Lepas makan, barulah kami bergerak nak cari Tasik Timah Tasoh pula. Ia adalah pusat pelancongan Geopark di Perlis ni.
Ni lah Dataran Empangan Timah Tasoh.
Kat area ni nampak kering sangat.
Kalau nak naik bot sekitar sini.
Ada buaian kat sini dan menghadap belakang tu. Cantik kalau dapat ambil gambar dari sini.
Kali ni gaya berpegangan tangan pula.
Seeloknya kena pakai topi ya kalau musim panas ni. Kena berjaga-jaga ya.
Permandangan kat sini memang cantik ya....
Kat belakang Dania tu la kalau nak naik bot. Ada la nampak beberapa bot.
Sebenarnya musim kami datang ni tak ada pokok keladi warna purple tu. Kalau musim bunga cantik la terapung atas tasik.
Ni lah bunga keladi yang saya cakap tu. Rasanya berbunga bulan Disember - Januari rasanya.
Credit : Google
Kalau sewa bot dia akan bawa kita menyusuri tasik dan boleh la kita ambil gambar macam ni. Cantik kan?
Credit : Google
Kemudian kami ke tempat Stromotolit pula iaitu dekat sini jugak la.
Apa itu Stromotolit? Meh belajar sains pula....
Stromatolit merupakan endapan hidupan mikrobial yang terbentuk daripada cynobacteria (alga hijau biru). Hidupan ini mati dan tertimbus dan membentuk lapisan fosil aiaitu stromatolit. Stromatolit dijumpai dalam batu kapur formasi Setul berusia 480 juta tahun yang membentuk Banjaran Nakawan yang membentuk di bahagian barat Perlis. Stromatolit ini menonjolkan pembentukan negeri Perlis adalah asalnya lautan cetek dalam iklim yang panas semasa usia 480 juta tahun dahulu.
Boleh la baca tulisan kat dalam gambar tu untuk lebih infonya.
Jalan nak pergi tengok Stromatolit. Kalau hidupan mikrobial tu maknanya hidupan yang tak boleh tengok dengan mata kasar la. Kena tengok dengan mikroskop. Fosil tu macam ala ala fosil dinosaur pulak ya sebab terbentuk berjuta tahun dahulu.
Last shot gambarnya sebelum kami meneruskan perjalanan ke Kedah pulak. Kedah ni hanya singgah sekejap je sebelum ke destinasi seterusnya pulak.
Kita jumpa post selepas ini ya....
Jadi bagaimana? Cantik tak Tasik Timah Tasoh ni?. Walaupun tak ada kehadiran bunga keladi bunting tu pun dah cantik....bayangkan bila bunga tu mekar dalam air....
Tak ada la kami berlama-lama kat sini sebab nak ke Kedah pulak sebelum bercuti pula di....ok post selepas ni la.
Alhamdulilah dapat melawat tempat-tempat yang menarik di Perlis ni.
XOXO,
Ezna












memang cantik la tasik tu...kalau ada bunga2 keladi pepel tu, memang awesome sgt laaaa
BalasPadamMenarik dan banyak juga aktiviti yg boleh dilakukan di sini.. Selalu balik kg memang lalu je tasik ni tak terfikir nak singgah hahahaha :D
BalasPadamSy belum pernah ke Tasik Timah Tasoh ni. Jealous pula rasanya hehe.... Lawa betul keladi purple tu
BalasPadamWah, ok next time boleh plan trip ke Perlis bulan Disember - Januari 😍
BalasPadamWahh..best ni sis.Bleh la nnt kumpul budget ajak Hata kesini =D
BalasPadamTasik Timah Tasoh ni tempat adik bongsu SA amik gambar lepas majlis persandingan diorang kat Perlis...situ memang cantik...masa diorang nyer shooting tu xde pokok keladi tu jugak...kalau ada mesti cantik
BalasPadam2x berpeluang ke Timah Tasoh, tapi tak perasan pula ada Stromatolit tu...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.