Terbeli kuih la pulak....

Bab kuih ni selalunya saya 'tunjuk' je. Hehe. Bila kat email UPM Dania ada iklan Biskut Raya dan Kek Raya ni...jeng jeng....terus la order ya. Saya order 2 bekas kuih tat je. 




Nak pick up kuih raya alang-alang saya nak hantar barang kat Bangunan Canselori kan....ni on the way nak ke L'apprenti. Terlalu pula tempat jatuh lagi dikenang....Pusat Asasi Sains Dania dulu. Tersengih la member sebelah ya. 


Saya ingatkan L'apprenti ni yang berdekatan dengan Pusat Asasi Sains, tempat Dania belajar ni dulu...rupanya....jauh sikit berdekatan dengan Dewan Bankuet, UPM pulak. Ni pertama kali tiba sini. Kalau tak beli kuih tak sampai la sini ya. 


Buffet Ramadan juga berlangsung di L'Apprenti ni. Ni bahagian luar. Luar pun tapi berbumbung kawasannya. 
 

Bahagian dalam pula. Nampak selesa juga. 


Buffet Ramadan ni diberi nama Buffet Sajian Senja. 


Saya bersama dengan Puan Ainul. Beliau merupakan Pastry Chef dan yang membuat kuih-muih yang ditempah. Puan Ainul kata berdebu apronnya. Saya kata barulah nampak sibuk buat kuih. Dania kata orang sibuk buat kuih...ummi sibuk nak tanya itu ini dan ambik gambar. Haha. Ummi kan....😆


Ok jom la kita ke....IOI City Mall pulak. Ada benda nak beli....
Lepas berbuka dan bila rasa kuih tat nanas tu eh eh sedap la. Saya beli 2 bekas je. 

You alls buat kuih apa tu?. 




XOXO,
Ezna








10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. SA mencari kuih tart nenas bunga tu..dah ada nampak org jual kat Seremban..malam ni nak pi beli..7 kuih RM100 boleh campur dengan kerepek...

    BalasPadam
  2. Tak buat cookies raya sebab tak ada ketabahan hehe.

    BalasPadam
  3. i beli biskut raya, tempah dari my ex PA, dan juga suruh hanim belikan ajer (semperit hajar nama dia, famous kat penang)

    BalasPadam
  4. 2 bekas kompom sebelum raya dah habis

    BalasPadam
  5. Sy pun 'buat' kuih tunjuk² juga :D

    BalasPadam
  6. salam ramadhan cikkak ezna ittewww., aminn

    BalasPadam
  7. saya pun tak start beli kuih raya lagi. nak buat sendiri memang malas lah haha

    BalasPadam
  8. Tart nanas....saya suka. Pilihan wajib untuk raya. Saya tak buat kuih. Tempah saja.

    BalasPadam
  9. THN lalu kak, saya ada beli kue lebaran dari teman saya. Ternyata suami dapat hampers banyaaaaak isinya kue lebaran 😂😂😂. Jadi THN lalu memang lah macam banjir kue lebaran di rumah saya. Sampai saya bagi2 ke tetangga.

    THN ini saya putuskan tidak akan beli kue lebaran. Krn saya pikir suami jangan2 dpt hampers kue lagi hahahahahah.

    Ternyataaaa, memang dpt hampers, tp isinya cake basah, macam lapis legit, apple crumb 🤣🤣. Tak ada cookies lebaran hahahahah

    Tp tak apalah... Secara saya pun dah sangaaaat mengurangi tepung . JD bagus juga tak ada beli cookies 😅

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.