Bila nampak iklan Poplook menari-nari, saya tengok la kan. Niat nak tengok je. Hehe
Sekali ada Extra Raya Sale la kat Poplook ni. Apa lagi....checkout la buat tambah baju kuliah Dania.
Saya pilih yang ini warna sand. Design ni dah lama kat Poplook tapi ok je la. Disebabkan saiz pun tak banyak jadi harganya rendah lagi. Dania ada design ni sebijik tapi warna light blue.
Manis la bila ada ribbon kat bahagian depan baju. Nampak feminin je. Ni warna sand jadi warna ni neutral la.
Credit : Poplook
Ini pula sebab design ni tinggal 1 unit je jadi harganya juga turun. Terus la kita check out. Design nak sama dengan yang atas sebab ada ribbon kat bahagian hadapan baju. Ini pula warna purple plain je la takde corak. Bila saya beli dah habis dah stock nya. Tu yang 'This product is not available'.
Haaa cukup la dulu ummi top up baju kuliah Dania ni.
Credit : Poplook
Janji design menutup aurat dan manis dipandang la. Paling penting fabriknya serap peluh la dengan cuaca yang panas membahang ni kan. Dania tak tahu lagi ni. Buat surprise la bila dah tiba nanti. 😊
XOXO,
Ezna


Comelnya baju..nampak manis dan sopan je..seronok la Dania dapat baju baru nanti
BalasPadamcantik2 baju Dania...ada buat preloved bagitahu kak...
BalasPadamsweet jer kaler dia. yg penting selesa utk cuaca panas kat msia ni
BalasPadamwaaahh cantiknyaaa kaler dia sweeet & love purple color tu jugak! ehehe
BalasPadamSesuai sangat untuk Dania
BalasPadamSemanis orangnya hehe ...
BalasPadamDua2 comel..kena dengan Dania 😍
BalasPadamSaya sukaaa yg model kuning 😍😍. Poplook ini memang maniiis model2 baju dia yaaa. Sesuai utk anak kuliah yang mencari style feminine
BalasPadamPerempuan kan ..oantang nampak perkataan sale @ diskaun .hehehe .. mula tu memang nak tengok² jer kan ..pas tue ehh terbeli pulak
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.