Hidden gems di Perlis

Dania mencadangkan kami untuk melawat Kampung Wai. View kat sini sangat awesome ya. Kami dihidangkan dengan permandangan yang sangat wow. Tak terkata dengan perkataan. Dalam gambar ni cahaya matahari dibiaskan dengan warna pelangi. 


Inilah Kampung Wai dan di huruf Y tu ada buaian. Sepanjang kami kat sini ada dengar bunyi 'Monyet mulut lipstick' atau namanya Indri Lemur. Bersahut-sahutan kat atas bukit yang ada pokok-pokok tu. Kata penduduk setempat sebelum ni Monyet tu ke bahagian sempadan Thai tapi sekarang Monyet tu dok ada kat atas bukit tu pula. 



Laju...laju....buaiku laju....


Permandangan yang sangat cantik kat sini. 


Memang kena pakai topi la sebab cuaca panas. 


Lagi gambar....


Tadi menghadap kanan, kini menghadap kiri pulak. Boleh nampak jambatan kat situ. 


Sungai ni bersambung dengan laut. 


Berdekatan dengan buaian Y tadi, ada motor dengan tempat duduk sedia menunggu pelanggan. Beliau akan membawa kita ke tiga buah negara untuk ambil gambar. Suspens negara apakah itu?. 


Dania excited nampak lembu. 


Tempat pertama kat :
Korea

Dikatakan macam kat Pulau Nami di Korea.


Ni kat Pulau Nami, Korea yang sebenar. 


Bergambar bertiga pulak. 


Gambar saya dan hubby pulak. Ini warna asli keadaan sekeliling. Atas tu sebab banyak sangat cahaya. Ni guna phone. 


Tenang je nampak kat sini. 


Ini pula negara kedua kat :
Thailand

Macam ala ala kat Jambatan di Klonghae Floating Market di Hatyai kata Akak Pikachu. 


Ni Klonghae Floating Market yang sebenar. Saya ambil gambar ni kat atas jambatan. 


Angin kat Perlis ni bila bertiup sejuk sangat. Macam aircond. 


Gambar menghadap belakang pula. Boleh terus tengok permandangan yang indah. 


Akak Pikachu kata konon-konon kami ni naik Tuk Tuk la. 


Bawah tu Floating Market, atas ni kami naik Tuk Tuk. Layankan lah ya. 


Akak Pikachu snap la beberapa gambar. 




Negara ketiga kat :
Switzerland. 

Boleh nampak pokok-pokok pine ala ala kat tempat beriklim sejuk. 


Ni gambar sebenar dalam train saya snap di Switzerland. Ni kat area Bern @ Beruang dalam bahasa Malaysia. 


Ada terowong kat belakang tu yang kita boleh explore menaiki bot tapi kami seram la sebab masuk ajer 800 meter. Darab la pergi balik mau 1.6km. Ada kawan saya bagitau macam kat Europe naik bot masuk dalam tu. Takpe la yang ni kami skip. 


Cuaca sangat memberi kerjasama. 


Saya suka gambar yang ini. Langit cantik....biru warnanya. 


Banyak gambarnya. Ni pun pilih-pilih. 


Nampak ada bot keluar dari terowong. 


Selesai 3 tempat yang dibawa oleh Akak Pikachu. Tak silap harga naik ni (tak tau apa nama kenderaan ni) RM35/kenderaan dan dibawa ke 3 lokasi dengan pakej tolong ambikkan gambar kita. 


Ingat Kampung Wai...ingat Akak Pikachu ya. 


Kemudian kami ke Pulau Ketam yang terdapat deretan kedai makan. Masa kami datang belum dibuka lagi. Mungkin buka petang la. 

Belakang tu pokok bakau yang tinggal ranting je. 


Ada pula batu disusun untuk mengelakkan hakisan pantai. 


Cantik pulak tiang ni. 


Ini pula Kg. Warna-Warni namanya. Dekat je dengan Pulau Ketam. Uniknya dinding perumahan di sini dicat berwarna-warni. Ada juga rumah yang dicat dengan lukisan mural. 


Jarang la tengok kampung yang pintu ke rumah ke garaj ke dicat dengan berwarna-warni tau...macam rainbow sangat. 

Kat bawah ni pula inisiatif Pelajar MMU. 
 

Kampung Wai boleh explore 2 masa iaitu pada siang hari dan waktu matahari terbenam. Waktu paling peak ialah waktu matahari terbenam ya. Time tu sangat sesak la berbanding waktu kami pergi ni. 

Alhamdulilah dapat menikmati keindahan alam kat Kampung Wai. Terima kasih Dania kerana  mencadangkan. Kat Perlis pun ada hidden gems yang saya baru tahu. Nak ke sini waze kan je. Memang ada....

Haaa jom la bercuti kat Perlis. Haaa ada lagi tempat-tempat yang menarik yang kami lawati. Tunggu....





XOXO,
Ezna

19 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. TQ share tempat2 lawa kat Perlis sis Ezna. Dah lama teringin nak pergi ke sana kebetulan ada kawan yg jadi lecturer kat Arau jadi kalau ke sana boleh la singgah ziarah kawan tu sekali. Tapi tak tau la bila la nak pergi tu 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kat Perlis ada ETS juga jadi boleh la naik ETS je ke Perlis kan....

      Padam
  2. cantik tmptnya..oh perlis pn ada tmpt yg ala2 Nami Island...kt klate pn ada

    BalasPadam
  3. dulu masa SA rajin ke Perlis xde semua ni..ke tak explore...ni boleh masuk wishlist ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pergi Perlis ni sebab alang alang balik Kedah je SA jadi takdelah jauh sangat perjalanannya.

      Padam
  4. Serius super nice dkt sini sis. Cantik giler. Ok..Dh bleh masuk dlm listing cuti2 malaysia =)

    BalasPadam
  5. gmbr semua lawa2!! gmbr 1st tu mcm kat obersi la view/backgroundnya!! niceeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik permandangan kat sini Suzz. I pun tak sangka ada tempat cantik kat sini.

      Padam
  6. ni ke kampung yang tanya dekat kids entry lepa stu?? tak pernah sampai lagi..lepas ni boleh ke sini pula..tak payah p padang besar dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Kampung Wai ni la kami nak pergi. Kids tu cakap sebelah sana. Lawa sangat kat sini Linda....serious....

      Padam
  7. waahhhh syoknyaaa pandai Dania suggest! suka sangat tengok family picture sis ezna bertiga yg langit biru tu!!! cantikkkkk sangaaaaat! ehehe

    BalasPadam
  8. Selamat datang negeri kecil kami ..Perlis .. hehehe .. kalau time sekarang memang cuaca panas membahang laa.. tapi nak bergambar cantik² terpaksa laa berpeluh kejap kan ..

    Hidden gems sini memang tak nafikan memang cantik ..kampunf Wai kalau pergi & view nak dekat senja pun lagi memukau .. kalau nak lepak² kat pulau ketam ramai yang pergi petang hari .. ramai nak tengok matahari terbenam

    BalasPadam
  9. Ada singgah jejalan masuk dalam kg warna warni tak .. situ pun cantik .. ada banyak tempat OOTD ..pastu boleh terus naik ke jambatan Syed Sirajuddin

    BalasPadam
  10. pandai Dania cari tempat cantik...memang terpegun tengok gambar-gambar

    BalasPadam
  11. Terima kasih berkongsi kenangan anda di sini

    BalasPadam
  12. Unik juga nama kampungnya. Tapi kalau orang Indonesia ke sana, dia akan baca kampung Ye, sebab Y dibaca Ye kalau di sini 😄.

    Agak seram saat liat Dania naik ayunan, yg mana tiangnya Dari hurup si Y . Takut pula tiangnya tak kuat 😅😅. Krn agak condong kan.

    Nanti kalau saya ke Perlis, nak juga ke sini. Menarik dibuat ada wisata 3 negara begitu.

    Kalau rumah dicat warna warni, di kota bandung dan Malang ada juga kak. Jadi memang perusahaan cat besar Dulux yang jadi sponsor, untuk mengecat semua rumah warga di sana dengan aneka warna. Hasilnya macam pelangi. JD banyak turis yg DTG juga

    BalasPadam
  13. Belum sampai lagi tempat² ni ... Rajin Kak Pikachu tu ambilkan gambar. Ezna & family pun pandai posing, cantik² gambarnya

    BalasPadam
  14. Eh, tak tau ada tempat cam ni kat sana

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.