Alang-alang dah berbaju raya...mulanya selepas balik dari rumah saudara di Tanjung Musang, kami menuju ke penginapan kami dulu. Rehat, solat dan mandi sebelum petangnya mulanya Dania kata nak bergambar dengan pokok Tecoma kalau ada tapi bila mencari kat sepanjang Kuala Kedah tu dah tak berbunga pula. Alang-alang Kuala Kedah tepi laut jadinya kita bergambarlah dulu ya.
Masa kami datang tu orang punyalah ramai kat sini. Ada yang macam kami juga nak bergambar dengan berbaju raya.
Ni minta orang ambikkan gambar. Baju saya pakai ni dari Bayu Somerset tapi baju yang ni bukan awam. Tak pernah jumpa lagi. Hehe.
Baju saya dan hubby sedondon. Dania pula dari Sireh Pinang.
Kita abadikan la gambar sebanyak mana pun kan.
Lagi gambar.
Dania pula bergambar. Berlatarbelakangkan matahari terbenam.
Saya dan hubby pulak hasil lensa Dania.
Close up sikit. Kalau gambar macam ni takdelah nak suruh orang luar ambikkan.
Bagus juga kerajaan Kedah meletakkan batu sepanjang sini untuk mengelakkan hakisan pantai.
Ummi dan ayah pulak la.
Terjadilah gambar Canva hari raya kami. Warna pun ikut tema warna baju kami.
Selagi boleh, luangkanlah masa bersama dalam keterbatasan waktu ni.
XOXO,
Ezna











selaamt hari raya. maaf zahir & batin. cantik warna biru ni soft je.
BalasPadamSelamat Hari Raya Cie. Terima kasih.
PadamSalam Syawal. Salam Ziarah
BalasPadamTerima kasih datang ziarah blog ni. Salam Syawal.
Padamselamat hari raya utk ezna sefamily...cantik posing gmbr view sunset
BalasPadamSelamat Hari Raya Amy!. Kebetulan kami pergi dah petang sangat jadi cepat2 ambik gambarnya.
PadamSelamat Hari Raya utk Ezna sekeluarga. Sy lupa dah ucap ke belum 🤭 almaklumlah tenggelam timbul, sibuk beraya hehe...
BalasPadamNice photos semuanya. Mmg jadi kenangan indah ni
Tak apa PH. Beraya la selagi kita boleh beraya dengan yang tersayang. Alhamdulilah. Alang2 kat Kuala Kedah ni. Selamat Hari Raya buat PH sekeluarga.
PadamBergaya di hari raya.
BalasPadamDah sampai tepi pantai Wak...kalau nak bergambar tepi sawah...padinya dah diambil.
PadamCantik gambar berdua tu Kak Ezna, romantikkk...kena pulak dengan sunset tu😍
BalasPadamSesekali je ada gambar macam tu Sue. Segan akak ni.
Padamnice la u posing2 kat pantai. bj u sefamily memang sweet sgt!!
BalasPadamThank you Suzz. Ingat nak bergambar kat bunga Tecoma...tak berbunga pulak dia.
PadamCantik gambar yang tenung2 wajah tu... boleh buat wall paper hp
BalasPadamTerima kasih UG memberikan cadangan.
PadamCantik betul semua gambar- gamabr tu...SA plan nak ke PD..tapi x larat sebab panas...sudahnya banyak duduk rumah dan ebraya dekat2 aje..
BalasPadamNice photo sis =)
BalasPadamSukaaaaaaa dengan foto2nyaaa 😄. Background sunset di belakang bikin foto makin bagus lah kak 😍👍👍👍🎉. Memang sesuai utk foto keluarga. Tinggal kasih frame.
BalasPadamCantiknya gambar berlatarbelakangkan matahari terbenam
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.