Hadiah Top Komentator Blog Mulan

Tau tau dapat hadiah. Ada bungkusan tiba di rumah dan bila tengok nama pengirim....oh Mulan....jadi saya whatsapp la Mulan untuk mengucapkan terima kasih.

Musykil juga komen saya sebanyak mana kan....ni saya dapatkan dari whatsapp Mulan. 

Credit : Mulan

Hadiah yang 'tak seberapa' dari Mulan tapi seberapa untuk saya. Errr ada ke perkataan ni? 😅. Mulan kata terimalah hadiah yang tak seberapa. 

Hijab berbunga Adeline, pemegang periuk panas, fridge magnet Taiwan, keychain Korea dan kurma. Kurma dah habis kami makan dah. Insya Allah dapat la pahala yang mengalir kepada Mulan sebab kami berbuka dengan kurma Mulan. 

Terima kasih daun keladi Mulan. Pemegang periuk panas tu jauh dari Almaty, Kazakhstan. Nampak post kat blog Puan Hazel. Tak perasan pula post pemegang periuk kat blog Mulan ni....


Menang berjemaah nampaknya saya dengan blogger yang lain....Moga silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan hendaknya. Sekali saya dah jumpa Mulan. Dania dua kali. Masa tu saya malas nak turun kereta...tunggu kat kereta je. Mulan tegur Dania kat Mydin. Balik ke kereta Dania cakap kawan ummi blogger suruh kirim salam ummi....ohhhh Mulan rupanya. 

Ada tak kawan-kawan blogger yang tak boleh blog walking kat blog kawan-kawan?. Eh kenapa tak boleh pergi kat certain blog ni ya?.....Ada yang ada masalah yang sama ke?. Orang tengah semangat nak komen ni.....




XOXO,
Ezna

 

24 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Linda tak boleh pergi blog kak SA..tak tau kenapa..ni nak cuba pakai HP pula..
    Alhamdulillah, meriah hadiahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa sama....akhirnya dah boleh pergi dah. Dia punya pusing2 sekali "can't be reached" pulak.

      Padam
  2. Alhamdulillah..tahniah.. ramai yang dapat hadiah dari blogger Mulan.

    BalasPadam
  3. Wahhh..Byk dpt tu.Seronoknya =)

    BalasPadam
  4. Aik..kenapa erk x leh pi blog SA......pelik ni....tahniah Ezna..hadiah Ezna pun otw ye..SA baru klik2 hari ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la SA....cuba2 banyak kali tak boleh juga. Sama dengan blog Suzi. Lama2 baru boleh.

      Padam
  5. Alhamdulillah tahniah Ezna .. rezeki kita dapat hadiah berjemaah hehe ... Semoga sentiasa luas dan mewah rezeki utk Kak Mulan dan kita semua juga 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya....Tahniah juga buat PH.

      Padam
  6. Tahniah. Alhamdulillah dapat hadiah.

    BalasPadam
  7. congrats ezz!!! syukur akhirnya u dpt jugak singgah blog i..risau mode activated laa td bila u dan mulan bg mesej ckp tak leh bukak blog i

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Suzz and congrats utk you juga ya :). Akhirnya boleh komen dah....

      Padam
  8. Oh Dania ada jumpa lagi dengan kak Mulan yaaa?

    Eh kenapa tak bisa BW Kak? Tak bisa dibuka atau tak bisa komen? So far semua blog yg saya visit, oke je. Cuma ada bbrp yg hrus di refresh dulu, baru kliatan tulisan terbaru. Kalau tak direfresh, seolah2 tak ada update baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Dania terjumpa Mulan masa beli di kedai. Mulan yang tegur Dania. Dah refresh semua tak boleh tadi Fanny. Bila petang sikit baru boleh. Blog suria amanda dan blog suzie284.

      Padam
  9. Alhamdulillah, seronoknya dapat hadiah daripada blogger Mulan! memang kecil atau tak seberapa bagi pengirim tapi bagi penerima ia bermakna sangat....

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dah sampai. Thanks tau selalu singgah blog.
    Mesej MZ jugak sebab tak dapat buka blog dia dengan blog Suria Amanda tapi later tu dah boleh. Alhamdulillah temporary je.

    BalasPadam
  11. Tahniah kak.. Alhamdulilah banyak tu hadiah. Layak utk dapat hadiah sebab gigih komen. Cuya bulan puasa tak aktif di blog

    BalasPadam
  12. tahniah dapat hadiah cantik2!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.