadang kalau ketemu artis di mall sini, biasa Raka yg mengenali. Saya tak 😂😂.

    Senang kalau masih ramai dapat jemputan raya nih kak. Itu yg saya suka dari sana, Malaysia nih raya betul2 sebulan 👍😄. Indonesia 3-4 hari je. Paling lama seminggu itupun jaraaaaang

    BalasPadam
  2. Cie pulak jenis lupa nama orang. Kadang2 jenuh nak recall apa nama dia ni 😅. Muka senang je cam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.