Keputusan Peperiksaan Sem 1 Tahun Kedua


Selesai sudah keluarnya keputusan peperiksaan akhir Dania untuk Sem 1 Tahun kedua ni. Hmmm....ada satu subjek yang Dania macam haaaa.....Dr bagi C+ je?. Sebenarnya subjek yang Dania kata agak sukar ialah Animal Genetics tu. Memang payah subjek ni sebab banyak nak kena ingat. Kalau ada adik- beradik sewaktu dengan Genetics ni untuk subjek elektif....Dania tak nak pilih. Hehe. Takut sangat dah tu. Tapi....tengok la apa dapatnya....A solid. Subjek Animal Genetics ni PA Dania yang ajar iaitu Dr. Nur Aida yang specialized dalam Animal Genetics and Breeding, Wildlife Conservation. PA ialah Penasihat Akademik. Lecturer yang ditugaskan untuk menjaga anak-anak PA yang boleh merujuk jika ada masalah dalam pembelajaran. Setiap pelajar ada PA masing-masing. 

Subjek yang paling tak confident masa final exam ialah Basic Animal Nutrition. Katanya soalannya memang agak tricky. Ada satu soalan markah 20 yang Dania kata tak confident dengan jawapan sendiri. Subjek ni pun dapat A. Ummi dah risau dah bila Dania cakap macam ni tapi end result dia Alhamdulilah. 

Animal Reproduction punya carry marks tinggi juga dan ni pun Dania dapat A. Pasture Science A-, Spoken Communication for The Workplace ni program sijil dan Dania dapat band 3. Tertinggi ialah band 4. Teh Tarik Book Chat ni lepas dan tak payah ambik lagi dah. Diwakili oleh huruf 'M'. Ok...cerita pasal Animal Behavior dan Welfare ni memang Dania kata markah yang lecturer bagi ni terlalu la sikit. Padahal bukan diantara subjek susah sangat (kalau nak kata subjek senang sangat macam over pula kan...tapi ya subjek ni memang sebenarnya tak susah sangat). Dania buat nota paling tebal untuk subjek ni ya....kedatangan 100%, masih tak dapat memenuhi standard pemarkahan. Subjek ni lecturer cakap 'no right or wrong' tapi Dania kata macam banyak 'wrong' je ni. Dania kata tak tahu la apa yang dapat memuaskan hati lecturer ni. Bayangkan jika subjek yang dikatakan susah dapat A dan subjek yang ni dapat C+ terus. Memang frust betul la Dania sampai terkejut. Bukan belajar main2 pun. Entah la....akan ada la 1 lecturer yang hmmmm....kalau tidak takkanlah elektif yang ada terpampang nama lecturer ni tak ada pelajar yang pilih kelasnya. Mulanya ada tapi pelajar drop subjek tu. Ingat...ini tak akan mematahkan semangat anak saya ya.....malah....dia akan bersemangat lagi kerana program ni memang pilihannya....

Jadi, Dania tak dapat sjil dekan untuk Sem 1 tahun kedua ni. GPA dekan untuk UPM ialah 3.75. Jadi GPA Dania hanyalah 3.650. Apa pun, masih kena banyak-banyak bersyukur kerana CGPA masih maintain first class lagi. Moga perjalanan pembelajaran Sem 2 2025/2026 ni berjalan lancar kerana tak ada lecturer yang hmmm mengajar....tapi....jumpa lagi 2 sem lagi gaisss....😅 Dania kata...ada lagi...pengsannnn.....tapi ingat ya bila Year 3 nanti kena ambil subjek elektif 12 jam kredit, Dania kena pilih lecturer selain dari.........la ya. Ada yang beritahu lecturer ni bila time subjek elektif tu dia ok je....Ok ke tak Ok ke Dania kena pilih lecturer lain ya. Not that particular lecturer. Subjek elektif ni ada 24 subjek yang ditawarkan tapi tengoklah dalam 24 ni ada beberapa je yang ditawarkan setiap semester. 

Begitulah kisah keputusan peperiksaan Sem 1 Tahun Kedua ni....Dania pun dah mulakan kelas Sem 2 untuk Tahun Kedua ni masa kami kat Pulau Pinang lagi. Ni dah tiba rumah dah la dan ada 2 kelas 25 Mac 2026. Malam karang jam 8 ada kelas Sains Babi (Swine Science) dengan dekan Fakulti Pertanian iaitu Prof Dr. Loh Teck Chwen. 😊

Doakan Dania ya kawan-kawan....





XOXO,
Ezna
 

27 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Semoga terus berjaya di masa akan datang.

    BalasPadam
  2. betul tu mmg ada lecturer yg jenis kedekut markah kan sis ezna? tp xpe dania mesti bolehh punya sis ana yakin! ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.....jawapan macam mana diharapkan tu tak tahulah. Terima kasih Ana :)

      Padam
  3. Inipun dah cukup tinggi kwputusan Dania....aunty SA doakan Dania untuk next Sem ye...my Dania exam bulan 4 nanti untuk Sem 5, lepas tu terus Sem 6..xde cuti katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aunty Sa....wow cepatnya sem Dania Sa. Cepat la habis belajar.....Dania saya baru nak masuk Sem 4. Kalau masih program lama dah masuk Sem 6 la...Dania Sa dan Dania saya 8 sem kan....(4 tahun pengajian)

      Padam
  4. congrats and all the best dania. memang ada lcturer yg 'killer lecturer' ie susah nak score/bagi A sikit jer or tak de A dlm kelas dia...memang gitulah lumrah kat mana2 uni pun..tak per..aunty suzi doakan dania dpt dean's list sem ni...aamiin ya rabbal alamin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Suzz. Memang akan jumpa 3 kali sepanjang belajar ni. 2 sem lepas dengan lecturer yang sama dapat B+. Huhuhuhu....Terima kasih untuk doanya Aunty Suzi....Thanks Suzz :) Aamiin....

      Padam
  5. Alhamdulillah dan Tahniah Dania

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah bagus sangat dah pencapaian Dania ni.. tahniah!
    Selamat Hari Raya utk Ezna sekeluarga.
    Mohon maaf andai ada salah silap ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH. Selamat Hari Raya juga buat PH sekeluarga.

      Padam
  7. Semoga terus cemerlang Dania.

    BalasPadam
  8. lecturer ni macam2... apa2 pun, go dania go!

    BalasPadam
  9. Tahniah dania dapat anugerah dekan lagi.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dan tahniah. Moga terus cemerlang, Dania!

    BalasPadam
  11. Tahniah Dania..semoga tambah maju jaya lagi, Aamiin...
    Semoga lembut hati lecturer yang satu tu ye, Aamiin...
    Kesian student yang dah usaha banyak pastu not right no wrong pun still markah still tak berapa nak ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya. Entah apa yang lecturer tu nak dalam jawapan pun tak sure Sue.

      Padam
  12. sabar jelah kalau dpt lecturer yg strict sangat dgn markah ni. semoga dania tak patah semangat. resultnya tetap cemerlang jugak tu

    BalasPadam
  13. tahniah dania...smoga trus cemerlang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.