Pekan Rabu dan iftar picnic

Kami tiba Kedah ni jam 11 pagi hari jumaat 20 Mac 2026. Gambar di bawah hiasan je la sebab ambik waktu malam kat hotel penginapan kami ni haaa....

Nasib baik la boleh masuk bilik dah walaupun check in sepatutnya jam 2 petang. Boleh la hubby mandi-mandi sebelum nak menunaikan solat jumaat nanti. Alhamdulilah. 


Bilik kat Hotel Raia ni memang sangat luas. Memang puas hati la menginap kat sini. Lagi pun kawasan ni luar sikit dari bandar Alor Setar jadi takde la sesak sangat. Tenang sikit area sini. 


Bila hubby menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan, saya dan Dania santai-santai je dalam bilik. Penat balik kampung tak habis lagi. 

Dalam pukul 4 petang barulah kami keluar. Ni bergambar sebelah barangan tetamu lain sebab nak tunjuk baju kurung Bayu Somerset tu sebiji baju Dania. Hehe. Ada je jumpa di mana-mana. 


Kami menuju ke Pekan Rabu pula. 


Majoriti kedai bukak la walaupun sehari sebelum raya. 


Meriah hasil jualannya. Ada ramai juga yang berkunjung ke sini untuk membuat persiapan terakhir hari raya. 


Kedai ni beli kuih loyang pedas dan kuih loyang manis. Nak beli bahulu Emanis tutup pula dalam Pekan Rabu ni tapi.....hubby tahu ada kedai Emanis berdekatan Pekan Rabu ni. Orang kedai ni kata nak beli bahulu ke sebab perasan saya cakap kat hubby bahulu tutup la. Hubby memang orang sini jadi tahulah pasal Emanis ada kedai berdekatan tu. 


Hubby mencari songkok yang boleh dilipat. 


Barangan yang dijual di satu kedai. Geram-geram tengoknya. 


Emanis Bahulu buka kedainya. Nak ke sini kena lalu food court dalam Pekan Rabu kemudian kedai Emanis kat belakang ni. Hubby kata kedai yang kami beli kuih loyang tu beli bahulu kat sini jugak. Jumpa pula kat sini. 


Emanis dari arah depan. 


Bahulu baru masak. Panas-panas lagi kami beli ni. 


Baru keluar oven.


Kemudian, kami tengah cari port nak berbuka puasa. Jadi, saya plan nak picnic la depan Masjid Zahir sebab ada nampak cucu belah hubby berbuka kat dataran depan Masjid Zahir Alor Setar ni. 

Ni kami tengah berjalan kaki nak ke bazar ramadan berdekatan. Kami parking dalam Masjid Zahir. 


Tak tiba lagi kat destinasi ni. Depan kami yang tinggi tu Menara Alor Setar. 


Kat sini saya dan Dania masing-masing tapau nasi ayam dan bihun sup utara. 


Masa ni nak cari port cantik nak picnic. Tunggu hubby ambil tikar picnic dalam kereta dan makanan dari Masjid. Kebetulan tikar picnic ada dalam kereta. Boleh la berpicnic. First time ni ya...tak pernah lagi iftar picnic ni. You alls dah pernah ke?. Tu yang excited nak try. 


Alhamdulilah cuaca masa ni mendung juga dan tak berapa panas. Alor Setar ni panas ya sebab dah lama tak hujan. Ramai dah booking port masing-masing. Comel budak dress kuning sebelah kami ni. Lama saya perhati. 


Makanan Iftar dari Masjid Zahir.


Kami...


Ayah dan anak. 


Makanan kami semua. Alhamdulilah. Hubby ada beli roti john jugak tu. Udahnya roti john tu buat makan kat hotel je. 


Sementara nak tunggu waktu berbuka, saya ambik la gambar sini. Cantik bunga ni. 


Masa ni matahari nak terbenam dah. Merasalah buka puasa lewat sikit berbanding Selangor. 


Masjid Zahir ni memang salah satu masjid klasik kat Kedah ni haa....


Kami lagi....hubby pun dah biasa kalau saya jalan-jalan sekitar ni. Tahu nak ambik gambar. Hehe


Bersyukur dengan cuaca yang memberikan kerjasama. Alhamdulilah. 


Close up bihun sup utara saya. Memang bihun sup ni banyak. 


Cantik kan langit masa ni?. 


Comel budak ni kan. Mama dan Papanya suruh pose kat kamera saya. Dapat la duit raya dari Aunty Ezna. Sopan je. Pandai aamin pulak tu. Aamiin tu bersalam dengan saya la. 


Lepas selesai iftar dan solat kat Masjid Zahir, singgah pulak Yasmeen ni. Hubby nak minum air panas. Selagi tak minum air panas tak puas ya. 


Kalau makan kat Yasmeen ni, aiskrim ni diberikan percuma je. Kalau tak beli / makan apa-apa kat Yasmeen ni kena bayar aiskrim ni. 

Dania apa lagi memang ambik la aiskrim ni. 


Settle dah cerita iftar picnic kami ni. 

Nanti saya kunjung balas blog kawan-kawan ya. Terima kasih datang baca entry saya ni. 





XOXO,
Ezna






















 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Syoknya Pekan Rabu tu macam2 ada. Baju BS memang awam sangat ramai pakai. Suka baju dia cantik tapi tak pernah beli ada je di mana2 orang pakai. Kang tak memasal terserempak kan.

    BalasPadam
  2. menariknya iftar picnic ni ezz! masjid zahir tu cantik sgt dlm pic!! hari tu masa bertolak balik kg pun, i singgah iftar jugak ezz...mkn kat bangku2 tepi charging port ajer (shell RR temerloh)

    BalasPadam
  3. kat masjid Raub pun ramai yang berbuka di padang sebelah masjid. kat Kuantan pun sama. dah jadi tradisi

    BalasPadam
  4. Selalu juga saya singgah solat di Masjid Zahir, tapi belum pernah datang waktu malam. Bertambah cantik bila malam.

    Saya pernahlah berkenan nak beli baju BS, tapi terfikir bila beli jenama terkenal ni risiko sikit - ramai yang beli nanti tersama 😄

    BalasPadam
  5. Waa best nyer... Ada vibe yg masih suasana lama lama dulu.. shopping tmpt mcm tu mmg best.. byk yg geram bila dilihat.. ☺️

    BalasPadam
  6. Blm pernah lgi picnic berbuka puasa mcm ni.. tunggu anak2 besar sikit lah senang kawal hahahaa... Rasa dah lama sgt tak singgah alor setar ni.. cntik msjid tu

    BalasPadam
  7. Belum pernah piknik iftar lagi.
    Mata & kening budak kecik tu macam Dania lah.

    BalasPadam
  8. Cantiknya gambar awan n masjid tu Kak Ezna...MashaALLAH....
    Comelll baby tu jugak..ada iras Dania dewasa laa....
    Seronok pulak tengok berbuka style piknik tu ye...kalau dekat dengan masjid macam ni senangnya..nak ke toilet, nak ke solat pun senang.....tempat pulak tu lapang..cuaca pun elok...

    BalasPadam
  9. Dah lama tak pergi Pekan Rabu yang di buka setiap hari bukan hari rabu sahaja.

    BalasPadam
  10. syok tu iftar picnic..view masjid nmpk langit tu pn cantik

    BalasPadam
  11. Bestnya berbuka outdoor macam ni...SA nak buat gak tapi nak pi yang kat Kuantan..hehehe...tapi mana tau sesat ke Kedah plak...sape tau kan..

    BalasPadam
  12. Baguuus kalau liat bangunan hotel ya kak. Besar agak nya yaaa.

    Baju somerset tuh memang bagus, tapi kerjaan tuhlaaah, kalau terlalu banyak dijual, kemungkinan bertemu orang yg pakai juga JD besar 😅😅.

    Kue bahulu, saya sukaa.ini mirip dengan kue bolu ikan kalau di Aceh. Kalau dj sana bentuknya macam kerang, kalau di sini macam ikan, Krn pakai cetakan ikan. Paling banyak yg jual di Aceh.

    Sukaaaa bisa piknik begitu 😍😍. Dah lamaa sangat tak piknik di lapangan. Dulu trakhir piknik dengan teman2 di kebun Raya Bogor 😄

    BalasPadam
  13. Baju bayu somerset yang tergantung pada troli tue baju awam raya tahun ni .hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.